Sunday, February 17, 2013

Pas Keluar PR Jika Rugi Islam/Melayu. -Abd Hadi.



Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam

K/TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam.

 “Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita pada majlis sama, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, keadaan semasa dalam PR tidak menimbulkan sebarang isu yang menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam apabila PR menerima Perlembagaan negara yang turut meletakkan Islam sebagai agama teras, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, mengiktiraf hak keistimewaan bumiputera dan Raja Berperlembagaan.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama politik atau diistilahkan Pas sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP masih lagi memperkasa Melayu dan Islam.

“Bahkan kita berjaya membuat anjakan paradigma dengan kemenangan calon-calon seperti Dr Siti Mariah Mahmud, Fuziah Salleh yang bertanding dengan calon-calon bukan Melayu Islam dimenangkan oleh pengundi Melayu dan bukan Islam. Itu perubahan yang besar yang dapat kita wujudkan,” katanya. (SH)

2 comments:

Tembakau Jawa said...

Menyokong penuh kenyataan Ustaz Abdul Hadi Awang. Sekiranya PR dapat bentuk kerajaan pusat tapi tidak benarkan negeri Kelantan dan mana-mana negeri untuk laksanakan undang-undang berlandaskan Islam memang sepatutnya PAS keluar saja dari PR dan keadaan ni mungkin akan berlaku sebab orang bukan Islam ada yang akan menentang perlaksanaan undang-undang Islam ini. Penentang bukan Islam ke atas undang-undang Islam bukan pasal takut tangan kena potong sebab mereka tahu undang-undang Islam tidak akan diguna pakai ke atas mereka tetapi lebih kepada faktor ekonomi. Lima puluh peratus pengguna arak di Malaysia adalah orang melayu-Islam, lima puluh hingga enam puluh peratus pelanggan kedai nombor ekor adalah orang Islam, enam puluh peratus pelanggan pusat hiburan adalah orang Islam kalau undang-undang Islam dikuatkuasakan dah pasti perniagaan-perniagaan ini akan terjejas teruk sekarang ni pun dah dengar tokey sport toto datang berjumpa pemimpin DAP dan PKR. Ada cerita DAP dan PKR mendapat bantuan kewangan dari tokey Sport TOTO tapi ni khabar angin tak tahu betul atau tidak.

Melayu Bukan Islam said...

Agama tak rugi, PAS tak keluar Pakatan.

Raja2 masih Islam, mahkamah syariah masih ujud, ketua hakim negara masih seorang Islam, ketua polis, askar dan PM pun seorang yang masih Islam.

Kenapa ada pihak macam Perkasa nak memperjuangkan ketuanan Melayu dan hak raja2 berinstitiusi Islam? Raja2 boleh pertahankan hak meraka. Kuasa askar dibawah naungan yang di pertuan Agong. Majlis agama negeri di bawah kuasa Sultan/yang di pertua negeri.

Hanya pihak2 politik dan NGO seperti UMNO, PAS, Perkasa yang berbuih2 memperjuangkan hak Islam. Apa yang betul, Islam itu bukan Melayu dan Melayu itu bukan Islam.

Jangan sekali2 nak Melayukan Islam tetapi Islamkan Melayu dahulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails