Saturday, August 08, 2015

Strategi PAS Kini, Berkreatif Menutup Ruang Bermusuh.



KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuk, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat.

“Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini.

“Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh”,” katanya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung dengan rakyat khususnya kaum Cina.

Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam,” katanya. – mynewshub.cc

6 comments:

zaki said...

Dizaman tgna masih hidup musuh pas adalah umno, selepas tgna tiada ,pas berbaik dengan umno atas nama menutup ruang bermusuh pada masa sama mencipta musuh baru iaitu pkr dap dan ghb sambil bermuka kulit babi enggan melepaskan jawatan di pulau pinang

Anonymous said...

Sudahlah kau mamat,sebutlah ,katalah ,cakaplah selagi lidah mu ,mulutmu bolih berkata2 ramai manusia kini dah pandai menilai pa yng benar apa yang tak benar,teruskan dengan kyalan mu,sehingga Pas terkubur disebabkan stratiji jahat kau.

Anonymous said...

Bila dia kata creative dia buat baik dgn umno/BN dalam masa yg sama pula dia creative menjadikan musuh pada GHB,PKR/DAP.dia kata DAP chauvinist,tapi dia lupa dlm BN banyak rimau,buaya,naga,ular dan segala pelesit berada dlm BN.jelas sekali hipokritnya ia,ia hanya mementingkan siapa yg ada kuasa,itulah pilihanya.Dgn mengabaikan siapa yg nak bawa "good governance" samada PR2.0 atau BN.

Anonymous said...

Apa punya hamlau, malaun akibat walaun hingga tak habis mengampu. Inilah kata-kata jari telunjuk kelengking berkait. Bunyinya sedap tapi rasanya pahit beracun berbisa. Yang dibuat musuh yang sudah berbaik-baik, tikam belakang pulak lagi sekarang baru nak fikir inklusif kononnya selepas dah nampak betapa ramai orang dah meluat tengok perangai PAS terutama ostad-ostad dan geng-gengnya yang cakap berbelit-belit, berkreatif konon!!

GHB sebut pasal inklusif dia pun mula nak pakai inklusif. Takkan jadi sebab kami pengundi bukan bodoh macam puak-puak geng ostad malaun walaun. Berkreatif kamu nak menipu, berpura-pura cakap depan lain belakang lain ingat kami tak boleh nak lihat. Jangan buang masa nak buat kerja bodoh. Tengok dulu berapa ramai pula penyokong bukan Islam yang akan dokong kelab penyokong PAS tu. Tak sedar tak pasal hilang entah ke mana.

Anonymous said...

Ni mamat musang berbulu ayam dlm PAS cakap Tuang Presiden Hj Hadi x ambil kesempatan serang Najib demi menyelamatkan negra dan mensejahterakan rakyat....woi mcm mana nak selamat dan sejahterakan rakyat dan negara klu Rm 2.6 bilion bkn sikit dlm akaun Najib tu ulamak2 PAS buat2 buta. Walau bagaimanapun tahniah sbb kau dah berjaya perbodohkan ulamak2 dan walaon2 PAS dan pecahbelahkan PR. Lepas perjumpaan rumah terbuka PAS ni bolehlah sign perjanjian utk berUG dgn penyamun2 UMNO/BN. Tahniah....tahniah

Abdul Said said...

Sekarang PAS dalam mode 'damage control'. Macam-macam statement bercanggah keluar dari ketua-ketua mereka. Mereka lupa yang mereka hidup dalam zaman IT. Tingkah laku baik dan buruk ada rekod, lebih-lebih lagi rekod yang buruk-buruk seperti sabotaj rakan, angkuh, mulut celupar, main kayu tiga dan belot. Janganlah nak tunjuk baik. Orang ramai kenal siapa ulamak dan siapa ular dalam semak!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails