Ini, gambar Skuad hoki wanita
negara mahu membuktikan yang mereka memiliki kualiti untuk layak ke
Sukan Olimpik 2012 di London, tapi dikatakan tidak bersedia untuk berpakaian
menutup aurat.SUKAN
KL Malaysia mencapai kemenangan kedua dalam tiga perlawanan pada pusingan kedua Hoki Liga Dunia Wanita apabila menumpaskan Kazakhstan 3-1 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, malam tadi. Selepas tumpas 3-0 kepada India Rabu lepas, skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim bangkit semula dengan jaringan Siti Noor Amarina seawal minit keempat.
Norhasikin Halim menambah gol kedua Malaysia pada minit ke-27 sebelum Nor Azlin Sumantri menghasilkan gol ketiga lima minit kemudian untuk kedudukan selesa pada babak pertama. Kazakhstan, yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang pertandingan itu, bagaimanapun memecah kebuntuan dengan gol tunggal Vera Domashinova pada minit ke-68.
Malaysia, yang mengatasi Russia 3-1 pada perlawanan pembukaan, akan menentang Fiji hari ini. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara berfikir kumpulan sukan kerajaan Malaysia pimpinan BN/UMNO. Tiada langsung memikirkan untuk memertabatkan wanita Malaysia, sesuai negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Pernainan hebat, cuma aurat wanita tidak dijaga.
Malang bagi wanita Malaysia, dipaksa berbogel (berpakaian bertelanjang) demi sukan negara. Wanita direndahkan ke taraf binatang oleh pemimpin-pemimpin UMNO pemegang dasar sekularis, dan materialis nasionalis. Skuad Hoki Wanita siapsedia, tetapi tiada pakaian menutup aurat, apa lagi sewaktu bermain.
Pemimpin-pemimpin BN/UMNO, sila lihat contoh dan perbandingkan dengan ahli-ahli sukan yang bertamaddun Islam, seperti di bawah ini. Amazing Ruqaya'

Ruqaya al-Ghasara: Saya
bersyukur kerana menjadi seorang Islam. Ini satu anugerah. Pencapaian
saya ini adalah satu kejayaan kepada wanita Arab, dunia Arab, Islam dan
wanitanya. Memakai pakaian bertutup sebenarnya telah mendorong saya.
Ia bukan halangan. Secara bertentangan ini menggalakkan berusaha lebih.
Memakai hijab membuktikan wanita Islam masih tiada halangan.
Kenyataannya ia menggalakkan mereka terbabit dalam sukan. Malah saya
juga layak ke kejohanan Dunia di Osakan tahun depan.Lihat ini.. Skuad Hoki Wanita Siap. Tapi Tak Berpakaian...
1 comment:
Apa nak buat pemimpin negara (umno-bn) suka tengok aurat perempuan
Post a Comment