Thursday, April 18, 2013

Husam, ''Saya Datang Ke Putrajaya.'. -Komen I/Hasyim.

 

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
 
 "...SAYA datang Putrajaya untuk menang,” demikian reaksi dizahirkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, lapor Sinar Harian (SH)..

Menurut Husam, beliau sedang mengumpul keyakinan untuk merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya yang di miliki tokoh hebat.

Pada saya (IH), Datuk Husam lebih hebat lagi dari tokoh UMNO itu. Saya kenal betul beliau. Dialah sebenarnya yang layak menggempur Putrajaya. Datuk Paduka Husam Musa merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu memegang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Juga memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.

Ketika diminta mengulas risiko diambil untuk menawan pusat pentadbiran negara itu akan menjejaskan politiknya oleh SH tersebut, Husam berkata ia boleh diumpamakan sebagai modal perniagaan, modal besar, untung juga besar.

“Dengan perubahan atmosfera politik belakangan ini tiada apa yang mustahil, semut pun boleh tumbangkan gajah, bila sampai masanya.
“Saya yakin pengundi di sini lebih terbuka, rasional dan munasabah. Penerimaan mereka terhadap saya membawa mesej sangat positif,” katanya.

Beliau yang lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, belajar di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975). Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979).Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).

Husam  turut memaklumkan posisinya akan kekal di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, Kelantan, walaupun ditakdirkan menang di Putrajaya. Pengalaman beliau agak hebat, pernah menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987). Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999).

Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang) Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Dikatakan juga, beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan   Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor. Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08). Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - sekarang ) dan Panel Penasihat PENGASIH.

Datuk Husam berkata lagi, “Tetapi kehadiran saya di sini bukan untuk Kelantan tetapi untuk rakyat, Putrajaya dan transformasi bakal dibawa PR dalam landskap politik negara.”

Dalam perkembangan lain, Husam memaklumkan beliau dalam usaha mendekati rakyat dan pengundi di Putrajaya dengan mengadakan sesi lawatan mendengar rintihan berhubung beberapa keperluan dijanjikan tetapi masih belum dilunaskan.

“Walaupun belum mahir selok belok Putrajaya tetapi saya gembira dengan bahasa tubuh masyarakat di sini walaupun dalam seragam penjawat awam mereka tidak segan mendekati saya, bergambar bersama.

“Ini reaksi positif, kemungkinan mereka tahu selepas ini kerajaan pakatan akan ambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya dan negara amnya,” katanya.

Menurut beliau antara rungutan rakyat di situ ialah kos hidup yang tinggi, pembinaan monorel tidak seperti dijadualkan dan pembinaan sekolah agama.

“Malahan kos hidup kakitangan sokongan juga agak membebankan,” katanya. Dalam lawatannya beliau sempat melawat Jabatan Pendaftaran Negara, medan selera, masjid, pasar malam dan surau menemui penduduk setempat.

Beliau telah menerima  anugerah Newsmaker of the Year 2003 (malaysiakini.com).

Ibnu Hasyim (kanan) bergambar bersama Datuk Husam (tengah) bersama pemimpin ekonomi dan persatuan di Negara China. (rujuk Lagi E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam)


Ibnu Hasyim editor weblog ini (dari kanan), Abul Razak & Ir Mustapa turut serta dalam majlis perbincangan dengan ahli DPR Aceh, bersama rombongan Datuk Husam memperkenalkan wang syariah. (Sila rujuk  (E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesa...)

Mari kita lihat pencapaian yang telah dilakukan.. Antaranya pada saya ialah...
  • Membantu Perkembangan dan Perancangan strategik Ekonomi, Sosial dan Politik di Negeri Kelantan berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
  • Kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade adalah hasil nasihat dan pengurusan YB Dato Haji Husam Musa.
  • YB Dato Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade. Saya sendiri pernah mengikuti rombongannya mengenai hal ini, ke negara China dan ke Aceh, Indonesia.
  • Program Anak Muda Tamu Ramadhan yang bermula pada 1 Ramadahan 2011 dan berakhir dengan program Tadarrus Al Quran Perdana Kelantan adalah hasil gerak kerja YB Dato Haji Husam Musa.
  • Beliau mewujudkan Program Salor Juara dan Salor Bistari untuk rakyat di dalam Dun Salor. 
  • Beliau juga mewujudkan Siaran Tayangan Skrin Besar acara bolasepak dan kuliah tok guru.
  • YB Dato Haji Husam Musa juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, yang ditubuhkan khas untuk menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS, kes ini masih berjalan di mahkamah Malaysia.
  • Dalam hal ini, kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.
Jadi, melihat tindakan dan pencapaian yang dilakukan beiau, maka amat bertuahlah bagi penduduk Putrajaya, memilih beliau, sebagai wakil mereka di parlimen dalam PRU 13 ini.
UNDILAH PAS dan PR. Ubah!!

Sekian, Wassalam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
14 April 2013
KL


Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails