Sunday, August 02, 2015

'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas Tidak Akan Lepas Jawatannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, suara yang mendesak beliau berundur terlalu sedikit jika dibandingkan 3 juta ahli Umno yang mengundinya sebagai presiden. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, di Melaka petang tadi.

"Saya tidak akan turun!" Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Beliau menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatannya walaupun banyak pihak semakin mendesak beliau berbuat demikian susulan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa turut mengaitkan dirinya .

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, di Melaka petang tadi, beliau yang juga Presiden Umno menegaskan, suara yang mendesak beliau berundur terlalu sedikit jika dibandingkan 3 juta ahli Umno yang mengundinya sebagai presiden.

"Suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun. Sebab saya tahu 3 juta ahli Umno bersama saya," katanya mengulangi kenyataan hampir sama yang pernah diucapkannya di Sabah tidak lama dahulu.

Susulan ucapannya itu, kesemua lebih 500 perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka berdiri dan melaungkan "Hidup Najib" sebelum beliau menyambung semula ucapannya.

"Saya dipilih melalui proses demokrasi pilihan raya," katanya.

"Bukan saya angkuh, tapi saya diamanahkan oleh parti untuk meneruskan kepimpinan.
"Jangan ganggu saya, saya nak buat yang terbaik, saya buat ekonomi modal, ekonomi rakyat," katanya.
"Ada orang kata saya tidak bijak kerana buang kuota bertanding jawatan presiden parti," kata najib mengulas perubahan dalam sistem pemilihan Umno yang memberikan ruang demokrasi kepada ahli untuk memilih presiden.

Perlembagaan Umno sebelum ini menghendaki mereka yang ingin bertanding jawatan presiden Umno menerima pencalonan daripada 63 Umno Bahagian.

"Ingat senang nak dapat? Susah. Kalau saya kekalkan Perlembagaan lama, saya boleh jadi presiden parti selama 23 tahun. Boleh .. Sebab, siapa nak lawan?
"Tapi saya nak parti kita jadi lebih terbuka. Saya biarkan 160,000 ahli Umno memilih," katanya.

Najib berkata, beliau percaya, isu yang kini membelenggu diri dan pentadbirannya akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

"Zaman susah pun, Insha Allah tak lama kalau kita ada setiakawan. Ada cahaya di hujung terowong. Kalau kita berjaya melalui zaman kesusahan, Insya Allah kita akan lebih kuat.
"Tak mengapa saya berat sikit, banyak ujian," katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya menerima kenyataan mantan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata tetap akan bersama Umno walaupun digugurkan daripada Kabinet Najib.

"Kalau Muhyiddin kata nak setia pada Umno, saya terima. Sebab, itulah yang saya nak. Sebab, Umno itu lebih besar daripada mana-mana pemimpin," katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sokongan yang diterimanya bukan disebabkan kapasiti individu, tetapi lebih kepada sokongan yang diterima presiden parti.

"Kebetulan hari ini saya presiden. Bukan kerana saya Najib. Presiden kena kuat, kuat bukan kerana dia Najib, tapi kerana dia presiden.
"Selagi saya pegang jawatan presiden, saya perlukan kekuatan untuk teruskan parti kita menang," katanya.

Beliau turut mengambil contoh ketaatan pembangkang kepada pemimpin mereka, apabila menyentuh isu video 'China Doll' dan jam tangan Omega yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pembangkang, dah sahih, dah ada jam Omega, masih pertahankan lagi, bila pertahankan pemimpin, dia akan berjaya," katanya. - 1 Ogos, 2015. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

PEROMPAK mana tau malu
Nak kekal jawatan takut bocor rahsia...guna kuasa sanggup tahan rakyat sana sini.
Macam tu lah rasanya kes wanita mongolia..nak tutup kes supaya tembelang tak pecah...sanggup membunuh
Begitulah juga kes nak tutup hutang yg dibuatnya...sanggup menjual harta negara pada negara luar.

Tanya diri anda...sial ke tak sial pemimpin yg mcm ni.

Anonymous said...

Siapa pulak suruh dia turun? Orang suruh go to hell je lah. Sana tak banyak ujian. Ramai kawan hati pun senang. Bawak orang rumah sekali.

Anonymous said...

Ini penyokong umno punya pasal lah.... termasuk harun din dan hj hadi serta walaun mereka...

Menyusahkan rakyat betul.... kamu menjawab la nantinharun dan hadi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails