Friday, August 07, 2015

MT Umno Tidak Pernah Dimaklum Sumbangan Derma. -Shahrir Samad.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad berkata Majlis Tertinggi tidak dimaklumkan mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun presidennya, Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.

Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.

"Semasa saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS $ 700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberi penjelasan mengenai sumbangan itu.

Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS $ 681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.

Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu. - 6 Ogos, 2015 (TMI)

8 comments:

ramboo-t said...

Main wayang saja, temberang..tp wang depa sapu licin.

Anonymous said...

Bestnya jadi PM..
Boleh sesuka hati terima wang derma dan tak perlu maklumkan pada bendahari & MT.
Guna separuh untuk parti lpstu guna sendiri untuk kekal sokongan dlm parti & belanja anak bini pun takde siapa tahu.
LHDN, Bank Negara pun tak tau..
Wahhh best2...
PM gaji rm900 sebulan pun tak pak klu mcm ni.. Duit tepi lagi banyak masuk..
Alasan derma untuk parti.. Tapi pelik ahli parti sorang pun tak tahu wujudnya Wang derma ni..
Lepasni ahli politik bebas untuk terima duit dengan alasan derma untuk dana parti & tak perlu untuk maklumkan pada sesiapa.

Barulah ahli politik Malaysia bebas rasuah kerana duit itu semuanya derma.

cikmatgelap said...

MEMANG BERBEZA SHARIR DGN ADIKNYA KHALID....MACAI VS PEJUANG

Anonymous said...

Sure perompak sapu licin punya. Mkn sorang2. Sbb tu tak berani gi tau sapa2 meskipun TPM nya sendiri. Account pun cepat2 tutup takut org kesan. Dah terbongkar mengalabah takut nak jawap suruh org lain jawap.

Anonymous said...

"Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti. " Menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir. " Kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat." Katanya melalui rakaman - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perdana-menteri-langgar-undang-undang-anti-rasuah-terima-derma-kata-ambiga#sthash.G7yNFmcl.dpuf

Anonymous said...

Beliau lah perdana menteri beliau lah menteri kewangan beliau lah presiden umno..kuasa veto yg di berikan tiada seorang pun bani umno sedar bahawa beliau juga pembawa bencana kepada negara..bencana yg memudaratkan generasi bangsa di hari muka..malang sungguh org melayu masih x sedar2...

Anonymous said...

Shahril, kenapa kebelakangan ini tiba2 jadi balaci Najib saja. Sejak dulu semasa kau jadi Menteri Wilayah lagi saya cukup kagum dengan kau (dan Khalid Nordin, waktu itu S/U kau) Najib ini memang sudah rosak. Pandang dari sudut mana sekali pun. Najib ini bukanlah 'PM Material' kau pun tahu. sebab:
1. Dia anak aristokrat, mana dia tahu susah senang rakyat.
2. Dikalangan PM dialah yang berhutang paling bnyak. Lepas itu trektor atas belakang rakyat untuk bayar bunga. (Hutang belum lagi.)
3. Takut bini pula. Maaf cakaplah.
4. Apakah jaddahnya gadai duit keringat rakyat untuk pergi berniaga. Kerajaan kerjanya tadbir negara bukan pelingkup negara. Lihat apa kesannya . RM3.91 satu USD1.00 terbaik sejak merdeka. Ini kerja gila.
5. Lepas itu siapa tegur dia kena pecat. Dia ingat Malaysia ini dia punya.
6. Bila terbongkar dia simppan RM2.6B dlam akaun, dia kata derma. Apa kata kalau orang tak tau. Tolong jawab sendirilah. Saya ingat RM10.B Mahathir perabis dengan Perwaja dulu sudah cukup banyak, rupa2bnya si Najib ini Ya Allah lagi bukan lagi mahafiraun tapi mahamalaun kelas satu.
Ya Allah engkaulah yang maha memberi petunjuk. Engkulah sebijak2 hakim.

Ibnu Hasyim said...

T.Kasih Alhusseyn Alhusseyn dan pengomen-pengomen lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails