Wednesday, August 05, 2015

GHB; Tak Ada Kesan Yang Besar -Datuk Mohd Amar

PAS Pusat akan bermesyuarat pada Sabtu ini bagi membincangkan tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap anggota parti itu yang bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Harapan Baru (GHB).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata kepimpinan tertinggi parti menerima laporan daripada setiap badan perhubungan negeri berhubung penglibatan ahli-ahlinya dalam gerakan itu.

"Kita kumpulkan maklumat daripada negeri-negeri dan boleh kata semua negeri menghantar laporan secara agak 'terperinci' tentang perkembangan GHB di negeri masing-masing. Akan ada keputusan (terhadap ahli parti terlibat GHB) selepas mesyuarat PAS Pusat 8 haribulan ini," katanya ketika ditemui permberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Balai Islam Lundang di Kota Baru, hari ini.

Ditanya mengenai sejauh mana aktiviti GHB yang cuba melebarkan pengaruhnya di negeri ini, Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu berkata ia masih tidak serius.

"Saya tengok pada mata kasar saya tak ada kesan yang besar walaupun kita tak nafikan ada orang-orang yang aktif untuk mengembangkan GHB dan ada orang PAS yang berminat (untuk menyertai GHB). Tapi setakat ini pada pengamatan kita, tak serius. (Tetapi) sebelum mereka menjadi parti yang rasmi tidak banyak komen kita boleh buat, "katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai pengisytiharan sumber dana parti sebagaimana yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, Amar secara peribadi berpendapat undang-undang itu wajar diikuti oleh mana-mana parti politik di negara ini.

"Bukan setuju, tapi kalau ada undang-undang kita akan patuh, sebab kita terikat dengan undang-undang. Jangan salah faham. Jangan tulis saya setuju pula, itu cerita lain. Benda ini kena rujuk kepada pimpinan ataslah. Tapi pada kitalah, kita lebih kepada sumbangan kutip derma daripada ahli-ahli parti, "katanya.

Najib pada Sabtu lepas mencadangkan pengwujudan semula peraturan itu yang bertujuan memastikan parti politik lebih telus bukan hanya kepada ahli-ahli parti malah kepada penyokong parti masing-masing.

Cadangan itu pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP. - Bernama, 4 Ogos, 2015.

2 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Sebagai orang kelantan, respond saya kepada kenyataan Nik Amar ini ialah......KAHKAHKAHKAHKAHKAH.....dah xd3 beza nko dengan Ahmad Maslan.....

Anonymous said...

PASMA the life boat cecah air sahaja, bahtera PAS bergoncang. Ini yang nak buat lintas hormat ni GHB bertaraf destroyer rasanya gelombang yang terhasil boleh buat bahtera PAS masuk dock.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails