Monday, July 16, 2018

Mujahid Perlu Akui Silap Tafsir 'Hifzu ad-Din' -Dr Mohd Khairuddin.


YB Dr Mujahid Yusof selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak perlu berbelit menegakkan benang basah bagi mempertahankan pandangannya yang silap mengenai konsep "menjaga agama" (Hifzu ad-Din) sebagai tanggungjawab pemerintah dalam Islam. "Menjaga agama" dalam Islam adalah merujuk kepada menjaga agama Islam bukannya menjaga agama-agama selain Islam sebagaimana cuba dihujahkan secara silap oleh beliau.

Rujuklah tulisan-tulisan sarjana Islam dalam bidang Fiqh Kenegaraan termasuklah oleh Imam Syatibi selaku pelopor awal konsep Maqasid Syar'iyyah, semuanya sepakat merujuk konsep "menjaga agama" kepada menjaga Aqidah dan Syariat Islam dan bukannya menjaga agama-agama lain.


Oleh kerana itu, dalil yang mereka bawa apabila membincangkan topikHifzu ad-Din (menjaga agama) ialah Firman Allah dalam Surah al-Zaariyaat ayat 56 berikut:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


  • "Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba kepada-Ku."
Kewajipan pemerintah ini berdasarkan Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 49:
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ


  • "Dan hendaklah kamu memerintah di kalangan manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. Dan berwaspadalah, bimbang mereka memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu."
Kewajipan pemerintah untuk menjaga dan menegakkan Agama Allah jelas daripada Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47; Surah an-Nisa' ayat 60 dan 65; dan Surah Sod ayat 26.

Oleh kerana itu sarjana Islam dalam Fiqh Kenegaraan menyebut mengenai pemerintahan dalam Islam ialah bertujuan untuk:
حراسة الدين أو إقامة الدين وسياسة الدنيا به
  • "Menjaga agama atau menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama."
(Rujuk al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyah, al-Taftazani dalamSyarh al-Aqa'id al-Nasafiyyah dan Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah)

Kata Imam Syatibi dalam al-Muwafaqat, menjaga syariat berlakupertamanya, menjaganya dari sudut kewujudannya iaitu mewujudkannya, memperkukuh dan memeliharanya dan kedua,menjaganya daripada terhapus dengan menjauhkan apa sahaja yang boleh menghilangkan dan mengurangkannya atau menjadikannya cacat atau mandul, sama ada sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang dijangka akan berlaku hendaklah dihalang. Kenyataan Imam Syatibi selaku pelopor Maqasid Syariah menunjukkan bahawa kewajipan pemerintah ialah menjaga Syariat Islam.

Apabila Syariat Islam terjaga dan terpelihara, maka agama-agama lain juga akan terpelihara haknya untuk diamalkan kerana ia adalah sebahagian tuntutan dan pengajaran Islam. Namun, bukannya dengan meletakkan agama-agama lain setaraf dari sudut pemeliharaan, pelaksanaan dan penegakan serta penyebaran agamanya.

Adakah Dr Mujahid berhasrat untuk melebarkan konsep "memelihara agama" kepada usaha menegakkan hukum-hakam agama lain dalam bernegara selain daripada Agama Islam?
Menegakkan agama juga berlaku dengan melaksanakan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana disebut oleh sarjana Fiqh Kenegaraan Islam. Adakah Dr Mujahid berhasrat apabila melebarkan konsep "menjaga agama" kepada "menjaga agama-agama lain juga selain Islam" ia bermaksud bahawa agama lain juga akan dibenarkan untuk disebar secara meluas dan kerajaan akan memberikan peruntukan untuk agenda penyebaran agama lain?

Jika begitu, ia akan bercanggah dengan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”

Perkara 11 (4) pula memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

Jika Dr Mujahid berhasrat untuk menekankan hak beragama bagi penganut bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan sudah memberikan ruang yang cukup menerusi Perkara 3(1) yang menyatakan bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Malah, Perkara 11 (3) memberikan hak kepada penganut agama-agama termasuk Agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Saya sangat bimbang kecenderungan YB Dr Mujahid untuk mengambil hati bukan Islam yang menjadi pengundi beliau menyebabkan beliau teruja memberikan tafsiran yang salah terhadap agamanya sendiri. Sekian.

"Sejahtera Bersama Islam"
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahad, 15 Julai 2018 | 2 Zulkaedah 1439H - HARAKAHDAILY 15/7/2018

'Pelihara Agama Islam'  Menurut Ust Nik Muhammad Nasr

PERKATAAN 'hifzuddin' dalam bahasa Arab. Lihat sekali lalu pun, jelas ia istilah khusus yang berkait dengan Islam. Makna hifz- pelihara, ad-Din dengan ditambah alif lam di hadapan bererti agama yang merujuk khusus kepada Islam. Justeru, hifzuddin bererti pelihara agama Islam.
Islam mesti dipelihara kerana ia agama Allah, pemilik alam ini. Allah menyebut (maksudnya):
  • "Sesungguhnya ad-din (yang sebenar) di sisi Allah ialah Islam." (Aali Imran: 19)
  • "Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai deen (agama sebenar), maka tidak diterima daripadanya, sedangkan dia di akhirat, termasuk di kalangan orang yang rugi." (Aali Imran: 85)
Ada banyak cara memelihara agama Islam.


Pertama, beramal dengannya. Paling kurang, secara peribadi. Nabi SAW menyebut dalam hadis, bermaksud: “Kamu adalah benteng kepada Islam. Jangan biarkan Islam diceroboh dari pihakmu.”
Kedua, berjihad untuk tegakkan Islam. Jihad banyak bentuk. Berada dalam kumpulan Islam yang jelas matlamat, tujuan, cara berjihadnya, termasuk melalui politik, adalah cara memelihara Islam.
Ketiga, berdakwah mengajak kepada Islam. PAS sebagai parti dan gerakan Islam yang berteraskan dakwah, tarbiah dan siasah, telah, sedang dan akan menunaikan tugas ini. PAS sampaikan Islam melalui pelbagai cara, tempat dan medium, dari sekecil anak di PASTI, hingga sebesar anak di IPT.
Keempat, menjatuhkan hukuman menurut hukum Islam. Kini, hukum Islam hanya kelihatan di Mahkamah Syariah yang melibatkan institusi keluarga, tidak lebih dari itu. Oleh sebab itu, PAS bersama NGO Islam memperjuangkan RUU355 sebagai sebahagian dari tuntutan menegakkan hukum Islam.

Kelima, Islam dipelihara dengan menolak kemungkaran, maksiat dan segala bentuk faham, hukum, cara, aktiviti yang bercanggah dengan Islam.

Bagaimana pula dengan agama lain dari Islam? Termasuk dalam istilah 'hifzuddin'? Tidak, kerana ia bukan agama Allah. Kalaupun ia agama langit seperti Kristian dan Yahudi, ia telah diselewengkan oleh penganutnya semenjak ribu tahun sebelum ini, sama ada tentang ketuhanan, kitab-kitab dan undang-undangnya.

Namun, Islam tidak pula menzalimi penganut lain. Ayat Al-Quran menyebut yang bermaksud: " Tiada paksaan dalam agama" dengan makna manusia bukan Islam tidak dipaksa masuk Islam atau menerima Islam. Allah menyebut dalam ayat berikutnya:
"Sungguhnya telah nyata petunjuk berbanding kesesatan." Di dunia, bukan Islam bebas mengamalkan agama. Di akhirat, hanya yang Islam selamat.
Kalau ada menteri menyebut 'hifzuddin', (pelihara agama) dengan maksud menjaga agama selain Islam, dengan memberi perlindungan dan hak beragama, maka cara menghuraikan istilah itu agak mengelirukan. Ditambah lagi menteri menyebut: 'Islam itu kan rahmatan lil-alamin'.
Kalau mahu disyarahkan, tentu topik ini menjadi lebih panjang. Saya tidak bermaksud mengajar menteri yang ada kelulusan agama itu, tetapi saya bermaksud agar istilah-istilah agama, termasuk istilah 'hifzuddin' ini diguna dengan cara yang betul dan dihuraikan dengan cara yang betul.
Janganlah nanti audien menjadi keliru dan pening dek kerana menteri pun pening. – HARAKAHDAILY 13/7/2018
Penulis adalah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Timbalan YDP PAS Kemaman.

24 comments:

Anonymous said...

masih dangkal hujah2 walaun ni. very surface tak dikaitkn dgn realiti yg ada.

sebahagian dpd mnjaga islam itu ialah mnjaga nama baik islam dn mnjaga akhlak sendiri supaya imej islam terpelihara. tkde pun majahid kt mnjaga agama lain dgn membiarkn islam dihimpit.

begitu jg mmperkasa syariah hnya dgn 355 adalah dangkal. taraf mahkamah syariah yg masih dibawah mahkamah tinggi itu yg patut lbh diperkasakn. 355 hnya satu juzuk kecil.. itupun bkn hudud sebenar.

amat dangkal hnya dgn mngangkat 355 sebagai bukti pas memperkasakn syariah islam.

klu nk ckp perlembagaan.. adakah pas sudah ada draf perlembagaan yg mngikut islam yg pas fhm sebagai alternatif perlembagaan sediada?

klu 355 pun terhegeh2.. apatah lg perlembagaan negara. betul kt tommy thomas.. bila masa pas melahirkn seorg peguam yg blh setaraf peguam negara atau ketua hakim negara dr segi rekod..integriti dan bijaksananya. seorg melayu islam.

malah nk ckp pasal undang2pun pas tkde peguam berwibawa utk beri knyatan. terpaksa beri pd ustaz Q7 yg terpalit isu kontroversi. mcmana kita nk yakin org mcm ni sanggup mati syahid menegak hukum sedangkn dia pun berimej kurang baik.

dlm pas bukan takat nk bentang undang2 tkde pakarnya.. malah nk melaksanakn undang2 islam pun kita khuatir akn integriti mereka.

akhirnya mereka merasa sedang berjuang utk islam tp hasilnya islam makin dipandang lekeh dn bodoh.

hilang nk dp pahala dpt juga akhirnya.

kpd pas.. sahut cabaran thomas dulu.. lahirkn seorg pakar undang2 hebat islam dulu yg bertaraf world class mcm beliau. atau minta kerjasama pakar undang2 islam taraf dunia yg ada. jgn buat islam ikut acuan pas semata2.

Anonymous said...

No ahli PAS Ana adalah....ini tiket ke syurga. Hanya di bumi Melayu.....

Anonymous said...

Khairuddin ni bini 4,geli aku tgk org melayu ada nama arab ni.pui!

Anonymous said...

Aku lg geli kpd mnusia mngaku islam ttp mmpersendakan islam, tak kira siapa yg ada usaha untuk mnegakkan undang2 islam wajib umat islam myokong,

Anonymous said...

"Anda tidak akan boleh memuaskan hati pentaasub agama. Adakah PAS pernah menghasilkan mana-mana tokoh termasyhur (dalam bidang) undang-undang?", soal Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Seri Gopal Sri Ram.

Mari saya nak bersurah.

Almarhum Prof Tan Sri Dr. Ahmad Ibrahim adalah tokoh termasyhur dalam bidang perundangan. Bahkan namanya diabadikan di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM.

Beliau pemikir dan ahli PAS seumur hidup. Beliau mati pun sebagai pemikir dan ahli PAS.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu adalah "air tangan" beliau dengan dibantu oleh kumpulan pakar perundangan yang lain.

Bahkan beliau banyak membantu PAS dalam mendesak Suruhanjaya Reid memasukkan Islam ke dalam Perlembagaan Persekutuan (lahirnya Perkara 3) sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Tak keterlaluan jika beliau digelar Bapa Perundangan Islam Malaysia, Singapura dan Brunei kerana usaha dan jasanya.

Saya nak tegaskan tokoh pemikir PAS ini lebih masyhur daripada anda. Jasanya juga jauh lebih besar dan membumi daripada anda.

Ahmad Ibrahim setara dengan Bapa Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Aminuddin Baki.

Oh ya, Aminuddin Baki juga pemikir dan ahli seumur hidp PAS. Beliau meninggal dunia pun sebagai pemikir dan ahli PAS.

jangan lupa juga pada Tun Salleh Abas, mantan Hakim Negara yang dipecat pada zaman PM-4 & PM-7,anda juga sudah kalah dengan beliau dengan kes Wisma Salor.

Anonymous said...

Betulkan atao tak betulkan tafseer perkataan arab tak jadi masalah..hanye putarbelit pihak yg kalah...

Mujahid tak kata nak kembangkan ugama lain bila sebut jaga agama lain....setakat jaga hak2 ugama lain supaya tidak timbul permusuhan dikalangan penganut agama di malaysia...

Nabi pon larang kacau agama lain...khalifah islam tak suruh bakar rumah ibadat ugama lain..
Di mesir pernah berlaku pembesaran masjid masuk tanah milik orang kristian...khalifah perintah roboh masjid yg masuk tanah orang kristian...inilah jaga agamma lain...

Nabi perintah buang berhala di keliling kaabah kerana kaabah milik islam yg dibina oleh nabi ibrahim...tapi nabi tak paksa orang kapir mekah dan madinah masuk islam...Pas nak jadi juara islam kununnye hanye Pas yg tahu islam...tahu tipu islam..

Anonymous said...

Jawapan yg diberikan tak tepat. Gopal tak tanye doalan tokoh undang2 islam...markah separuh saja...

Dulu Pas ade tokoh yg benar2 berjiwa islam...sekarang Pas ade ramai tokoh wang dan kemewahan yg menunggang islam untuk kepentingan diri hingga sanggup putarbelit....

Anonymous said...

Mana undang2 islam2 RUU 355?..tipu kar?...wajib sokong penipu kar ?...

Anonymous said...

Komen bagus nampak tapi bela kafir jugak. Kalau betul apa kamu cakap suruh mujahud istiharkan hukum hudud dibenarkan kepada negeri2 yg diperintah oleh orang islam. Nak bawak ruu355 pun meroyan tentang puak ph ni cakap aja pandai buat tak nak org nak buat tentang. Pandai kata ruu355 bahagian kecil buatlah kalau betul2 beriman dengan agama allah. Kalau ph buat ruu355 nascaya umat islam akan lebih mempercayai puak ph. Pan bertanggungjawab keatas agama islam sebab pan mengaku parti islam. Pas cuma pembangkang yg akan terus menegur kerajaan terutama berkaitan tentang hak agama islam tanggungjawab terletak pada mp islam terutama pan. Dulu umno tanggung sekarang umno pembangkang.

Anonymous said...

bukan ke ada ayat.... kau dgn agama kau & aku dgn agama aku
tu apa maksud ayat tu....

Anonymous said...

Soalan bermula dari Gopal kemudian Thomas buat ulangan untuk kali kedua. Anda yg tidak peka.

Anonymous said...

Kalau kamu islam kamu dah ada tiket ke surga sebab kamu telah bersyahadah tapi jika kamu kafir apa yg kamu tahu hanya memburukkan islam sahaja. Pas memandu umat islam nak menuju ke syurga tapi bergantung pada amalan didunia tunggalkan yg dilarang lakukan yang disuruh insyallah kamu akan dapatunjuk. Kalau kamu betul iklas ikut perjuangan menegakkan islam yang dibawa pas nescaya kamu akan faham apa naksud tiket kesurga. Tapi kalau dah kamu anti islam hanya allah yg maha mengetahui. Ahli pas pun diseru supaya beramal sebagai bekalan keakhirat. Cuba kamu beli tiked wayang tapi kamu duduk kat rumah tak bergerak ke panggung dapat tak kamu masuk panggung tengok cerita dalam panggung. Tiked ke surga bukan masuk surga cuba faham betul2 bila dah ada tiked kena bergeraklah beramallah surga neraka kuasa allah.

Anonymous said...

Kamu ni tak berapa ceredik lebih kepada kafir.

Anonymous said...

Wahai at-takfiri sekelian,

Yang lebih `afdhal` menegur menteri ialah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majlis Raja-Raja Malaysia, Mufti2 Kerajaan Malaysia, Aku ulangi , KERAJAAN MALAYSIA!

Kamu siapa? Cuma ahli politik hamPAS Malaysia!
Kamu semua lah yg telah mengelirukan audien sebenarnya, kerana kamu semua tiada otoriti loco standy menyanggah menteri pemerintah. Tujuan kamu hanya untuk memburuk dan meng`aibkan menteri dan Kerajaan Malaysia agar mudah kamu mengaut khazanah ghanimah politik hamPAS kamu!

Pasti kan kamu takfiri semua menang dlm pru15 nanti utk perintah Malaysia! Baru boleh cakap!

Terengganu n Kelantan itu hanyalah Istidraj Allah buat kamu!

Anonymous said...

Kalau kamu islam kamu dah ada tiket ke surga sebab kamu telah bersyahadah tapi jika kamu kafir apa yg kamu tahu hanya memburukkan islam sahaja. Pas memandu umat islam nak menuju ke syurga tapi bergantung pada amalan didunia tunggalkan yg dilarang lakukan yang disuruh insyallah kamu akan dapatunjuk. Kalau kamu betul iklas ikut perjuangan menegakkan islam yang dibawa pas nescaya kamu akan faham apa naksud tiket kesurga. Tapi kalau dah kamu anti islam hanya allah yg maha mengetahui. Ahli pas pun diseru supaya beramal sebagai bekalan keakhirat. Cuba kamu beli tiked wayang tapi kamu duduk kat rumah tak bergerak ke panggung dapat tak kamu masuk panggung tengok cerita dalam panggung. Tiked ke surga bukan masuk surga cuba faham betul2 bila dah ada tiked kena bergeraklah beramallah surga neraka kuasa allah.

Anonymous said...

Waahh... dah tak boleh tegur menteri PH...dah ambil alih status maksum nampaknya.

Anonymous said...

Tak boleh kacau agama lain laa....tapi unsur2 kacau tetap ade...

Anonymous said...

Menegur ada adabnye...

Anonymous said...

'Malanjum lonjak nama dan wibawa UiTM'

Bernama
16 Jul 2018, 9:18 pagi (Dikemaskini 16 Jul 2018, 9:25 pagi)

A A
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) menyambut baik dan melahirkan rasa bangga atas pelantikan alumni Fakulti Undang-Undang (FUU) Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Rabu lepas.

Presiden PAUiTM Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pelantikan Malanjum itu sekali gus melonjakkan lagi nama, prestasi serta kewibawaan produk institusi pengajian tinggi Bumiputera tersebut.

Beliau turut berharap Malanjum dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

"Kami berharap rakyat dapat menyokong pelantikan anak Sabah itu dan memberi peluang kepada beliau menjalankan tugasnya demi negara tercinta ini," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang PAUiTM hari ini.

Sementara itu, Dekan FUU UiTM, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menyifatkan Malanjum sebagai seorang alumni yang sangat rapat dengan fakulti tersebut.

Mentor, contoh pelajar

"Sebagai seorang hakim kanan di negara ini, Richard (Malanjum) dilihat sebagai mentor dan contoh baik bagi semua pelajar di universiti berkenaan.

Anonymous said...

Apa punya bengap penyokong pan. Sampai 7 keturunan nanti pun bengap juga.

Anonymous said...

10.43 am...
Agak lemah hujjah yg anda berikan bagi menangkis hujjah yg dinyatakan dr Khairuddin attakiri. Anda hanya berhujjah dgn persepsi shj sbb anda menggunakan alasan2 yg liberal spt berfahaman liberal. Anda tidak mampu berhujjah menggunakan dalil yg kua dr alquran dan hadis. Anda merasa hujjah anda sudah betul tp kebanyakan berdasarkan andaian dan persepsi anda yg selari kehendak nafsu dan fahaman anda.sepatutnya anda cari kekuatan nas2 yg boleh membantu anda menafikan hujjah2 attakiri. Lain kali klu tak mmpu bermujadalah dgn dalil yg kuat tk perlulah buat komen di sini. Memalukan Pakatan harapan shj. Klu nk berdebat dlm perkara yg tiada kaitan dgn agama secara lgsung mungkin anda boleh diketengahkan.
Sebagai rakyat yg sedang memerhati gelagat penyokong ph ini kami minta buatlah komen terhadap kerajaan ph dulu supaya menunaikan janji2 yg telah ditaburkan kpd rakyat sebelum pru14 dulu. Jangan sampai rakyat dah naik meluat pd kerajaan yg kamu lantik itu dgn tuduhan sbg kerajaan penipu dan lebih berganda2 kejinya dari kerajaan bn yg kamu keji itu. Tak usah kamu nak menegakkan benang yg basah ia tak akan berlaku. Yg penting bagi pengikut dan penyokong Ph
Ialah berusaha bersama kerajaan yg ada untuk menunaikan janji dan harapan yg diberikan kpd rakyat. Buangkanlah sifat pembohong dan penipu itu supaya dapat memulihkan kepercayaan rakyat majoriti.
Klu tak mampu juga kita syorkan ph buat pru semula bagi menetukan samada tindakan kerajaan sekarang menepati dgn kehendak rakyat atau sebaliknya..... jgn jadi pengikut yg pentingkan diri sendiri ttpi merugikan rakyat ramai dan negara. Jgn syok sendiri kerana menang sorak tapi kampong tergadai... inilah perumpamaan bagi penyokong ph dari kalangan orang melayu... klu kamu org melayu sejati sudah pasti kamu akan terguris hati apabila bahasa ibunda dan agama kamu dihina sebegitu rupa. Jika kamu tiada rasa spt itu bererti kamu bukan orang melayu sebenar mungkin kamu dr bangsa dan agama yg memusuhi org melayu islam...

Anonymous said...

20.37am..
Cara komen kamu ni spt Abu jahal dan Abu Lahab yg menghina rasulullah dan islam.
Kamu sangat bahaya kerana seolah2 menghina org islam...

mursyid said...

10.25 am..
Anda terbaik.!!!

Anonymous said...

Apa kena dgn anon 10.55 am ni... marah nampaknya.
Anon ni tak benarkan rakyat menegur menteri dia. Anon x 3.
Kamu ni demam ke atau kena sawan apa...?
Kamu lupakah bagaimana buruknya adab dan bahasa yg digunakan oleh pemimpin2 PH dan pendokong2nya terhahadap pm dan menteri2 BN dulu. Dengan maki hamun dan fitrah serakah yg dihamburkan kpd mereka anda tak ambil kira. Sekarang bila kena giliran ph pula ditegur kamu meroyan tak tentu hala. Kenapa..? Suci sangat kah lim guan eng tu..? Suci sangat ke lim kit siang..? Suci sangat ke mat sabu khalid samad mujahid salehdin tum mahadir hannah yeoh dan selainnya...?
Apalah jenis dedak yg kamu makan sampai buta hati perut kamu tu...?
Biasanya org yg makan benda haram yg menjadi darah dagingnya itu akan menjadi penghalang cahaya kebenaran dan hidayah Allah memasuki hatinya... org spt ini akan terus merasa bahagia dgn kemungkaran ttpi merasa pedih hati dan telinganya bila mendengar seruan hak kebenaran islam... inilah antara jenis manusia Allah kurniakan nikmat akal dan hati ttpi tidak mahu bertafakkur memikirkannya.diberikan telinga tidak mahu mendengar .diberi mata tidak mahu melihat kebenarannya.Allah menempelak org sebegini bagaikan binatang ternakan.bahkan lebih sesat darinya. Inilah orang yg rugi di sisi Allah. Mungkin mereka rasa beruntung dgn PH ttpi hanya sementara sekejap saja di dunia ini. Mungkin esok atau hari2 mendatang mereka akan menyesal selama2lamanya..
Kembalilah bertaubat kpd Allah yg maha menerima taubat...amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails