Friday, February 22, 2013

Presiden PAS Solat Asar Bersama Jamaah Tabligh..

Tuan Guru Abdul Hadi berbual dengan pemimpin Jamaah Tabligh dalam kunjungannya ke Masjid Jamik Sri Petaling hari ini

SRI PETALING: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kunjungan bersejarah ke markas Jamaah Tabligh hari ini. Dengan ditemani wakil Dewan Pemuda dan Dewan Ulama, Ustaz Hadi meluangkan masa bersama pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling hari ini.

Beliau tiba di Masjid Jamek Sri Petaling yang juga markaz jamaah Tabligh terbesar negara ini kira-kira jan 4.40 petang ditemani Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ketibaan beliau disambut Pengerusi Masjid Tuan Haji Zaid Abdullah, imam masjid Ust Abdul Halim Chin yang juga Mudir Madrasah Miftah Ai-'Ulum serta ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah yang berada di situ.



Turut serta dalam kunjungan itu juga termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Ust Nazmi Nik Din, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad serta Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Adram Musa.

Sejurus tiba, Tuan Guru Abdul Hadi menunaikan solat Asar berjemaah. Beliau kemudian mengambil peluang beramah-mesra dengan para jemaah sebelum di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi bertanya khabar dan jamuan. Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, mereka antara lain saling bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan dakwah Islam di negara ini.

Pertemuan itu berakhir kira-kira jam 5.30 petang dengan Tuan Guru menghadiahkan kitab agama kepada imam dan juga pengerusi masjid tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails