Wednesday, February 20, 2013

Awas! Kerana Dadah, Penyanyi Ini Bunuh Diri..


Mindy McCready
Mindy McCready

HEBER SPRINGS - Penyanyi Amerika Syarikat (AS), Mindy McCready disahkan mati bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di rumahnya di sini, petang semalam. Penyanyi ini juga pernah membuat cubaan bunuh diri dua kali sebelum ini dan terlibat dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol.

McCready, 37,  mati seminggu selepas kematian teman lelakinya, yang juga seorang produser, David Wilson, bapa kepada salah seorang anak lelakinya, bulan lalu. Dia mempunyai dua anak lelaki. Kematian teman lelakinya masih lagi dalam siasatan. McCready pernah menghasilkan lima album.

Wartawan NBC, Andrea Canning mengamas kini status akaun Twitternya berhubung kematian McCready berbunyi, “baru saja mendapat panggilan mengesahkan rakan baik, Mindy McCready mati kerana menembak diri sendiri petang ini."

Menurut polis, mereka menemui mayat Melinda Gayle McCready di anjung rumahnya di Heber Springs. Mayat Wilson juga ditemui di tempat yang sama sebelum ini. McCready disahkan mati di tempat kejadian. Dia sebelum ini pernah menafikan terlibat dengan kematian teman lelakinya. McCready juga pernah ditahan polis beberapa kali atas tuduhan terlibat dengan dadah. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu peringatan kepada artis-artis terlibat dadah, dan peminat-peminatnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails