Monday, August 03, 2015

1/2 Bogel Berbaring Dibumbung Kereta Sedang Laju. Kenajisan Arak..

SEORANG lelaki separuh bogel berbaring pada sebuah kereta yang dipandu laju di Marbella.- AGENSI

MADRID, Sepanyol – Beberapa pemandu jalan raya di sini terkejut melihat seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek berbaring pada bumbung sebuah kereta yang bergerak selaju 120 kilometer sejam (km/j).

Lelaki misteri itu dipercayai seorang warga Britain. Aksi berbahaya lelaki itu dirakam oleh seorang pemandu tempatan di sebuah terowong berhampiran pusat peranginan Costa del sol, pinggir bandar Marbella.

Dalam klip video tersebut, pemandu warga Sepanyol itu menunjukkan meter kereta yang dipandunya mencecah kelajuan 100 km/j sebelum merakamkan aksi lelaki itu.

Lelaki separuh bogel itu kelihatan langsung tidak gementar berada di atas bumbung kereta berkenaan. Pemandu Sepanyol itu memuat naik aksi berbahaya itu yang menjadi viral di internet.
 

“Lelaki itu akan mati jika terjatuh memandangkan kereta tersebut dipandu laju. Saya berasa dia mabuk dan tidak menyedari tindakannya bukan sahaja membahayakan diri sendiri, bahkan pemandu lain,” kata seorang pengguna internet.
 

Susulan pendedahan tersebut, polis Sepanyol melancarkan siasatan untuk mengesan pelancong separuh bogel itu. – Agensi

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 1/2 Bogel berbaring di bumbung kereta sedang laju. Semuanya kerana kenajisan arak.. Sebab itu Allah SWT mengharamkannya.  Bila lagi negara umat Islam seperti Malaysia hendak mengharamkannya? Mengamal perintah Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails