Thursday, February 21, 2013

Kumpulan Bersenjata L/Datu, Apa Pandangan PAS?


 
Menteri KDN
KL: Soal keselamatan di perairan Sabah mula mendapat perhatian apabila sekumpulan bersenjata dari Sulu dengan mudah mendarat di  Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, persoalan yang timbul kini adalah ke mana perginya benteng keselamatan negara yang diuar-uarkan sentiasa diawasi dengan ketat oleh pihak berkuasa.

Sehingga katanya, di perairan dan pesisir pantai Sabah disediakan kapal selam untuk tujuan keselamatan. Episod pencerobohan bersenjata ini katanya, memberi persepsi bahawa tahap kawalan di perairan negara boleh dipertikaikan.

"Kenapa tidak diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada dalam negara ini. Mereka datang membawa senjata ianya sudah cukup memberi ancaman kepada rakyat negara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, hanya kerajaan sahaja yang boleh bertindak ke atas mereka dengan peruntukan undang-undang yang ada. Jadi, beliau berharap kerajaan mengambil tindakan segera terhadap pencerobohan ini, bukan atas dasar emosi tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Beliau mengulas kejadian sekumpulan 100 orang yang dikatakan pengikut seorang sultan di Filipina melakukan pencerobohan di Lahad Datu yang kini sedang dikepung pihak berkuasa Malaysia.

Difahamkan pihak polis akan menggunakan saluran perundingan bagi menyelesaikan kemelut pencerobohan itu. Sementara itu, Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar menangkis tanggapan bahawa polis tidak bertindak dengan tegas ke atas kumpulan penceroboh tersebut. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails