Wednesday, July 18, 2018

Untung RM273 Juta Jual Tenaga Solar -Dr Ahmad Samsuri.



Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad menjangkakan mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM273 juta hasil penjualan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama tempoh 21 tahun.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata EPIC melabur RM86 juta untuk membina sistem tenaga solar mula beroperasi secara rasminya pertengahan bulan ini di kawasan seluas 28 hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.

Katanya, pelaburan itu mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM13 juta setahun atau RM273 juta selama tempoh berurusniaga dengan TNB selama 21 tahun.

“Sistem tenaga solar berskala besar yang mampu menghasilkan 18.5 megawatt (MW) tenaga elektrik itu berupaya memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik secara langsung selepas dijana daripada sumber alam.
“Tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sistem solat itu dapat menampung bekalan elektrik sebahagian kilang perindurian di kawasan Teluk Kalong, Kemaman,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Loji Janakuasa Tenaga Solar, di Telok Kalong, Kemaman, kelmarin.

Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi  Lembaga Pengarah Epic Berhad berkata, Teknologi itu juga mampu memacu pertumbuhan ekonomi apabila inovasi dalam bidang itu dapat digunapakai bukan sahaja dalam industri malah membawa manfaat kepada pengguna tenaga..

“Epic melalui kerjasama EPIC solar Sbd Bhd memperoleh latikan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan projek itu.
“Bekalan elektrik yang dihasilkan daripada sistem tenaga solar itu akan dijual kepada TNB selama tempoh penjanjian iaitu 21 tahun,”katanya. (Teganukita)

6 comments:

Anonymous said...

Untung ratusan juta...sekolah agama persendirian tadah tin milo sana sini minta sedekah..inilah yang dibanggakan PAS, pengikutnya bijak minta sedekah!

mursyid said...

Tahniah kerajaan trgganu sedang mengorak lgkahke arah mmbina trgganu maju di bawah pentadbiran kerajaan Pas.

Anonymous said...

Al-hamdulillah, ya ust Mursyid!
satu contoh terbaik!

Anonymous said...

Salah satu contoh berita baik dari Ibnu Hasyim.....

Anonymous said...

21 tahun baru dapat 273 juta...13 juta setahun...banyak tu...ini projek dari kerajaan BN dulu bukan Pas...ingat 270 juta setahun...Pas blm umumkan rancangan melaksanakan ekonomi untuk dapat hasil kpd negeri...hasil tetap jual balak..

Anonymous said...

Puak libral ni meroyan aja sebab terengganu kerajaan islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails