Monday, August 03, 2015

95 GRO, Arak & Kalungan Bunga.. Berselindung Di Gudang.



SERAMAI 95 gadis GRO warga Thailand ditahan pihak berkuasa dalam serbuan awal pagi semalam.
 KUALA LUMPUR – Sebuah premis hiburan yang berselindung di sebalik sebuah gudang terbongkar apabila premis berkenaan diserbu polis dalam satu operasi di Jalan Kuchai Lama di sini semalam.

Serbuan oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang diketuai Asisten Superintendan Ibrahim Husin pada kira-kira pukul 1 pagi itu berjaya menahan 95 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing.
Menurut Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Amir Rashid Derani, pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan itu pada mulanya akan ditawarkan minuman keras oleh GRO Siam tersebut sebelum dipujuk membeli kalungan bunga bernilai RM20 setiap satu sebagai ‘hadiah’ kepada mereka.
Ketika serbuan kita dapati premis itu merupakan sebuah gudang tapak gelanggang badminton yang sudah diubah suai dan terdapat wanita warga asing yang asyik melayan pelanggan serta membuat pertunjukan hiburan bertemakan pengantin di atas sebuah pentas.
“Selepas melakukan pemeriksaan, kita menahan seramai 95 GRO warga Thailand berusia antara 22 hingga 35 tahun serta seorang lelaki yang merupakan pengurus premis tersebut. Selain itu, kita juga merampas peralatan audio visual serta sejumlah wang tunai,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Tambahnya, setiap malam GRO tersebut akan membuat persembahan dengan pelbagai konsep bagi menarik perhatian pelanggan. (Kosmo!)

1 comment:

Unknown said...

kne tangkap pastu tokey jamin..bole kluar n keje balik..macam tu lee ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails