Tuesday, October 02, 2012

Pendekatan Menarik Pertemuan PAS Gereja -I/H


Mujahid menyerahkan al-Quran, kek dan kain berlogo PAS kepada Bishop Sebastian Francis

KL 2 Sept 12: Kemampuan PAS Pulau Pnang membuat pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja Kartolik, ketika umat Islam berkeluh kesah dengan filem pendek yang menghina pemimpinnya, Muhamad SAW adalah suatu pendekatan yang menarik. Demikian pandangan editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim (gambar kiri) di sini sebentar tadi.

"Sekaligus, melalui pendekatan menarik pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja Kartolik.tersebut, membuktikan PAS mampu menjaga hal ehwal bukan Islam dan memberi keadilan kepada mereka yang berbagai agama.

"Tidak timbul masalah kepelbagaian agama, apa lagi bila PAS mentadbir negara bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP." Jelas Weblog Ibnu Hasyim lagi.


Bishop Cethedral Of The Holy Sprit, Sebastian Francis adalah baru dilantik menjaga hal ehwal Kristian Kortolik melibatkan lima  buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak.

Mujahid dan rombongan disambut oleh Sebastian Francis

Beliau menyambut kedatangan rombongan PAS yang diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan penuh rasa harmoni, hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia. Rombongan PAS mendapat penjelasan terbuka dari hati ke hati seorang Bishop yang bertanggungjawab terhadap agama Kristian yang selama ini dihalangi oleh rintangan jambatan perkauman.

Beliau yang fasih berbahasa Melayu dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga sebab dikunjungi oleh sebuah parti politik Islam yang kuat di Malaysia. Ini membuktikan 'kaum bukan penghalang' untuk menjalinkan persabahatan dan persaudaraan atas nama sejagat. Sesuai dengan kedudukan Malaysia yang berbagai kaum tambahnya, apa salahnya semuanya hidup dalam keadaan aman, sentosa dan sejahtera. kata Sebastian Francis.

"Jika kita mengutamakan perpaduan, Malaysia akan terus aman. PAS adalah parti yang baik dan berjaya mendepani apa jua masalah tanpa melihat kaum mana yang terlibat. Ia adalah satu usaha yang murni demi kebaikan umat manusia," terangnya yang telah 35 tahun berkhidmat sebagai Bishop di beberapa buah negeri.

Baginya, kunjungan berkenaan boleh memberikan gambaran bahawa Islam dan Kristian selari menolak budaya yang jahat, samseng dan tidak tamadun sebagaimana dibuat menerusi filem 'Innocence Of Muslims', yang hangat di tentang oleh ramai masyarakat Islam di dunia.
 














"Bukan Islam dan Kristian sahaja selari menolak budaya yang jahat, samseng dan tidak tamadun, bahkan hampir semua agama menolak kejahatan. Cuma orang-orang yang tidak baik sahaja yang menolak pemerintahan kerajaan beragama.

"Hanya perasuah-perasuah sahaja yang takut di'hudud', kerana ia tidak boleh diganti dengan wang, dalam pemerintahan kerajaan beragama." Jelas Dr Hj Mohd Hasyim yang juga ahli jawatankuasa SEA Council Of Intereligios Networking For Peace.

Rombongan, turut disertai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Negeri Bukhori Ghazali, Peguam Rosidi Husain, Setiausaha PAS Jelutong dan Haji Abdul Rahman Kasim yang bertindak sebagai orang tengah pertemuan bersejarah itu.(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails