Friday, August 07, 2015

Kongsi Cerita, Setelah 3 Bulan Petik Buah Di Australia..

peta melbourne
BANYAK yang bertanya weblog ini ingin berkongsi cerita pengalaman kerja petik buah di Australia.  Di sini ada jawapan salah satunya..
6 Fakta Bekerja Memetik Buah di Australia' (http://www.sayabackpacker.com/2015/05/petik-buah-di-austalia/)
grapes
TANGGAl 27 April 2015 yang lepas, seorang sahabat saya bernama Mel yang berasal dari Sabah dan sudah lama menetap di Damansara tiba di Melbourne, Australia. 
Dari lapangan terbang, beliau terus menuju Southern Cross dan menemui rakannya yang bekerja mengutip buah di sana. Mereka kemudiannya menaiki tren ke Robinvale selama 7 jam. Di situ terdapat ladang anggur yang sangat luas dan terbahagi kepada beberapa kawasan seperti Olives, Costa dan beberapa kawasan lagi yang saya tidak pasti namanya. Tujuan sahabat saya itu hanya satu. MEMETIK BUAH DI AUSTRALIA!
Selama ini saya mendengar dan membaca kisah orang lain. Kali ini sahabat saya sendiri, seorang wanita bujang berumur 30 tahun sanggup terbang ke Australia seorang diri dan mencuba nasib di sana. Saya sangat bersyukur kerana Mel sering menghantar ‘wassap’ dan menceritakan kisahnya di sana. Dia memberitahu bahawa dia sangat gembira walaupun agak kepenatan bekerja di ladang anggur. Oleh itu, dengan keizinan Mel, saya kongsikan pengalamannya di Saya Backpacker.
  1. Waktu Bekerja dan Penginapan
  • Mel keluar bekerja jam 6.45 pagi dan pulang ke bilik semula jam 3 petang. Kadangkala beliau mula bekerja jam 8 pagi dan pulang jam 5 petang. Bayaran gajinya dibayar secara mingguan dan ditolak terus dengan duit penginapan sebanyak AUD 90 (RM259) seminggu. Contohnya, jika pendapatan hasil petikan anggur Mel pada minggu tersebut adalah AUD 300 (RM864), maka Mel akan mendapat bayaran sebanyak AUD 210 (RM605) setelah ditolak sewa mingguan penginapan.
  1. Kadar Bayaran Gaji
  • Pendapatan melalui petikan anggur adalah berdasarkan jumlah kotak anggur yang dipetik. 1 kotak mempunyai 10 kg anggur. Bayaran juga bergantung dengan jenis anggur. Anggur terdapat tiga jenis iaitu anggur tanpa biji (seedless), anggur hijau dan anggur biasa. Bayaran upah petik bagi 1 kotak anggur tanpa biji (seedless) berkadar AUD 2.50 (RM7.20) sekotak. Ia kadar yang paling tinggi dalam kategori anggur. Yang lain pula sekitar AUD 2 – 2.30 sekotak. Secara purata kudrat seorang perempuan, mereka mampu memenuhkan sebanyak 40 kotak sehari. Jika baru belajar dan terkial-kial biasanya sekitar 30 kotak dan yang paling handal 100 kotak sehari. Jika anggur dipetik berdua, menurut Mel, ia boleh mencapai lebih 50 kotak sehari.
  • Kita andaikan Mel memetik anggur secara purata sebanyak 40 kotak sehari dengan kadar paling rendah AUD 2 (RM 5.70) sekotak untuk anggur biasa. Maka pendapatan Mel sehari adalah AUD 80 (RM 230). Untuk 6 hari bekerja, Mel mendapat AUD 480 (RM1,383). Kadangkala Mel perlu pulang ke kilang untuk membalut kotak, oleh itu AUD 30 (RM86) ditambah sebagai upah lipat kotak. Maka jumlah pendapatannya untuk minggu itu adalah AUD 510 (RM1,469). Setelah menolak kos sewa mingguan penginapan sebanyak AUD 90, maka gaji yang dibayar kepada Mel adalah AUD 420 (RM1,210) untuk minggu tersebut.
  1. Belanja
  • Menurut Mel, bagi menjimatkan perbelanjaan, usah makan di luar. Mel membelanjakan hanya AUD 30 (RM86) seminggu untuk duit dapur dan ‘top-up’ telefon pra-bayar. Makan di restoran sangat mahal dan berganda-ganda. Memasak sendiri adalah lebih menjimatkan dan terjamin halal.
  1. Peluang Lain
  • Ketika buah anggur sedang lebat, jumlah kotak yang boleh dipenuhkan mencecah 70-80 kotak sehari. Namun waktu ini menurut Mel, buah semakin berkurangan dan dia hanya mampu mendapat sekitar 30-40 kotak sehari. Ini kerana musim anggur bermula pada bulan Disember dan berakhir bulan Mei. Oleh itu Mel sudah agak lewat menyertai ladang anggur tersebut.
  • Namun begitu, terdapat banyak lagi peluang memetik buah yang berbeza musim seperti oren, manga, kacang badam, tomato dan strawberi. Yang terdekat adalah buah oren yang bermula Mei ini. Mel bercadang mahu berpindah ke ladang oren setelah musim anggur tamat. Kadarnya berbeza kerana oren menggunakan bakul yang besar. Satu bakul dibayar AUD 25 (RM72) namun perlu dikongsi bersama seorang lagi pasangan memetik anggur. Ia mesti dilakukan berdua kerana memetik oren lebih berat dan susah malah perlu memanjat jika perlu. Menurut kawan Mel, secara purata oren yang mampu dipetik adalah 5 bakul sehari.
  1. Solat
  • Tentang solat pula tiada masalah. Bagi yang lelaki lebih mudah. Mereka hanya solat di ladang. Bagi perempuan pula, mereka akan ke kilang dan solat di sana. Ada tempat yang boleh digunakan untuk solat. Jika mahu keluar membeli belah pula sangat jauh iaitu di Mildura yang jaraknya 85 km dari Robinvale.
  1. Permit dan Penguatkuasa Tempatan
  • Mel tidak mempunyai permit bekerja. Beliau hanya menggunakan pasport dan pas pelawat. Ketika mula-mula mahu masuk Melbourne, Mel menempah asrama di Melbourne menggunakan booking.com dan menulis nama asrama di borang putih (boarding/departure form) sebagai kaedah mengelakkan masalah di kastam Australia. Menurut Mel lagi, tiada tindakan dari pihak berwajib Australia kepada pemetik-pemetik buah. Mereka hanya menutup mata kerana orang Australia sendiri tidak mahu memetik buah. Ladang memetik buah sudah seperti perkampungan Asia dan tidak terasa asing langsung. Selagi kita menjaga sikap dan berkelakuan baik, insya-Allah, tiada pihak tempatan yang mengganggu.
Saya tidak bertujuan mahu menggalakkan anda ke sana. Saya hanya berkongsi maklumat dan pengalaman dari sahabat saya yang sedang memetik buah di bumi Australia. Saya tidak boleh memberi nombor telefon Mel atau memberi panduan bagaimana anda mahu memetik buah di sana atas tujuan menghormati privasi Mel dan sebab-sebab lain yang tidak mahu saya nyatakan. Ini sekadar perkongsian sebagai tambahan maklumat untuk sesiapa yang ingin tahu.
Terima kasih kepada weblog di atas. ((http://www.sayabackpacker.com/2015/05/petik-buah-di-austalia/)
Dari..
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
5 Ogos 2015 KL 
Nak tahu lebih lanjut sila hubungi..
Ibnu Hasyim: Tel: 0142225865 KL

Pemberitahuan:
Kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang ingin menghabiskan cuti persekolahan dengan bekerja sambil belajar di Australia boleh terus menghubungi kami atau melalui wakil mereka di sini.

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

2 comments:

Anonymous said...

berhati-hati..jgn tertipu... kawan pejabat telah tertipu..
Dari awal banyak penipuan... permit lawatan..guna untuk bekerja...
guna booking.com tapi dikata asrama????????????

Anonymous said...

Entah2 MEL ni sendikit yg menawarkan pekerjaan pd rakyat malaysia.. mestilah cerita yg best2 utk menarik perhatian org ramai..
note : sy sekadar syak wasangka je.. skrg ni mcm2 org menipu nk jd kaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails