Saturday, April 20, 2013

P-T/Karang: Drs Rushdi Lawan Noh Omar & Artis Tajaan Noh?


WEBLOG Ibn Hasyim dapat berita dari seorang rakan, bahawa seorag penyanyi dangdut terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masron Tamsi turut bertanding di parlimen Tanjong Karang menentang penyandang, Noh Omar dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Drs Rushdi Deraman (Gambar).

Drs Rushdi adalah bekas penulis di Weblog Ibnu Hasyim, bahagian antarabagsa beberapa tahun lalu. Kami kenal rapat, seorang aktivis PAS, jasanya amat kami kenang. Beliau amat layak dipilih sebagai wakl rakyat ke parlimen kerana giat turun ke bawah hingga ke akar umbi dan benar-benar menjiwai rakyat.

Lawannya ialah Menteri Noh Omar BN dan artis Herman Tino. Dikatakan
Herman bertanding adalah kerana Noh gagal memainkan peranan sebagai wakil rakyat walaupun sudah lama menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal. Herman dilaporkan berkata, kesemua ahli keluarga dan sanak saudaranya merupakan penyokong tegar Umno.

Bahkan ada yang berpendapat, Herman adalah calon tajaan Noh Omar, dan akan berbuat sesuatu last minit menjelang pilihan raya, yang menguntugkan Noh Omar. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails