Sunday, August 02, 2015

Tan Sri Antara 3 Individu Ditangkap, Kebocoran Maklumat Rasmi.

3 individu direman sehari di IPD Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kebocoran maklumat kerajaan sehingga disalahgunakan pihak tertentu

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan isu kebocoran maklumat rasmi sehingga disalahgunakan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga tangkapan itu dilakukan selepas pihak polis melakukan siasatan berhubung laporan berbaur fitnah yang dikeluarkan laman web Sarawak Report terutamanya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, mereka yang ditahan ialah bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh serta Ahli Sekretariat Kewangan dan Pentadbiran Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet.

Katanya, turut ditahan ialah Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara.
Difahamkan, Rashpal dan Jessica ditangkap kira-kira pukul 11 malam kelmarin sebelum dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, manakala Sazilee ditahan semalam. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails