Friday, July 20, 2018

Ini, Duit Untuk PAS RM90 Juta? Terdedah Dari Akaun Najib..

Hasil carian imej untuk pas dan duit
Sebelum ini Sarawak Report kantoi dalam pembelaan mereka tentang tuduhan PAS terima RM90 juta. Semalam Malaysiakini menyiarkan pendedahan agihan wang daripada akuan Najib. Mana dia wang RM90 juta untuk PAS?

Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion. Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.

Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan. Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB. Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.

Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas. Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.

Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015. Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.

Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itumengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.


Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013. Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.

Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti. Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta. Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).

Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta. Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah".

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: 
“Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?” 
Para sahabat menjawab; “Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.” 
Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah 

  • seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, 
  • namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, 
  • menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), 
  • lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya 
  • namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya 
  • hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” 
(HR Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih

Macam mana agaknya ustaz-ustaz dan pak lebai dalam Parti AMANAH serta Pakatan Harapan nak tebus balik fitnah yang mereka sebar dalam media sosial. Agaknya pahala mereka mampu tak nak bayar fitnat tersebut? Tak apa dosa orang yang difitnah boleh diambil sebagai tebus ganti.

MR : Didunia ini mereka dapat banyak jawatan tapi diakhirat nanti belum tentu mereka ini selamat selagi mereka tidak bertaubat.... 
MINDARAKYAT

31 comments:

Anonymous said...

PEMBETUAN UNTUK IBNU HASYIM

Sarawak Report BUKAN KANTOI dalam pembelaan , tetapi kalah dalam pengurusan KES. Mahkamah perbicaraan yang dipohon Sarawak Report tak dapat sebaliknya mahkamah yg dipohon untuk perbicaraan (diminta oleh peguam PAS) dimenangi PAS.

Semak dulu kenyataan bertulis oleh mahkamah, jangan dengar dari PAS sahaja. PAS bohong dalam isu ini. Kes 90 juta belum dibicarakan lagi tetapi tarikhnya telah ditetapkan. Sebab itu PAS edar tin milo untuk perbicaraan kes. Yang PAS menang hanyalah PENGURUSAN KES, PERBICARAAN KES belum bicara lagi.

Ader faham?

Anonymous said...

Ibenu ni barua pas tegar,tahi hadi pun sanggup ditelan

Anonymous said...

Ibnu nak kutuk PH siar rencana ni, tapi tersilap....rencana ni membuktikan PAS seperti penjahat dalam filem 6 jahanam.....otak ada , tak boleh pakai....pantang tengok duit, berebut-reput macam anjing kelaparan! Inilah parti suci yang didokong Ibnu dan beliau 24 jam memuji PAS...

Anonymous said...

PAS ---> Peluangkan Ana Songlap !

Anonymous said...

ANA TAHU.....

Anonymous said...

IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..

bunbinban said...

Slow mo betul kefahaman geng2 lebai ni. Aku terpaksa memperlahankan kecerdasan minda aku utk memahami asal kejadian kelembaban minda walaun2. kahkahkah...x paham kes sarawak report, korang duduk diam2. malu jemaah nnt dapat penyokong yg minda dia bercagu...kahkahkah...pasal dana 1 mdb, tu yg keluar baru separuh, jgn gopoh. Jgn nnt dah keluar, korang pun keluar hadith bagai menghalalkan pulak. Buka kinda tambah turbo tepek kat otak tu, perati lebai2 korang yg tiba2 selepas TGNA ninggal boleh bermewah-mewah dgn kereta2 mewah. Ada yg berbaik dgn CIA, agak2nya lebai ni yg jadi middle man antara najib ngan CIA...kahkahkah..ana tau ana tau....

Anonymous said...

Ha ha ha
Meroyan lagi. Tembak terus Pak Hasim. Sedang kelupur teruk tu. Komen pon dah gelong.

Anonymous said...

Kalah dalam pengurusan kes yer rupanya...bila pas sambut pre-win ni dicakap bohong...yang sarawak report punya laporan 70% ditolak mahkamah cuma sampai tinggal 10 page out of 50 pages tu namanya apa pulak? Susah klu berbicara dgn manusia yg jenis mengharapkan fitnah supaya jadi kenyataan.

Anonymous said...

ye teruskn tn ibnu tembak.. biar mskin ramai tau betapa butir2 tahi untanya otak para walaun... umno pun malu nk kwn walaun.

Anonymous said...

Kesian puak macai meroyan tak habis lagi.... tak sanggup terima kenyataan...kesian kesian !!

Anonymous said...

ALAUAN 1MDB > AKAUN NAJIB > AKAUN UMNO > AKAUN UMNO NEGERI > TERUS KE AKAUN LOBAI.

Setakat ini baru setakat Akaun UMNO Negeri.

Anonymous said...

10 pages tu banyak jugak tu.

Kalau sangkut 3 page atau 4 page pun dah cukup.

Jika 50 pages kena penjara 1 tahun, tiga atau 4 page denda dan ganti rugi RM 2.5 juta..

Apa beza nya...?

Anonymous said...

Lebai PAS pun berdosa jugak sebab membiarkan fitnah terjadi.

Bukannya tak ada mahkamah untuk membela maruah dan mengelak fitnah.

Go to hell

Anonymous said...

Tahniah tuan ibnu kerana menyiarkan berita benar. Teruskan tradisi sebar berita benar yg akan beri banyak manafaat kepada masyarakat.

Tak perlu ikut ph yg komporomi dgn puak yg bersahabat baik dengan kafirun.

Anonymous said...

Hahaha. Sangat intelek.

Anonymous said...

PasKini memang teramat GHAIRAH sekarang ni, macam pompuan tak besunat, gitu la............

Anonymous said...

Kesian puak anti lebai. Tengok lebai pakai kereta mewah pun udah meroyan. Dia orang ingat lebai tak boleh kaya. Dia orang ingat yg bukan lebai je boleh kaya. Sahabat2 Nabi pun ramai yg kaya raya. Tapi macam biasalah, geng2 abu jahal akan tembak sesiapa saja yg ada kaitan dengan Nabi. Geng2 lebai mesti terus kaya raya untuk teruskan tradisi sahabat2 Nabi yg infaq kpd perjuangan Islam.

Biarkan ph terus meroyan dan berpeluk cium dengan kit siang dan guan eng dan imam mereka sami hindraf.

Anonymous said...

Patut bersyukur akaun PAS tak tersenarai.. tapi jangan seronok sangat.. akaun penerima individu belum tersenarai.. saman Sarawak Report bukan ke atas parti PAS tetapi akaun individu.. malangnya sifat dan tabiat menghukum terus sentiasa menjadi amalan.. sifat menghukum, menuduh dan membayangkan sesuatu yang tidak baik ke atas sesama Islam.. tidak patut diamalkan oleh orang beriman..inilah sifat yang paling meluat yang lahir dan sebati dengan penyokong tegar PAS.. hasil tarbiah dari guru-guru PAS.. saya sedih melihat perangai manusia yang mengaku memperjuangkan Islam.. agama jadi pegangan.. tapi zahirkan perangai yang lebih buruk daripada orang2 yang jahil.. maaflah sekadar renungan..

Anonymous said...

"AnonymousJuly 20, 2018 at 8:58 AM
PasKini memang teramat GHAIRAH sekarang ni, macam pompuan tak besunat, gitu la............"

Habis modal. Kait dengan pompuan tak bersunat. Memang suku sakat otak kuning.

Anonymous said...

Dear 8.33am..
Aduhai patut la masih menaruh harapan yg tinggi. 10 pages tu yang tinggal cuma introduction je bang oii...sapa sipulan ni, saper sipulan tu, 1mdb ni apa ofis kat mana operationnya apa etc.. mahkamah format tulisannya bukan mcm karangan spm font kecik single spacing. Simple math..utk dakwaan 40 pages yg direject compared dgn jumlah point tuduhan tu pun kan dah boleh kita kira rationya kan?

Anonymous said...

9.01. Dlm hal ni yg perlu ditegur ialah penyokong tegar ph tu. Berseronok diatas tuduhan tu jalan betul ke? Tarbiah mana yang ajar macam tu? Kamu cakap 'menghukum terus'. Siapa yg menghukum siapa? Cuba perincikan dalam kes tuduhan ni utk relatekan dgn point yg kamu cuba sampaikan. Pls do not say things in general. Kalau nak say things in general memang mudahlah sepertimana Islam diburukkan diperingkat global oleh barat. Mereka tak tengok nilai yg baik pada Islam secara overall, tapi cuma ambik kelemahan drpd kelompok2 tertentu yg buat kesilapan then come out dgn satu general sttmnt bahawa Islam ni negatif.

Anonymous said...

Bunbinban ni puak anti islam biarkan dia meroyan sebab dah nak kelemasan kena kencing. Buatlah baik mcmana asal datang dari umat islam bagi mereka mesti dipandang buruk sebab mereka mengkaji kebaikan islam akan diputarkan jadi jahat untuk memburukan islam dah dasar anti islam. Tapi puak anti islam putar macamana pun kebaikan dan kesucian islam tetap terlihat.

Anonymous said...

Teruskan tuan ibnu dedahkan agenda sebenar puak ph biar rakyat tahu kebenaran. Macau2 lagi meroyan lagi terdedah sapa sebenar mereka.

Anonymous said...

Pompuan tak sunat tu golongan anti islam.

Anonymous said...

AnonymousJuly 20, 2018 at 9:01 AM
Patut bersyukur akaun PAS tak tersenarai.. tapi jangan seronok sangat.. akaun penerima individu belum tersenarai.. saman Sarawak Report bukan ke atas parti PAS tetapi akaun individu.. malangnya sifat dan tabiat menghukum terus sentiasa menjadi amalan.. sifat menghukum, menuduh dan membayangkan sesuatu yang tidak baik ke atas sesama Islam.. tidak patut diamalkan oleh orang beriman..inilah sifat yang paling meluat yang lahir dan sebati dengan penyokong tegar PAS.. hasil tarbiah dari guru-guru PAS.. saya sedih melihat perangai manusia yang mengaku memperjuangkan Islam.. agama jadi pegangan.. tapi zahirkan perangai yang lebih buruk daripada orang2 yang jahil.. maaflah sekadar renungan.. komen dari puak anti islam dan ulamak islam. Mereka belajar dari sejarah kejatuhan kerajaan othmanian turky. Memburuk2kan ulamak baik dan mempromo ulamak yg disokong kafir kerana ikut kehendak kafir. Sekarang tuan guru haji abdul hadi awang menjadi sasaran puak kafir sekuler libral lgbt dan semua musuh islam sebab tuan guru haji abdul hadi awang istikomah perjuangkan islam dan pas dijadikan sasaran supaya ahli pas pergi kepada parti tajaan dap supaya islam perlu tunduk kepada mereka.

Anonymous said...

Kenapa zalim sgt penyokong pakatan terhadap Pas.Mcm ada masaalah peribadi dgn Pas kalau ada masaalah peribadi dgn pemimpin Pas kenapa Pas yg diserang..Boleh paham ke ni tuan2 yg mulia..Stop serang Pas boleh tak..serang lah sapa2 yg korang suka secara pribadi..Kalau berani, bagi nama kamu dan serang secara gentlemen

Anonymous said...

Kalau orang islam ada hukum dan syariat yg jelas kalau kafir pun ada panduan agama sendiri dan kalau profesional ada atieq moral masing2 tapi yg komen ni kita tak tahu..apa jenis manusia ke apa ??serang orang islam dgn tujuan yg jelas utk down gred Islam.. jenis tak da kemaluan ni..kih .kih sorry

Anonymous said...

Tony Chua kata dia tiada maklumat sila tanya pada menteri. Dulu ada yg kata kes SRC bila dibongkar dgn pasti dan yakin PAS terima 90 juta dan kini tunggu pula nama individu. Lepas ni kalau x ada maka apalagi tuduhan wang 90 juta. 17 orang pemimpin PAS dituduh makan duit 1MDB setakat ini tiada bukti lagi. Kalau memang tiada bukti maka memang terbuktilah ramai yg kempen fitnah terhadap 17 orang ini.

Anonymous said...

Bukan dalam pra perbicaraan, peguam PAS tidak menafikan rakaman Nik Abduh yang mengaku terima duit Umno. Jadi perbicaraan sebenar akan berlaku nanti lebih menarik tapi kena sabar dan jangan jatuh hukum sebelum mahkamah kalau tidak tak perlulah saman di mahkamah.

Anonymous said...

Tahniah ibnu hashim...
Kami berdiri di belakang anda. Teruskan sebatan maklumat untul tatapan rakyat terutama berita2 yg ada kaitan dgn Ph.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails