Saturday, July 21, 2018

Tak Perlu Ikut Manifesto PH Kerana Bukan Quran Atau Bible. Tun M Elok Mohon Maaf.


KUALA LUMPUR – Lebih elok pemimpin kerajaan termasuk Tun Dr. Mahathir Moahamad memohon maaf sahaja kepada rakyat berbanding memberikan alasan yang manifesto Pakatan Harapan (PH) bukan al-Quran atau Bible sehingga perlu diikuti 100 peratus.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, jika tempoh 100 hari untuk kerajaan PH melaksanakan semua 10 janji itu tidak mencukupi, maka Dr. Mahathir perlu jelaskan kepada rakyat kenapa memerlukan lebih masa untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun dalam hal ini, katanya, kerajaan tetap berhutang dengan rakyat dan rakyat berhak menagih janji-janji itu untuk ditunaikan seperti yang terkandung dalam manifesto PH.

“Kalau tidak boleh lakukan, minta maaf sahaja, kalau masa tidak izinkan, beliau (Dr. Mahathir) perlu mohon kepada rak­yat supaya tangguhkan dahulu perkara yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr. Mahathir yang mengaku dalam tempoh 70 hari beliau mentadbir negara, hanya dua daripada 10 janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan (PH) telah dilaksanakan dengan enam lagi masih di peringkat pelaksanaan.

Video: Manifesto Bukan Bible, Kata Dr Mahathir

Dr. Mahathir berkata, jika berdosa kerana gagal melaksanakan manifesto itu, beliau dan PH akan menanggung dosa tersebut tetapi tidak menganggap manifesto itu sebagai al-Quran atau Bible. Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, setiap manifesto yang dijanjikan kepada pengundi wajib ditunaikan oleh pemimpin terutama mereka yang beragama Islam memandangkan kegagalan berbuat demikian boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat.Beliau berkata, kepentingan mengenai umat Islam untuk menunaikan janji telah disebut di dalam surah al-Maidah ayat 1, maka kewajipan untuk meme­nuhi janji adalah merupakan perintah Allah.

“Janji sama ada janji yang berkaitan dengan hal keduniaan atau akhirat wajib ditepati, sesiapa yang tidak tepati janji adalah satu pengkhianatan kepada orang lain.
“Selain itu, salah satu tanda munafik ialah manusia yang tidak tepati janji, sebagai orang Islam kita tidak boleh ada sifat munafik,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, secara moralnya kerajaan PH bertanggungjawab menunaikan janji manifesto itu bagi membentuk keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Kalau tidak mampu tunaikan, rakyat kena diberi makluman agar mereka faham kenapa kerajaan tidak dapat tunaikan janji tersebut,” katanya, Tambah beliau, sewajarnya apa yang berlaku kini dijadikan pengajaran kepada setiap parti politik untuk menjalankan kajian dengan lebih mendalam sebelum mengumumkan manifesto parti masing-masing dan menjanjikan sesuatu perkara berdasarkan kemampuan selepas ini. – UTUSAN

7 comments:

Anonymous said...

Manifesto pada masa dibuat sblm pilihanraya adalah dgn berdasarkan faktor tuduhan2 penyelewengan dan rasuah2 terhadap umno yang berjela iaitu sebelum pilihanraya. Namun selepas pilihanraya tengok2 cuma satu sahaja rasuah yg terlibat dan sejauhmana boleh disabit pun belum pasti. Ini bermakna logiknya manifesto bukan setakat boleh dilaksana malah boleh ditambah lagi. Sebaliknya klu selepas ambil alih kuasa, kemudian baru dapat tahu yg rasuah adalah jauh lebih teruk drpd yg dituduh sblm p.raya, then barulah logik untuk announce yg manifesto tak mampu dilaksana disebabkan terdapat banyak penyelewengan yang tidak diambilkira semasa janji manifesto dibuat.

Tapi persoalan paling bersesuaian utk tajuk article ni ialah Tun ikut ke 100% al-Quran?

Anonymous said...

yg penting dlm 100 hari dh mula buat.

manifesto pertama dh mula dh... membawa kleptokrasi ke pengadilan.

klu ada yg harap dlm 100 malaysia dh jd syurga.. itu tk waras namanya.

najib nk penuhkn rumah dia dgn harta karun pun ambik masa 10 tahun. tu bru utk najib sekeluarga..klu utk 30j rakyat malaysia tentulah lbh susah.

hadi nk bawa ruu355 yg xguna byk duit pun brtahun2 dh..lbh dr 100 hari. tk berjaya jg. dh diberi keizinan utk dibuat persendirian..tk buat jg.

so 100 ari ni adalah permulaan manifesto dn rakyat perlu nilai iltizam kerajaan bkn hasilnya.

klu dh masuk 3 4 tahun tiada perubahan..maka rakyat tentukn lah kerajaan masa tu. tk payah nk kapir2 munafik2 kn org lain.

Anonymous said...

Setuju 10.01. tapi klu kleptokrasi cuma najib je yg salah. memang x berbaloi tukau kerajaan

Anonymous said...

Sian mahathir. Nampak bible je. Padan le keluarga sanggup muat naik gambar mirip keluncahan.
Moga diberi taufiq.

Anonymous said...

Kos dia ialah maruah Islam dan Melayu tergadai kerana tunduk kpd dap dalam isu uec, hakim, peguam negara, lgbt, liberal .....

Anonymous said...

Puak ph pandai pusing nampak nak tunggu 4 ke 5 th ok rakyat tetap tunggu tapi dlm 4 ke 5 th ni nak buat apa tunggu aja buar kerajaan ph kencing sampay islam dihina melayu disisihkan. Kita rakyat tak mahu keganasan tapi kita wajib menegur dan beri teguran pada kerajaan baru kerajaan terpaksa buat kerja dan kerajaan jangan pandang rakyat ni boleh diperbodohkan seperti kerajaan yg dulu2. Rakyat sekarang dah boleh dapat banyak maklumat dimana2. Yg pasal kafir munafikkan org lain pertama sebab tun m mengkafirkan semua mufti dinegeri2 dimalaysia. Kedua tun m dulu yg kafirkan org umno dengan alasan amanat hj hadi sedangkan hj hadi tak kata org umno cuba baca dan fahami amanat tersebut dan nak lebih jelas tanya mat sabu, khalid samat, salahuddin, dr hattar, mahfus, nik omar, dr siti mariam, us ahmad awang dan pemimpin pan yg mengaku pero. Bagi macai ph apa kamu buat pada pas dan tuan guru haji abdul hadi awang yg memperjuangkan islam itu baik ke. Kamu bela puak kafir dan hina caci fitnah serang hentam dan bermacam permusuhan hanya kerana kami perjuangkan islam agama kami dan mungkin sebahagian antara kamu anuti. Adakah puak kamu betul atau atas arahan pemimpin kafir anti islam.

Anonymous said...

tkde sapa sekongkol dgn kafir utk lawan hadi dn pas.

dulu pas bersama PR. pashadi yg kluar dr PR.. kunun marahkn dap. rupanya sekongkol dh terbau dedak najib. kan elok pas dlm PR supaya suara dap blh dikurangkn klu perlu.

kerana itu kita syak dedak lah punca pas kluar PR. kabar angin nasharuddin trima wang umno dh lama terdengar hingga murka tgna. hadi senyap masa tu mungkin terliur dgn dedak ratus jutaan.

politik adalah membina negara dn insan. hnya pas yg sibuk kafir2 munafik2 harbi2. isu ini rakyat xminat. tp klu manifesto pas xsebut pun melawan harbi munafik dll.

klu inilah isu pas dok main...cayalah sokongan pd pas akn merosot termasuk dpd org melayu sendiri.

pas yg khianat dn mngajar label2.. bila kita lawan u kt kita burukkn pas hadi.

tk faedah pun burukkn hadi dn pas sbb buruk itu atas perbuatan sendiri.. tkperlu kempen pun.

klu 1mdb yg besar itu pun pas puashati tnpa kemusykilan.. bermkna pas masih dlm perigi buta hnya berkisar hukum2 kapir munafik harbi.. hnya nk mnyerang musuh.

klu aku pemimpin pas..sekrng masa utk tarbiyah org pas jd professional dn ke depan supaya rakyat yakin pas mampu perintah negara.

tp bagaimana dgn ust2 pas.. sudah tentu rasa terpinggir dn berlegar dlm isu2 agama saja. maka jgn bg pluang sgt profesional ke depan... atas alasan islam memerintah bkn diperintah... diberi tafsiran yg bias.

maka akn kekallah pas dgn isu kafir munafik harbi demi survival ust2 pas.

asas yg diletak pemimpin pas terdahulu dh betul tp semua musnah ditgn hj hadi. tkkn ini dikatakn menghina hadi.

fikirlah sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails