Wednesday, July 18, 2018

Tahniah PH! RM2,000 1Kg Lembu Hidang Di Parlimen, Meleleh Air Lior Rakyat..

Hasil carian imej untuk Parlimen hidang menu daging RM2,000 sekilogram?



PETALING JAYA: Sekeping gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu wagyu dipercayai dihidangkan semasa jamuan tengah hari di Parlimen menjadi tular di Twitter.
Hidangan tersebut menjadi perhatian gara-gara harganya yang dikatakan mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B.
Selain daging wagyu, hidangan lain termasuk udang harimau goreng mentega, rusuk kambing goreng berempah, dada ayam kuah percik,  tauhu Jepun kukus dengan broccoli dan nasi putih.
Seorang pengguna Twitter @TheDukeofKL tampil mempersoalkan sajian mewah itu yang dihidangkan di saat kerajaan Pakatan Harapan mendakwa negara berdepan bebanan hutang mencecah RM1 trilion.
“Hutang negara 'RM 1 Trilion'. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. 
“Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yang berharga RM2,000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan,” tulisnya di Twitter.
Hasil carian imej untuk Parlimen hidang menu daging RM2,000 sekilogram?
Hidangan itu hangat diperkatakan di ruangan komen posting tersebut dan ada yang mempersoalkan cara daging mahal itu dimasak.
“Daging mahal-mahal masak kicap,” kata @PowieSarah berserta emoji gelak sambil keluar air mata.
“Alahaiii chef pun ...sekadar nak masak kicap dengan kentang, guna daging batang pinang pun dah sedap weyyy! Pembangkang tunggu cari point je nak tempelak. Hati-hatilah,” kata @KyraCinta.
Menerusi carian di Internet, wagyu adalah baka lembu di Jepun, di mana ‘Wa’ bermaksud Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu.
Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot.
Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. 
Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.
Contoh hidangan daging wagyu. - Gambar hiasan/Snake River Farms
Kesahihan mengenai gambar menu hidangan tersebut disahkan sumber kerajaan kepada mStar Online.
Sumber itu berkata hidangan daging wagyu berkenaan bagaimanapun hanya disajikan untuk tetamu di meja utama sahaja membabitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Selain PM dan TPM, hidangan tersebut turut disajikan kepada Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, dua timbalan Speaker dan Ketua Hakim Negara yang duduk semeja,” katanya kepada mStar Online.
Menurut sumber itu lagi, untuk tetamu lain seperti Ahli Parlimen, Senator, menteri Kabinet, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan duta, hidangan secara bufet disediakan.
“Tempat duduk bebas. Hidangan bufet ada sate, murtabak, mi goreng, nasi goreng, wantan goreng dan siu mai goreng.
“Untuk pencuci mulut pula ada sandwich, sosej roll, puding dan kek mini,” katanya. (MsTAR)

21 comments:

Anonymous said...

Silakan... makan... .makan. Kalau tak cukup beritahu. Nanti kami rakyat boleh tolong top up lagi derma utk bayar hutang negara.

Kejora Bapuk Bodo said...

Murtad: Artikel 121 (1A) sudah jelas halang mahkamah sivil melangkaui mahkamah syariah
BY DALIA ISMAIL
MARCH 01, 2018
Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang berkata, isu murtad dikalangan umat Islam tidak perlu dihujahkan kerana peruntukan di bawah Artikel 121 (1A) jelas menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah di negara ini.
Beliau berkata, dengan keputusan Mahkamah Persekutan memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Agama Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad, jelas menunjukkan kuasa sebenar mahkamah syariah.
“Mahkamah sivil tidak boleh melangkaui mahkamah syariah jika membabitkan hal ehwal umat Islam di negara ini. Ia sudah jelas dalam Artikel 121 (1A).
“Mengapa perlu ia dibincangkan lagi di mana-mana mahkamah sivil oleh pihak perayu,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata mahkamah sebulat suara mencapai keputusan untuk menolak rayuan empat orang dari Sarawak bagi mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya.
Walaupun tiada peruntukan bagi murtad tetapi ada peruntukan atas perkara mengenai tindakan memeluk Islam yang bererti Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa terhadap isu murtad.
Dalam Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Agama Islam Sarawak boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.
Ahmad berkata, dalam kes di Sarawak ordinan itu sudah cukup menguatkan lagi bahawa perundangan Islam boleh dilaksanakan di negeri itu.
“Memang bidang kuasa mahkamah syariah. Itu yang betulnya (pelaksanaan). Sudah ada peruntukan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, walaupun ada yang kata mahkamah di Sarawak tidak sama seperti mahkamah di negeri lain.
“Bidang kuasa di mahkamah sivil ini jika terdapat kes-kes dimana tidak spesifik dalam akta dan enekmen dalam bidang kuasa mahkamah syariah, barulah boleh di bawa ke mahkamah sivil.
“Tetapi dalam isu murtad ini mahkamah syariah di negara ini ada peruntukkan 121 (1A) dan Ordinan tertentu mengenai umat Islam seperti di dalam kes di Sarawak ini yang membaitkan empat individu yang nak murtad,” ujarnya.
Perayu Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen meninggalkan lslam secara sukarela dan menganut Kristian sementara Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, keturunan Bidayuh Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan wanita Islam, kemudian memutuskan untuk kembali menganut Kristian selepas isterinya meninggal dunia.
Dua orang lagi Salina Jau Abdullah keturunan Kayan/Kenyah Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan lelaki Melayu Islam, kemudian menganut Kristian semula selepas bercerai, dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah pula, seorang Melanau Kristian yang memeluk Islam untuk berkahwin seorang lelaki Islam juga memutuskan untuk kembali menganut Kristian selepas bercerai.
Berkaitan cadangan Pas menerusi kenyataan Ketua Penerangannya Nasarudin Hassan semalam, agar kerajaan kembali melihat semula kepada cadangan Pas pada 1998 untuk merangka undang-undang murtad di negara ini.
Ahmad berkata, Pas tidak perlu mencadangkan pelaksanaan undang-undang murtad itu sekiranya peluang yang pernah diberikan untuk pengubalan Rang Undang-Undang 355 yang dicadangkan Pas itu masih lagi gagal dibentangkan.
“Sekarang ini jika dia (Nasaruddin) nak cakap undang-undang di bawah peruntukan mahkamah syariah tetapi yang timbul sekarang ini RUU355 dia (Presiden Pas Abdul Hadi Awang) sendiri tak mahu bentang di Parlimen.
“Jadi tak payah nak bangkitkan peruntukan lain pula, peruntukan lama yang pernah dia cadang

Kejora Bapuk Bodo said...

Patutlah mp Pas dan umno yg berpakat kluar dewan tak cabut lari..masuk semula dewan....

Urusan di parlinen kerajaan tak campur tangan...lagipon persidangan pertama kali . berape orang sangat yg hadir diparlimen..kosnye tak lah beratus ribu...saje nak adekan isu..

Kejora Bapuk Bodo said...

Lanskap politik rapatkan Umno, PAS - Annuar Musa

Anne Muhammad
18 Jul 2018, 12:09 tengahari (Dikemaskini 18 Jul 2018, 12:43 tengahari)

A A
Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadikan Umno dan PAS kini semakin rapat.

Beliau berkata Umno sedia bekerjasama dengan parti Islam itu sekiranya terdapat isu yang boleh dibincangkan.

“Kita kerjasama melalui kes-kes atas dasar taawun, landskap politik baru membantu kita (kerjasama) lebih rapat sesama sendiri.

"Yang akan datang mungkin pilihan raya kecil (PRK) (Sungai Kandis). Buat masa ini jika ada isu, kita akan duduk dan bincang.

"Kadangkala kita beri pendapat berbeza, setuju untuk tidak bersetuju, kadangkala kita ada persetujuan bersama," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengatakan parti itu akan berbincang dengan PAS untuk meletakkan hanya satu calon pada PRK di Sungai Kandis.

Kejora Bapuk Bodo said...

Azmin: Pentadbiran lama gagal dedah kos tersembunyi HSR

Kow Gah Chie
18 Jul 2018, 11:36 tengahari (Dikemaskini 18 Jul 2018, 11:46 tengahari)

A A
PARLIMEN | Kerajaan di bawah pentadbiran sebelum ini gagal mendedahkan kesemua kos tersembunyi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Banyak kos tersembunyi yang tidak didedahkan oleh kerajaan sebelum ini, maka kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bertanggungjawab untuk mendedahkan seluruh kos pembinaan projek berkenaan," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad Azmin berkata demikian sebagai menjawab soalan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang mempersoalkan perubahan ketara kos projek HSR.

Wee bertanya kenapa kos HSR lebih RM110 bilion sedangkan ketika diumumkan sebelum ini hanya dalam anggaran RM55 bilion sehingga RM74 bilion.

"Saya terkejut apabila kos itu separuh (daripada jumlah) yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng," kata Wee yang juga merupakan timbalan presiden MCA.


Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata dia akan mengetuai lawatan ke Singapura bagi mengadakan perbincangan untuk mencapai persetujuan dengan kerajaan Singapura berhubung projek itu.

"Kita akan lihat di mana kemampuan kerajaan untuk biayai projek ini. Sekiranya projek ini tidak dapat dilaksanakan dalam suasana ekonomi hari ini, maka kerajaan akan ambil pendirian untuk bincang dengan kerajaan Singapura bagi memastikan semua terma-terma dalam perjanjian mesti dipatuhi," katanya

Anonymous said...

Wah tahniah pengundi-pengundi pakatan kerana KERAjaan pakatan telah berbelanja mewah dengan harga tak masuk akal manusia normal untuk mengisi perut MP pakatan di parlimen di waktu rakyat sedang menanggung beban yang berat kerana memikul biawak hidup pakatan, kenaikan harga barang kerpeluan, ekonomi negara merundum, rezab KERAjaan pakatan merosot, pelabur asing mengeluarkan wang keluar dari negara kita dan KERAjaan pakatan telah memungkiri semua janji dll.

Woi barua-barua mangkuk ayun ternakan pakatan, mana semua janji pakatan ? Sudah ke lautkan atau ke tong sampah kah? Barua tolol sebab suka sondol dedak cap roket menjilat pemimpin kafir harbi sambil menfitnah parti Islam PAS. !

Kejora Bapuk Bodo said...

Ltr3 umum kos 9 billion tapi muktamad 32 bllion...najib kawan baik lobai hadi suka main sembunyi2... Lobai hadi tak pernah kritik.najib..

Anonymous said...

Nampaknya barua-barua mangkuk ayun ternakan DA-Pig cuba mengalihkan perhatian dari isu sebenar itu "Tahniah PH! RM2,000 1Kg Lembu Hidang Di Parlimen, Meleleh Air Lior Rakyat.." dengan mencipta pelbagai cerita karut marut yang tidak berkaitan dengan isu dalam artikel sebab barua-barua ini takut nak mengutuk boss mereka sendiri kerana termakan dedak cap roket !

Anonymous said...

Dengar citer semua mp umno dan Pas tak makan jamuan tengahari kerana protes makanan mahal yg dihidangkan...

Anonymous said...

sila duduk makan jgn lari

Anonymous said...

Ko pegi check ker harga makanan ni?....ko hearsay angguk2 aje ape orang cakap..

Anonymous said...

Woi barua bodoo...ko reka citer ekonomi merdum...barsng ape yg naik harga?...dulu aku beli barang di giant bayar 10.60 sekarang dah turun 10.00...

Minyak aku beli 2.20 seliter...ko beli 2.50 ker bahlul?..

Ko tak tahu ker pasaran saham dah meningkat...ko ni kuat temberang..

Anonymous said...

mula2 lari keluar dewan. benci perlantikan speaker.

tiba2 terbau lazat daging panggang mahal... berhenti sekejap
tak jadi balik... kita makaaaann dulu !

sambal makan baca senarai elaun2 mp.. woooww!

then dh kenyang eeerrggh.. pakat2 tk jadi balik.. masuk dewan
semula.. angkat sumpah depan speaker.

walaun jgn jadi bodoh. parlimen baru pertama kali bermula dgn
kerajaan baru.

tu menu tu tender zaman bila dan bila tamat tendernya. rasanya
zaman bn yg buat dulu dan mungkin masih belum tamat tender.

ckp2 kerajaan baru ckp nk jimat tp makan lazat sgt2 bodoh laaa.

ini bukan beli kacang putih kt tepi jalan boleh beli there and then.
silap2 najib yg cadangkan menu tu. entah2 tengahari pun menu quinoa.

tu sebb rakyat tk sokong pasno.. sebb bodoh sgt. semua isu main serbu
kutuk aje. lum ade seorg pun pembangkang pasno yg buat homework
mcm rafizi. siap data dan fakta. pemalas pembangkang sekarang ni.
harapkan org mcm ibnu nk kempen.. lg lawak jenaka.. dok sibuk org
guna nama ibnu palsu.. hahaha

mcma lah menyamar nama ibnu tu dpt masukkan 2.6b dalam akaun peribadi.




Kejora Bapuk Bodo said...

Dr M pemimpin tunai janji, kata Raja Perlis
Bernama
ShareTweetPinMail

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail disambut Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Santapan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-75 di Istana Arau, malam tadi.
(Gambar Bernama)

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang akan menunaikan apa diperkatakannya.

Tuanku Syed Sirajuddin mula mengenali Dr Mahathir secara dekat semasa baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dari 2001 hingga 2006.

Ketika itu, Dr Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 sebelum meletak jawatan pada 2003.

“Pendapat saya, ‘Prime Minister’ (Dr Mahathir) buat apa yang dia kata dia nak buat…(contohnya) dia kata nak berhenti (berundur pada 2003), dia berhenti,” titah baginda pada Majlis Santapan Negeri bersempena sambutan ulang tahun ke-75 keputeraan baginda di Istana Arau, malam tadi.

Turut berangkat ke majlis santapan itu Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali turut menghadiri majlis santapan itu.

bunbinban said...

mmg x patut pun. Jgn bazirkan duit rakyat. Nmpk mcm x kena je. Harap, hidangan taraf bangsawan ni yg terakhir. Tapi ada lebai tu, kiranya lebai paling lebai di kalangan lebai2 maka dia jadi bos. Ahli2 bese mkn bese2 je tapi dia kat meja bulat bersama-sama dgn org kanan makan kambing panggang melentang atas meja...rezeki kan.kahkahkah..Harap kerajaan PH berhati-hati dlm mengunakan wang rakyat. Tapi yg bestnya ada sorang lebai nak suh gomen bagi elaun khas kat bini no 1,2,3 dan 4. lebai xde pikir lain mesti pasal bini bini bini...stim unlimited betul la...kahkahkah...nikah ramai reti tapi suh gomen plak tanggung nafkah...kahkahkah...please la lebai, bagi idea dan cadangan yg bernas sket la...tau la x bebal tapi jgn tunjuk sgt, malu jemaah nnt...kahkahkah

Kejora Bapuk Bodo said...

Wan Azizah tegur ahli Parlimen PAS cadang elaun madu isteri pertama

Faiz Zainudin
ShareTweetPinMail

Wan Azizah Wan Ismail berkata, skim caruman KWSP untuk suri rumah akan dilaksanakan dalam 100 hari menerusi 3 fasa utama.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegur Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali daripada PAS yang mencadangkan kerajaan turut memberi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada madu isteri pertama.

Timbalan perdana menteri berkata, kerajaan hanya akan memberi caruman bulanan KWSP RM50 kepada isteri pertama kerana lelaki yang mampu berpoligami sudah tentu boleh memberi nafkah kepada semua isterinya.

“Kalau nak kata bagi kepada isteri-isteri itu adalah tanggungjawab suami, kita bagi insentif itu untuk simpanan, kegunaan masa depan isteri (pertama), kalau ada apa-apa perkara tidak diingini berlaku.

“Kalau suami mampu kahwin 2 atau 3, mesti mampu bagi nafkah kepada semua (isteri),” katanya menjawab soalan Khairuddin di Dewan Rakyat hari ini.

Skim caruman KWSP untuk suri rumah ialah satu daripada janji Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14.

Caruman itu dibuat melalui pemotongan 2% gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.

Anonymous said...

Kan mp Pas lobai Q7 dah kena sebijik dgn dr wan Axizah...kete mewah mampu beli ...kawin tambahan mamp..nak bagi duit kpd isteri tak mampu...ini gara2 najib kalah...kalo najib menang sde harapan dapat duit lagi...

Mp Pas tak ade idea nak majukan negara dan rakyat...rakyat terengganu tak reti pilih mp..

Anonymous said...

bab makankedrah pun ikut kasta
pemrintahan cara islam apa
mahde kat nak urus negara ikut islam
semua jugak tipu rakyat yang susah
depa yang dilantik jadi adun ap tambah jawatan menteri esko dll
makin betambah mewah
cilakao puak ni

Kejora Bapuk Bodo said...

Setakat makan kedarah ramai2 sekali dah bising2... Rompak 2.6 billon senyap sepi...malah dibela plak..rakyat yg bayar utang..

Anonymous said...

Hutang negara. Nanti buat koleksion tambahan untuk menu sepanjang persidang. Memang kaki makan.

Anonymous said...

Woi. Kami ahli pas kahwin 4 pun memang layak. Kami parti islam. Segala tgjwb kami tunaikn. Kami boleh jadi imam.baca doa.

Lagipun ramai perempuan diluar sana mahukan lelaki yg alim, berjubah dan berserban. Maknanya kami adalah mngikut sunnah.

Ko ingat kami ni mcm parti dapig pkr ph semua kaki kelab malam. Tak tau halal harom

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails