Wednesday, February 20, 2013

Sultan Sulu Darul Islam Tuntut Hak Atas Sabah..

CATATAN SANTAI

WALAUPUN kumpulan penceroboh di Lahat Datu Sabah yang digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat, tetapi berita dari Manila, dilaporkan sebaliknya. Mereka dikatakan tidak akan meninggalkan dan menuntut kembali kawasan itu sebagai wilayah nenek moyang mereka.

Pada Ahad lalu, Sultan Jamalul Kiram mengakui, pengikut-pengikutnya kira-kira 400 orang, termasuk 20 lelaki bersenjata sudah yang sudah dikepung, menegaskan kepada pemberita di Manila,

"Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita),"
"Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya. (lihat   
Siapa Yg Misteri Ingin Ditemui Askar Diraja Sulu?)

Pernah pula diberitakan.. (lihat Blog Kesultanan Sulu)
 
Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu 
  • pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, 
  • hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. 
  • Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya dalam Rumah Bichara.
Para tetamu luar turut hadir antaranya tetamu dari Malaysia, Filipina dan Arab Saudi. 
  • Kumpulan tetamu dari Indonesia yang diketuai oleh Presiden Front Pembela Islam (FPI) merangkap Mufti Besar SSDI (Sulatanate of Sulu Darul Islam) di Luar Negara iaitu Datu Paduka Maulana Shar'ie Habib Rizieq Syihab Al-Asy'ari Al-Syafi'e Al-Husseini tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.  
  • Rombongan Mufti Besar dari Indonesia ini kemungkinan akan hadir pada 17 November 2012 sempena hari ulang tahun Kesultanan Sulu semenjak 1405, atau mereka datang pada tarikh yang dikira sesuai buat rombongan Habib dapat mengadap Sultan Bantilan II.  
Bagi PBMM Sultan Bantilan II, 
  • walau pun Syeikh Qadiriahnya iaitu Datu Syeikh Dr Umar Vadillo (WIM) tidak dapat hadir kerana sedang sibuk mengurus siapkan Dinar Dirham Sulu,
sekurang-kurang Muftinya dapat hadir bersilaturrahim dengan Tausug Jolo dengan harapan ikatan kekeluargaan para Syarif Indonesia dengan Tausug akan terus terjalin dan dapat keberkatan dari Ilahi sampai bila-bila. 

Ibnu Hasyim bersama Prof Dr Omar Vadillo CEO Kelantan Golden Trade semasa memberi penerangan mengenai Dinar Kelantan di Aceh.

 
SSDI sangat bersyukur kepada Allah swt kerana mengutus Datu Syaikh Dr Umar Vadillo dan Mufti Besar Datu Habib Rizieq Syihab demi menyemarakkan lagi keinginan Tausug dan Kesultanannya menyempurnakan lagi sistem DARUL ISLAM SULU.
Walau bagaimanapun kehadiran Habib Muhammad Tareeq Al-Husseini dari Jeddah Arab Saudi telah berjaya memeriahkan majlis Diraja SSDI selama tiga hari itu. 

Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan dari Malaysia yang diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'. 

Sempena majlis Diraja ini NGO Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus kepada rakyat Jolo. 

Dari Filipina pula beberapa individu (tanpa menyebut nama mereka) turut hadir tidak ketinggalan untuk menyaksikan hari bersejarah itu.
SSDI telah menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang berada di negara-negara di sekitar Laut Sulu (Filipina, Malaysia dan Indonesia) agar menghentikan fitnah dengan jangan menilai SSDI (Sulatanate of Sulu Darul Islam) sebagai mewakili mereka. Kerana beberapa khabar angin telah sampai ke telinga SSDI bahawa SSDI yang bergerak aktif di Jolo Sulu itu adalah kononnya dibentuk oleh Malaysia. 

Kononnya lagi gerakan SSDI ini dibuat agar Tausug dapat membawa wilayah Sulu masuk ke dalam Malaysia pula. Satu tuduhan yang melucukan dan tidak masuk akal. Tuduhan seperti ini datang dari pihak-pihak yang menganggap Tausug adalah bodoh, dungu dan tiada maruah serta berterusan boleh diperbodohkan dengan retorik perdamaian palsu (seperti perdamaian MNLF 1996, MILF 2012), sedangkan jelas sekali bukan sahaja Filipina yang tidak iktiraf Kesultanan Sulu malah Malaysia sendiri berusaha jauhkan diri agar tidak dikaitkan dengan Kesultanan Sulu. 

Tinggal lagi sebagai sebuah negara demokrasi lebih-lebih lagi Malaysia diperintah oleh umat Islam, mereka memberi sedikit timbang rasa kepada mana-mana pihak untuk melestarikan sejarah suku kaum masing-masing. 
Hal seperti ini pun turut dilakukan oleh Filipina dengan membiarkan tidak mengganggu mana-mana kumpulan yang menguatkan Kesultanan Sulu. 

Menurut Menteri Luar SSDI Datuk Habib Zakaria A. tuduhan tersebut tidaklah dipandang serius oleh SSDI kerana hanya dikira sebagai khabar angin. Kerana kalau benar SSDI dibantu oleh mana-mana negara seperti Malaysia mereka perlu membuktikannya. 

Menurut Zakaria lagi, SSDI sebenarnya membuka tangan persahabatan seluas-luasnya kepada semua pihak untuk membantu tanpa mengira Malaysia, Filipina, Indonesia malah Amerika Syarikat pun kalau datang bertemu SSDI ia akan diterima sebagai sahabat dan tetamu demi kemaslahatan ummah Asia Tenggara.- TGM


Apa yang penting, SSDI atau Sulatanate of Sulu Darul Islam menyeru supaya menghentikan fitnah bahawa SSDI yang bergerak aktif di Jolo Sulu itu adalah kononnya dibentuk oleh Malaysia. Kononnya lagi gerakan SSDI ini dibuat agar Tausug dapat membawa wilayah Sulu masuk ke dalam Malaysia pula. 

Menurut Blog Kesultanan Sulu (ASREE SUG) itu "Satu tuduhan yang melucukan dan tidak masuk akal. Tuduhan seperti ini datang dari pihak-pihak yang menganggap Tausug adalah bodoh, dungu dan tiada maruah serta berterusan boleh diperbodohkan dengan retorik perdamaian palsu (seperti perdamaian MNLF 1996, MILF 2012)..

"..sedangkan jelas sekali bukan sahaja Filipina yang tidak iktiraf Kesultanan Sulu malah Malaysia sendiri berusaha jauhkan diri agar tidak dikaitkan dengan Kesultanan Sulu.

Menurut ASREE SUG lagi..

"Malaysia memerlukan jalan keluar dari terlibat secara berterusan dengan mengambil langkah alternatif demi keselamatan wilayah dan POLITIK dalamannya. Ataupun berterusan mendokong MILF-Filipina sehingga mengorbankan kepentingannya sendiri yang selama ini diusahakan "terus tersorok" (kes Kesultanan Sulu). Malaysia mempunyai 3 agenda untuk bantu pelan damai Mindanao dengan Filipina, 

  • Pertama kerana hendak selamatkan karier politik Kerajaan yang semakin terancam oleh parti oposisi terutama dalam kes RCI (Suruhanjaya Diraja Menyiasat IC PROJEK/PALSU) di Sabah (penganalisis politik tahu hal ini) terpaksa dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia atas desakan pengundi Sabah dan parti-parti oposisi. Sebarang kegagalan bertindak dari pihak Kerajaan menangani pendatang asing, maka mereka akan kehilangan undi pada PRU-13 nanti.
  • Kedua kerana RCI itu perlukan dokongan dari selatan Filipina, yakni tanpa keamanan di sana, RCI tidak dapat dilaksanakan secara efektif untuk menghalau Muslimin Sulu-Mindanao (PTI) kembali ke tempat asal mereka. Dalam masa yang sama Muslimin Sulu-Mindanao turut tidak berasa kecil hati sekiranya dihalau kerana Malaysia telah membantu amankan Selatan buat mereka. Yakni, sudah mudah mencari makan di Sulu-Mindanao kerana Malaysia telah janjikan dana besar buat FILIPINA UNTUK MEMBANGUNKAN SELATAN.
  • Ketiga kerana tanggungjawab Malaysia terhadap kemakmuran jirannya yang bukan sahaja jiran itu berhak dibantu malah penduduknya adalah saudara seIslam, disamping itu juga dapat mailej antarabangsa terhadap bantuan damai tersebut."
Mungkin itukah delima Malaysia dalam menangani dengan baik apa yang disebutkan masalah atau 'hak' tuntutan Sultan Sulu Darul Islam atas Sabah?


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     

19 Feb 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

20 comments:

Abdullah said...

Tuan Haji kena lihat pula komen pakar sejarah tempatan. Blog mereka sudah tentu kata mereka yg betul !

Mengikut Cik Srikandi Sultan Sulu sudah tak ada hak menuntut sabah. Kesultanan Sulu sudah hilang ditelan penjajah Amerika.

Anonymous said...

tengah2 aku surf pasal isu sultan sulu ni, terjumpa pulak blog ni. ni link dia http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/10/siapa-sultan-sulu-yang-sebenar-bahagian.html?showComment=1361069563304#c481289430601568279

siapa yang sebenar2nya sultan sulu? ramai yang mengaku sultan sulu.

tapi aku yakin rakyat jati sabah tetap mahukan Sabah. bukan bawah sultan sulu atau filipina...

AT said...

Bagi saya mereka ini mempunyai cita-cita politik sendiri, dah nampak nak menang baru mengaku kesultanan Sulu. Mereka ini berbaik dengan pemerintah di manila dan amarika dan tak pernah susah maklumlah kerabat diraja. MILF dan lain-lain pejuang berjuang berpuluh tahun tiba-tiba puak-puak ini mengaku kesultanan sulu. Kesian kepada pejuang tulin dari kumpulan Islam di Mindanau...he...he.

Anonymous said...

selamtkan sabh

Unknown said...

apa punya blog hanya menyebelahi belah pembangkang sahaja...
sekurang2nya alhamdulillah kerajaan masih ada dasar untuk tidak memerangi/membunuh orang islam walaupun mereka terang2 telah melanggar undang2 sempadan negara...
cuba kalau keadaan terbalik sultan sulu merebut pulau mindanao dari pinoi? apa akan jadi pada mereka??
tentu mereka disembelih oleh tentera filipina..
hanya sultan yang bodoh dan tak guna sahaja yang mempertaruhkan nyawa pengikut2nya...
lagipun adakah rakyat sabah mahukan pemerintahan daripada mereka??
tolonglah cukup dengan politik his is stupid nonsense!!!!

Unknown said...

jgn lah buat post yang tak guna lagi macam ni...
saya masih boleh terima post yang lain walaupun kelihatan agak ekstrem kepada pembangkang...
kita semua rakyat malaysia yang masih ada sistem pemerintahan yang sedia ada masih lagi bebas untuk membuat pilihan sendiri...
kerajaan sedia ada telah membangunkan negeri Sabah dan setelah maju senang2 je nak klaim balik negeri tu??
apa malaysia takde maruah dayus ke nak biarkan penghinaan seumpama itu berlarutan??
adakah tuntutan ini didalangi oleh pinoi yg menjadi batu api kepada sulu ini???
selepas itu saudara senang je buat tulisan stupid ini??
adakah saudara suka enjadi agen kafir seperti anwar??

Anonymous said...

kenapa dkt2 PRU baru timbul cerita2 sebegini?adakah lakonan utk mgalih perhatian rakyat saja..atau utk melambat2kn PRU semata2 atau xmau PRU diadakan..???

Anonymous said...

Buat macam Shariff Babu cakap dalam filem P Ramlee GERIMIS..."Bos, kita perabih saja depa ni!!!".....

Mohd.Effendy said...

tak apa la bagi saja lahad dato dgn diorg.....sabah besar lagi.....

Mohd.Effendy said...

tak apa la bagi saja lahad dato dgn diorg.....sabah besar lagi.....

Anonymous said...

Islam ajar kita untuk ambik apa yng hak kita dan jdn ambil apa yang bukan hak kita...tidak timbul pembakang atau kerajaan punya agenda...kaji sejarah...siapa pemilik sabah sebenarnya..??? andai malaysia ya..memang tu yang sudah ada sekarang..tapi andai hak sulu, mcmna? apa betul kenapa indoneisia menggelar negra kita "maling"sia? apa kita maling? dan tuntutan yang keluar dr mulut sultan sulu adalah kerana perjanjian yang mna tidak boleh sekali2 gologan muslim khususnya org suluk ditindas dan di hina seumpama sabah itu bukan tempat mereka? dia tidak mau gologan bukan islam di sabah(sendiri mau ingat nie siapa) tunjuk tanduk walhal hak itu pada org2 yang mereka tindas...apa yang kita faham dgn institusi raja d malaysia itu juga di sulu iaitu Sultan adalah penaung bagi agama islam dan betngungjawap keatas perkara berkaitan islam..lebih2 lg penindasan...nie papa research2 yang sy cari dr org suluk/bajau sendiri di sabah..sbb sy org sabah..Wallahualam...

Anonymous said...

islam ajar kita untuk ambik apa yng hak kita dan jgn ambil apa yang bukan hak kita...tidak timbul pembakang atau kerajaan punya agenda...kaji sejarah...siapa pemilik sabah sebenarnya..??? andai malaysia ya..memang tu yang sudah ada sekarang..tapi andai hak sulu, mcmna? apa betul kenapa indoneisia menggelar negra kita "maling"sia? apa kita maling? dan tuntutan yang keluar dr mulut sultan sulu adalah kerana perjanjian yang mna tidak boleh sekali2 gologan muslim khususnya org suluk ditindas dan di hina seumpama sabah itu bukan tempat mereka? dia tidak mau gologan bukan islam di sabah(sendiri mau ingat nie siapa) tunjuk tanduk walhal hak itu pada org2 yang mereka tindas...apa yang kita faham dgn institusi raja d malaysia itu juga di sulu iaitu Sultan adalah penaung bagi agama islam dan betngungjawap keatas perkara berkaitan islam..lebih2 lg penindasan...nie papa research2 yang sy cari dr org suluk/bajau sendiri di sabah..sbb sy org sabah..Wallahualam...

Anonymous said...

ok MERDEKA dengan cara masuk gagasan MALAYSIA...silakan..kita sesama lslam.
UMNO/PAS/PKR dan semua parti menyokong.

Anonymous said...

Ayo bung rebut sabah kembali...
Sampai titik darah penghabisan...

Anonymous said...

Bukan untuk menyatakan yang mana benar atau salah. Tetapi entry ini salah fakta. Ramai orang claim sebagai Sultan Sulu. Faktanya Sultan SSDI dan Sultan Kiram ni individu yang berbeza.

Anonymous said...

Kau orang semua bagi syarahan macam profesor serba tahu dalam majalah gila-gila.

Anonymous said...

Suke ati dia olang maa mau jadi soltan kiram ka, soltan karam ka, soltan kalam kabut ka, kasi dia sok satu olang sana maa jadi dia sendili soltan. Kite olang malaysia paluli ape. Sebab ape, kita punya soltan palin ori dalam dunia maa...lu olang cek la kalu tida picaya.

Anonymous said...

Kao cakap sikit-sikit islam, semua mao islam macam islam saja yang patut hidup dalam dunia. Kao dah jumpa dan cakap dengan tuhan ka agama lain tidak boleh wujud dan hidup dalam dunia. Semua agama sama saja maa..kawan, islam ka, christian ka, buddha ka, hindu ka. Kao orang sabah ka, semenanjung ka, sarawak ka, apa kelebihan kao ada dari orang lain. Kalau kao hidup tak akan mati itu baru boleh dikatakan tidak sama. Bagus kao tinggal sendiri di bulan.

Anonymous said...

Ahh...lu cakap serupa bodo punya olang la..lu cakap lu sendiri bengong...

Anonymous said...

Maju sangat ke sabah tu?sabah maju utk kroni je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails