Tuesday, April 16, 2013

T/Adnan Mansor Kekal Di Putrajaya Ditandingi Husam


Husam dalam sidang medianya hari ini



KL: BN hari ini mengumumkan senarai calon dan meletakkan muka baru yang agak ramai. Namun BN mengekalkan calonnya di Putrajaya iaitu Datuk Tengku Adnan Mansor, di mana Husam akan bertanding. BN turut menamakan Tengku Ridwan Mansor, adik Tengku Adnan sebagai calonnya di DUN Seri Setia, Selangor.

Namun PAS pula mempunyai calon muda dan muka baru yang lebih ramai berbanding calon-calon yang dikemukakan oleh BN.
i
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, yang paling ketara adalah calon-calon PAS di Terengganu di mana sangat ramai calon muda dan muka baru diletakkan oleh PAS.

"Sebab itu kita meletakkan sasaran untuk menyumbangkan kerusi yang cukup untuk ke Putrajaya disamping mengambil semua negeri Terengganu dari tangan BN," kata Husam dalam sidang medianya hari ini.

Di Terengganu, hampir kesemua calon Parlimennya kecuali Marang adalah muka baru. Parlimen Kuala Terengganu akan ditandingi oleh arkitek terkenal Datuk Raja Bahrin. Dr Khairudin Aman Razali, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat pula akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahkan kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

"Mesej yang kita hendak sampaikan kepada pengundi jelas, jenerasi baru perlu inspirasi baru," kata Husam.

Beliau juga berkata, Najib sedar perkara ini. Sebab itu beliau telah memberikan amaran kepada pengundi. "Najib cuba memujuk, fikir dua kali sebelum menukar kerajaan," kata Husam.

Bagi beliau, walaupun BN menyenaraikan ramai muka baru tetapi budaya dan sikap Umno dan BN sukar diubah.

"Tidak cukup dengan muka baru saja kalau kita hendak berubah, kita juga mempunyai falsafah politik yang lebih baik.
"Lagipun aspirasi rakyat sekarang adalah sebuah kerajaan yang bersih," kata Husam. (IH/Hrkh)

Lihat ...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails