Sunday, July 15, 2018

Bangkit Betulkan Keadaan, Dari Ancaman Runtuhkan Perlembagaan -Dr Mohd Khairuddin

Hasil carian imej untuk Ancaman runtuh asas Perlembagaan
Hujan lebat melanda barat dan tengah Jepun sehingga menyebabkan tanah runtuh, sejak Jumaat lalu. Tapi bukan perlembagaan runtuh.


PERKARA 4(1) menyatakan “Perlembagaan ini ialah Undang-undang Utama Persekutuan” menunjukkan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan, justeru menghendaki semua undang-undang dan tindakan yang dibuat adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalamnya.
Kedudukan Islam
Lebih menarik, kedudukan susunan Perkara 3(1) yang menyatakan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” iaitu terlebih dahulu daripada Perkara 4(1) sepatutnya menjadi pedoman penting supaya undang-undang dan tindakan yang dibuat dipastikan menepati Prinsip-prinsip Islam.
Ia menepati apa yang disebut oleh Sarjana Fiqh Kenegaraan Islam yang menegaskan bahawa tanggungjawab pemerintah ialah "menjaga agama Allah dan mentadbir bumi dengan agama Allah" ( إقامة الدين وسياسة الدنيا به).
Islam iaitu agama daripada Allah – Tuhan sekalian alam – buat semua manusia adalah lengkap meliputi semua aspek kehidupan yang dengannya menjamin kesejahteraan semua makhluk yang diciptaNya dapat dicapai dalam erti kata sebenar.
Tambah pula, kedudukan Islam ini diperkukuhkan lagi dengan Perkara 3(2) yang mengiktiraf Raja atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai ketua agama Islam.
Sepanjang sejarah negara sehingga kini juga memperlihatkan peranan dan sumbangan Istana atau Sistem Pemerintahan Beraja ini sangat penting dalam pengembangan ajaran Islam dan penegakan pemerintahan berteraskan Islam di negara ini.
Kedudukan orang Melayu dan Bahasa Melayu
Seterusnya, Perlembagaan juga pada Perkara 160(2) ada mentafsirkan bahawa “orang Melayu” adalah seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat Melayu.
Selain orang Melayu merupakan kaum majoriti dan penduduk asal di negara ini, kaitan antara Melayu dengan Islam itu sendiri dalam Perkara 160(2) ini menguatkan lagi kedudukan orang Melayu sebagai kaum yang utama di negara ini.
Justeru itu jugalah Perlembagaan menerusi Perkara 153 mengiktiraf dan menjamin kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu.
Bahasa Melayu yang menjadi salah satu rukun bagi melengkapkan tafsiran “orang Melayu” lebih daripada itu dimartabatkan sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang diperuntukan dalam Perkara 151(1).
Sehinggakan Perlembagaan ini dan ada akta lain juga menghendaki Bahasa Melayu digunakan bagi urusan rasmi kerajaan, dalam Parlimen dan Dun serta dalam prosiding di mahkamah.
Oleh itu, empat (4) perkara ini; Islam, Raja, Melayu dan Bahasa Melayu merupakan asas yang sangat penting dalam Perlembagaan yang perlu dipelihara bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama, kaum dan budaya di negara ini.
Malangnya, sejak beberapa masa sebelum ini lebih-lebih lagi mutakhir ini, 4 asas ini semakin terang dilihat sedang diancam – secara halus dan terancang – termasuk oleh individu dan organisasi yang mempunyai pengaruh dan autoriti di era Malaysia Baharu ini.
Ancaman terhadap Islam
Kumpulan dan tokoh berjalur pemikiran Pluralisme dan Liberalisme kini dilihat semakin berani dan sentiasa rancak mengatur rancangan dan tindakan untuk memburukkan imej Institusi dan Undang-undang Syariah, membebaskan umat Islam daripada ikatan undang-undang kawalan moral yang berasaskan agama serta memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak, menuntut kesamarataan semua agama (transcendental unity of religion) dan menghapuskan Kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini.
Mereka ini jugalah di sebalik desakan supaya JAKIM dimansuhkan dan menghalang usaha bagi memartabatkan Undang-undang Islam dan Institusi Mahkamah Syariah.
Kerajaan Persekutuan sendiri juga tidak prihatin dan tidak sensitif apabila sewenang-wenangnya melantik bukan Islam ke jawatan-jawatan penting seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Hal Ehwal Undang-undang serta Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang mempunyai rekod tidak berpihak kepada memelihara kepentingan Islam dan umat Islam.
Perlakuan berkaitan moral dan sosial seperti LGBT yang diakui sebagai kesalahan di sisi Undang-undang Sivil dan Syariah bahkan merupakan dosa yang besar dalam Islam cuba diringankan dan diperkecilkan dengan mengecilkan skop jenayah itu hanya sebagai kesalahan seseorang itu terhadap Tuhannya dan tiada kena mengena dengan kepentingan orang ramai.
Tambah lagi, kononnya perlakuan seperti ini memadai ditangani dengan pendidikan tanpa perlu menguatkuasakan undang-undang secara lebih tegas. Sedangkan Islam menjelaskan akan keperluan untuk menggunakan undang-undang bagi mengatasi penyakit ini dengan berkesan.
Ancaman terhadap Institusi Raja-raja Melayu
YDPA yang berperanan “memeliharakan pada setiap masa agama Islam” seperti dalam sumpah jawatan Baginda yang dinyatakan pada Jadual Keempat juga sering dijadikan sasaran dalam pelbagai isu dipercayai sebagai salah satu usaha ke arah menghapuskan sistem monarki di negara ini.
Justeru, tidak pelik apabila ada individu-individu tertentu dengan berani dan secara terbuka membuat cemuhan dan tuduhan yang bukan-bukan ke atas YDPA yang boleh dilihat menerusi isu majlis angkat sumpah Perdana Menteri baharu pasca PRU14 dan pelantikan Peguam Negara.
Lebih mendukacitakan dan membimbangkan ialah apabila ada dalam kalangan tokoh penting yang diangkat oleh Perdana Menteri untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan sendiri dengan sengaja dan secara salah mendedahkan laporan perbelanjaan YDPA sehingga mengundang kritikan orang awam dan memberikan persepsi buruk kepada Baginda dan Institusi Beraja. Sedangkan yang sebenarnya adalah tidak seperti yang didedahkan itu.
Ancaman terhadap Bahasa Melayu
Bahasa Melayu pula semakin lama semakin dipinggirkan dan dilayan seperti bahasa sekunder. Pemimpin-pemimpin Kerajaan sendiri lebih mengutamakan dan dilihat lebih selesa menggunakan bahasa lain berbanding Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan, ucapan dan temu bual mereka.
Contohnya sebelum ini, Lim Guan Eng menggunakan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan beliau serta mempertahankan tindakan itu. Malangnya, YAB Perdana Menteri sendiri membela Menteri Kewangan yang dilantik beliau itu dengan menganggap isu tersebut adalah kecil.
Kemudiannya, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan Pendakwa Raya – mewakili Kerajaan – ke atas kes melibatkan DS Najib Razak juga memohon agar prosiding di Mahkamah Tinggi dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris berikutan penguasaan Bahasa Melayu yang lemah oleh beliau.
Sedangkan tindakan-tindakan itu jelas tidak menepati Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Profesyen Undang-undang yang menghendaki penggunaan Bahasa Melayu.
Ancaman terbaru ialah apabila Menteri Pendidikan pada hari semalam mengesahkan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang berorientasikan Taiwan itu akan diiktiraf tidak lama lagi. Sebelum itu lagi, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui Pakatan Harapan (PH) lebih awal mengiktiraf UEC ini sebagai kelayakan rasmi bagi memasuki sektor perkhidmatan awam di negeri itu.
Pengiktirafan kepada UEC yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantarnya ini jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Negara serta mengabaikan kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di negara ini dan sebagai Bahasa Kebangsaan.
Kesannya, kaum Cina yang melalui sistem berteraskan UEC ini akan semakin lemah penguasaan Bahasa Melayu mereka, justeru menyukarkan mereka untuk bergaul dan berhubungan dengan bangsa lain, akhirnya menjadikan jurang antara kaum akan bertambah lebar dan perpaduan dalam rakyat menjadi semakin longgar.
Bangkit membetulkan keadaan
Sekalipun kemalangan-kemalangan ini telah berlaku dan ancaman sedang berterusan, adalah amat diharapkan agar Kerajaan Persekutuan terutamanya para pemimpin Melayu beragama Islam dan juga para ulamak dan sarjana Islam, NGO Melayu-Islam serta orang-orang Melayu khususnya dan semua rakyat amnya sentiasa peka dan prihatin terhadap isu-isu ini serta bertindak sewajarnya bagi mengawal dan memperbaiki keadaan.
Jika dibiarkan ancaman terhadap asas-asas utama Perlembagaan ini berterusan lagi, diruntuhkan perlahan-perlahan sehingga sepenuhnya, kesan buruknya adalah ke atas kita semua tanpa mengira kaum dan agama. Keharmonian bermasyarakat akan tergugat. Ia boleh menjadi ledakan kepada protes-protes yang mengancam keselamatan negara.
”Sejahtera Bersama Islam"
Hasil carian imej untuk Ancaman runtuh asas Perlembagaan
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI 
Tarikh : Sabtu, 14 Julai 2018 | 1 Zulkaedah 1439H 
(Penulis juga adalah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan dan Pengarah Strategi PAS Pusat) -HARAKAHDAILY 14/7/20

24 comments:

Ibnu Hasyim said...

Awas Ibnu Hasyim tiruan..
Lihat ini..

[Ibnu hasyim said...
Wah,barua2 pas umno nk salahkn cina plk.dulu lebai bersama dap tk pula buka mulut pasal ni.sejak parti lebai gila kalah barua2 terus meroyan.barua2 pas kini bersama umno urk jatuhkan kerajaan islam yg diketuai ph. Pergi mampos sama lobai gila seks.
July 11, 2018 at 5:11 PM ]
[ Ibnu hasyim said...
Korang sembanglah dulu,aku nk kongkek ni,mlm wajib buat anak.
July 12, 2018 at 11:49 PM ]

Kalau begini adakah perlu saya tutup bahagian komen terus. Atau ditapis dulu. Atau ditutup untuk orang-orang tertentu. Saya dah beri peluang lama terus siar tanpa tapis, tapi puak-puak spesis jahat salah guna kebaikan yang diberi, Mereka menikam Islam melalui blog ini. Atau adakah perlu saya buat report polis.

Apa pandangan anda?

Anonymous said...

60 tahun amanoo melayu printah
kedudukan Islam bm tak dipeduli snagat
yang depa sibuk merembat harta negara
melayu pakatan sibuk nak sokongan kapir
dilihat makin tunduk
tak boleh harap
cepat ubah pru15 bagi pas perintah

ted manoff said...

Maaf tuan ibnu saya ingin bertanya sikit..adakah khairudin nii yg beri kereta mewah berjenama kepada isteri ke 3 beliau..? Org melayu xrisau pun yg risau ialah puak2 yg klh pru lalu..cina mau minta melayu berkorban lbih sikit..org melayu sedia berkorban asalkn dpt seringgit dua..

Anonymous said...

Ted manoff the red bean army tahniah kerana kamu tetap mumusuhi islam dan dedak kamu akan ditambah lagi. Ted sudah terang lagi bersuluh kesesatan puak ph libral lgbt.

Anonymous said...

PH buat semua tyak betul....yang betul adalah dari PAS dan UMNO...walaupun pemimpin makan dedak, ia tak salah sebab dapat perkenaan Mahaguru Tuang Presideng.....

Lupakah, kita ada raja/sultan dan majlis raja2?

Sultan adalah pemimpin tertinggi Agama Islam, majlis raja2 pula adalah faktor pelaksanaan perlembagaan.

Apakah PAS buta semua ini?

Anonymous said...

DEDAK...DEDAK...sekilo singgit...sekilo singgit....cabutan bertuah Audi A8 , boleh bagi kat bini muda....

Anonymous said...

PAS pun tak betul...pemimpin PAS pun kiblatkan duit, camana rakyat nak sokong. Kalau PRU baru nak tunjuk hero...pi belah lah oi...

Anonymous said...

Tembak lagi Ibnu Hasyim.
setan anti Islam ni dah habis modal nak cakap..

Hanya boleh meroyan aja.
Tapi takpa dia orang dapat rezeki dedak sikit. Bagi can le.

Anonymous said...

Steady penyokong dan pengundi PAS...tak perlu anda kritik PH sebab anda bukan mengundi PH. Malaikat dah bersama2 anda (ya betul, malaikat maut) ....
Daftar jadi ahli PAS dapat masuk syurga (fahaman yg mencederakan akidah), camana dengan Abu Bakar sahabat Nabi saw, tak daftar jadi ahli PAS? Sedangkan ia dijanjikan syurga?

Dedak dah habis cuma tunggu saman Sarawak Report, mai pakat-pakat kita derma kat tin milo PAS untuk bayar saman nanti.

Anonymous said...

Siapa dr khairuddin??dr mata? Dr gigi ? Dr.haiwan ?Dr pakar sakit jiwa??? Siasat tgok..kot2 dibelinya dr..masih ahli parlimen? klu ya..bersyukurlah...islamkah dia? siasat tengok ,mazhab mana? aliram mn? Melayukah dia???siasat tgok..melayu mana? Tgok akaun bank dia..klu bnyak sgt..bekukan je!!!tgok mcm najib beku akaun=beku kepala hotak dia

Anonymous said...

khairudin.....dr mental kot

Anonymous said...

Tahukah anda? Tahukah anda UMNO dan BN sekarang sedang menuju ke kubur. Tahukah anda, selepas itu PAS akan mengikuti jejak UMNO BN menuju ke kubur? Tahukah anda, sebab itu pencacai PAS meroyan gila babi....

Anonymous said...

AJK Dewan Ulama PAS Neg 9, Rosmin Adam keluar parti dan menyesal bersama2 PAS. Fikir2kan lah....

Anonymous said...


kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, tidak menyakinkan langsung.

Ia nya hanya sekadar cubaan untuk mencipta satu isu besar.

Jika benar ia nya di runtuh kan secara perlahan tak perlu lah nak ajak orang lain bangkit.

Buktikan yang PAS adalah pembangkang yang kuat dan banyak membangkang semasa di Parlimen.

Kerana itu kenyataan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat tersebut adalah kenyataan menghasut dan bukannya membangkang.

Anonymous said...

Dr khairudin dikenali lobai Q7 yg nak sekeh Dr MAZA mufti perlis kerana RUU 355... Lobai Q7 tegaskan ini hukum islam..ade jugak lobai Pas kluarkan fatwa sape yg tolak RuU jatuh kspir dan mati tak boleh ditanam dikubur islam..

Ramai ahli dan penyokong Pas sehari suntuk dikencing oleh lobai2 Pas di padang merbok...kunun Pas bersungguh nak lsksanakan RuU 355...akhrnye Pas sorok RuU 355 untuk modal politik pru 15 plak..

Pas Penipu islam..

Anonymous said...

Menteri undang2: peguam negara dan ketua hakim ade kuasa pinda perlembagaan dan undang2...

Anonymous said...

Dr khairudi lobai Q7 pon kaki putarbelit...

Anonymous said...

PAS sama dengan DAP, UMNO atau PH. Yang berbeza cuma 3 sahaja iaitu jubah dan serban, depan nama taruh ustaz dll dan ke 3 bila cakap/ceramah masuk sikit ayat2 al-quran atau hadis. Bab kelakuan, orang2 PAS memang amat terus mengalahkan DAP. Mereka suka bohong, menipu dan merompak! Berhati-hatilah dengan puak ini, adik beradik AYAH PIN yg mengaku tuhan.

Anonymous said...

Pas perjuangkan islam kunun..tapi Pas la yg merosakkan islam..orang kapir pandang rendah kpd islam kerana Pas ...berapa ramai orang kapir yg telah di islamkan oleh Pas?

Adekah dengan pelantikan 3 posisi orang penting dari kalangan bukan melayu bermakna perlembagaan runtuh?...runtuh celah mana?...

Perlembagaa tidak tetapkan 3 posisi penting ini mesti dilantik dari orang melayu...ketetapan dlm perlembagaan mengenai islam dan melayu tidak tercabar pon oleh mana2 individu kecuali perlembagaan dipinda oleh parlimen.....

Anonymous said...

Dalam perjuabgan islam siapa yg lebih bagus antara lobai2 Pas dengan Dr Zakir Naik?...

Anonymous said...

Aku teringat perhimpunan RuU 355 di Padang merbuk awal tahun lepas yg dianjurkan oleh Pas ..Pas tunjuk kesungguhan nak laksanaj
Kan RUU 355 dgn kerjasama umno...lobai Q7 tekankan pentingnye RUU ini jerana melaksanakan hukum islam..

Bunyi nye cukup bagus banyak program hingga ke malam...antara jemputan ialah ostad Axhar Idrus pakar hukum hakam fiqah..

Ruapanye Ustaz Azhar pon kena krncing dengan Pas...tapi ustaz azhar tak berani tanye Pas kemana hukum islam ini dah hilang?...siapa punyer angkara menhhilangkan RUU 355 hukum islam...ntak tajut tuhan ker permainkan hukum islam?....aju tak mau subahat dgn orang yg permainkan hukum tuhan..

Hj Aduka said...

air kencing bau DEDAK...kah kah kah...benda yang baik bukan di MULUT tapi pada perlaksanaannya!

Anonymous said...

Tahniah ibnu hashim,,artikel dr khairuddin cukup barnas dan telah menelanjangkan kejahatan kerajaan ph yg leberal,pluralisma,lgbt dan mereka adalah baruah2 cina dan pengkhianat kpd bangsa dan ugama. Kita tunggu saja,,tidak lama lagi,,fitnah "dedak,q7,dll" sudah tidak laku lagi,,
Kerana ph penipu,,mana janji minyak dibawah rm1.50 se liter,,isteri2 geng ph mandul ke,,atau tua kerepot tak boleh nak beranak lagi,,langsung tak ada tanda2 mengandung ni? Mana janji ptptn, janji hapus tol, janji babi dap mcmtu ja lah,,janji tun maha lanun,,kuda tunggang dap,,,melayu mudah lupa,,,memang betui la...

Anonymous said...

Harga minyak dengan harga RUU jika di timbang di neraca Allah.... mana kah yang lebih berat ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails