Monday, August 03, 2015

'Pegang-pegang Bukan Muhrim', Jangan Berfikiran Sempit. -Azalina Othman Said


Datuk Seri Azalina Othman Said (Tomboi ??) 

TERCATAT dalam Blog OMAKKAU...

TEGUR LEMBAGA PENAPISAN FILEM (LPF) JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT ... USTAZ KAZIM ELIAS BELASAH AZALINA OTHMAN

Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info..

Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan.. disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan..

Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. 

Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...

Sebelum ini heboh pasal Azalina Othman menyerang Lembaga Penapisan Filem (LPF) jangan berfikiran sempit:

KUALA LUMPUR - Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditegur agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut Azalina, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan."

Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian, menteri JPM Azalina Othman Said. Mungkin dia tak belajar agama sejak kecil atau 'kot kot terlebih belajar' (tentunya bukan ilmu Islam) sehingga sanggup menolak hukum agama seperti berita di atas..

Patutlah Ustaz Kazim Elias menegurnya. Eloklah tegur menegur sesama kelompok, jangan sampai orang anggap miskin sangat kerajaan Malaysia (bukan miskin harta), menteri JPMnya pun terlalu 'jahilliah' dalam agama.

Ya, tegur jangan tak tegur, itu kewajipan. Kita hanya menyampaikan, walau satu ayat. (IH)

17 comments:

Anonymous said...

Mana kamu nak, fikiran yang nampak sempit atau liang kubur menjadi sangat2 sempit?

Anonymous said...

Dosa atau kesalahan yg kita buat, terbuat, sedang buat, masih lagi buat, bila ditegur dinasihati, jgnlah dibela atau dinafikan pulak akan dosanya perbuatan itu, jika tak boleh nak ngaku dan taubat pun, diam ajer la. Bila kita bela atau nafikan akan dosanya perbuatan yg semmgnya berdosa, atau memandang ringan akan perbuatan dosa itu, merosakkan akidah sendiri.

Anonymous said...

Alaaaa bro
Kita sembahyang, posa, zakat,haji cukup la.
Masalah pegang2 ni, biasa la.
Apa yg kepoh sangat
Cuma berlakon saja
Bukan betul2 feeling
Kolot betul la kau org bro
Kalau kau org tak sanggup mau buat lu org diam saja la bro
Lu org ingat lu org pakai lebai lu org jamin masuk syurga ka.
Hati beb...hati...itu yg penting
Lu pakai lebai tapi hati busuk tak guna bro


Anonymous said...

Anon 5.20pm...gie sekolah balik..dan gie ngaji lagi...bodoh , bingap nabonar...

Anonymous said...

Bodoh taraf gaban...anon 5.20pm nie

Anonymous said...

Lu jgn taksub bro
Tak semua lebai baik bro
Lebai saja besar dan tinggi tapi hati kadang busuk bro
Kalau lu tak mahu atau tak tahu berlakon lu senyp bro
Lu ingat mau berlakon dhn batang pisang ka
Lu ingat mau berlakon pegang mau pakai sarung tangan ka..
Ini lakunan la bro...
Pakai otak sikit la
Lu berlakon dgn tunggul kayu boleh la...
Ada irg mau tengok ka
Jgn taksub mcm lebai2 sudah la

Anonymous said...

Inilah bro.. ( bro kepala iblis tuuu.. Tengok macamana bro kepala iblis menulis.. Syok tauuu.
Sebab bro ni tak tahu hukum haram laaaah.. Tak payah nasihat laaa.. Kawan kawan sebab bro ini kepala syaitan tau

Anonymous said...

Bro ni ialah anon 5.20 ialah kepala syaitan laaa

Anonymous said...

Apa kata ? Bila datang ketikanya dia ni sesuai diberi menteri portfolio LESBIAN & GAY tapi diMalaysia ni belum boleh bah, itu mengundang bala' namanya.Kejatuhan mata wang RM sebagai contoh,bala' datang umpama pukat rimau , habis disauknya bukan saja tok wan ikan hinggakan new born baby ikanpun disapunya. Bangun di yaumal mahsyar barulah dikelaskan seumpama bot nelayan membawa pulang hasil. nak faham ini kena tanya Tuang Presideng Pas sebab dia asal usulnya berkait ngan nelayan

Anonymous said...

minah garit ni nak ajar orang buat maksiat
berapa ramai Orang Islam duk belakang tuk imam dengar bacaan quran tapi tak tau apa
sambut hijrah setiap tahun tapi masih duk pertahan budaya jahil turun temurun
tak mau belajar memahami bahasa quran
sanggup mati dalam kedaan tidak paham ayat ayat quran
kesian puak ni

maae said...

Tang ni, Azalina memang mengarut.... cakap ikut nafsu...

Anonymous said...

Lain kali dlm film melayu pelakon2nya berlakon dgn batang pisang
Baru tunggul2 minat nak tengok

Ha..ha..ha.
Kolot punya pemikiran pak aji-pak aji

Anonymous said...

Tidak hairan jika Az.berfikiran begitu ..... semua org. Umno berfikian begitu ...utz. KAs saja yg. melatah ......semua artis sama pandangan dgn. AZ. Jadi UKAs .... Ulamak UMNO jgn. kacau2 ..... jika berani sila tukar kerakyataan . Kami org Sekular Berpendidikan Tinggi ala Barat berginilah cara hidup kami ..... maju, moden dan ranggi

Anonymous said...

Si Azalena ni lelaki ka pompuan?

Anonymous said...

Jantan..
Ha..ha..ha

Anonymous said...

Masaalah besarnya kerana sibingai ni berada disitu kerana dilantik oleh ketuanya yg juga bangang

mantis said...

Malas nak baca kenyataan si sekor ni. formula saya senang je. kalau kenyataan tu tak disertakan dengan nas, atau qias anggap je tu ckp2 mat rempit di tepi jalan ja. tu lah standardnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails