Friday, August 07, 2015

Tun M Pernah Guna Akaun Peribadi Untuk Tujuan Politik? -K/Pemuda PAS.


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menafikan dirinya tidak pernah menggunakan akaun peribadi beliau untuk tujuan politik.
"Itu licik, bukan bersih namanya," kata Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Dakwa Nik Mohamad Abduh, politik wang bermula dan berleluasa pada zaman Dr Mahathir.
"(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mewarisi budaya lama yang tidak boleh dibaiki lagi selain ganti Barisan Nasional," katanya di laman Facebook, semalam.
"Sebelum Barisan Nasional bungkus, bungkus dulu untuk peribadi masing-masing.." akhiri beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas.
Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan kesediaan akaun peribadinya untuk disiasat.
"Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya." katanya menerusi blog Chedet, kelmarin. (SH)

2 comments:

Anonymous said...

Amacam Nik Abduh ada berani siasat 22 tahun account Mahathir??.Sudah buat kaji selidik ka!!ataupun main hantamsajalah.Orang bercakap,awakpun nak bercakap!!orang bercakap subtance!awak bercakap hampehhh!!.

Anonymous said...

Nik Aziz pun ada share projek korek emas kat Kuala Krai. Balak taktau lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails