Wednesday, February 20, 2013

Usaha Jatuhkan MB, 5,000 IC Pindah Ke S'gor?


Gambar kad pengenalan warga Pakistan yang diambil dari video
KL: Dalam Usaha menjatuhkan Menteri Besar, sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.

Seorang warga Pakistan, Nasib Parwali (gambar) yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.

"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah.

"Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.

Dalam video itu juga menunjukkan My Kad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.

Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada ejen. Selepas itu, sejumlah RM6000 hingga RM10000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.

"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.

Sebelum ini, bekas menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.

Mereka dijangka akan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Kesan pilihan raya

Cetakan dari laman web SPR selepas dimasukkan nombor kad pengenalan Nasib
Semakan Harakahdaily dengan laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengesahkan, Nasib akan mengundi di Ijok dalam pilihan raya umum akan datang ini. Beliau didaftarkan untuk mengundi di Pekan Ijok, dalam DUN Ijok di bawah Parlimen Kuala Selangor.

Ijok adalah DUN yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menang dengan majoriti 1920 undi dalam pilihan raya ke 12 lalu. Parlimen Kuala Selangor pula diwakili oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau menang dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 862 undi.

Jika apa yang dibuat ini benar-benar berjaya, kedua-dua calon Pakatan ini bakal kalah dalam pilihan raya umum nanti. Begitu juga caranya dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.(IH/Hrkh)

3 comments:

Anonymous said...

Siasat siapakah agen yg buat IC /mukad yg didakwa oleh warga pakistan ini.Tangkap dan hukum sewajarnya. Saya rasa ini kerja tali barut BN. Kalau sudah dapat senarai nama dan alamat warga seperti ini, rampas IC mereka dan simpan dipejabat MB Selangor. Jangan benarkan mereka mengundi.Polis dan org2 pakatan rakyat yg ramai boleh buat kerja ni, sebelum pilihan raya.Kita rakyat Msia tidak mahu terjadi sprt di Sabah, kekalkan kuasa hasil dari undi warga asing.Harap bertindak segera.

Anonymous said...

polis perisik dan polis2 yg berkeliaran begitu ramai, buatlah kerja sikit. Tahan pendatang asing ini dan minta ic mereka. Soal siasat mereka. Serahkan ic mereka kpd pejabat MB Selangor/pejabat parti rakyat, supaya nama mereka dikeluarkan dari daftar pemilih. Inilah perancangan jahat SPR dan JPN utk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Hal ini terjadi bukan sahaja di Selangor tetapi di negeri2 lain juga berlaku. MB , JPN Selangor, SPR Selangor , polis, bekerjasama utk membenteras penipuan ini. Lakukan segera, pilihan raya sudah hampir. Jangan buat pilihan raya selagi pengundi ic projek ini tidak dikeluarkan dari senarai.Pejabat MB simpan ic mereka sehingga selesai mengundi.

Anonymous said...

Pengarah SPR Msia berkata, akan berlaku sedikit kekecohan di tempat mengundi.Apa yg dia maksudkan itu adalah pengundi projek ic seperti Nasib Parwali ini.Akan ada halangan oleh penyokong Pakatan rakyat semasa mengundi. Oleh itu Parti Pakatan Rakyat perlu bertindak lebih bijak dari Pengarah SPR tali barut BN, dan bertindak lebih pantas sebelum terlambat. Saya tidak setuju kekecohan berlaku selepas pilihan raya, pada hal kita boleh benteras sedaya upaya sebelum pilihan raya,dgn tindakan dan fikiran yg bijak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails