Wednesday, July 18, 2018

PAS &700 NGO: Siasat Dr P. Ramasamy (DAP) Kaitan Pemisah Tamil Sri Lanka LTTE




TINDAKAN penafian Dr P. Ramasamy (DAP) tidak cukup. Sebaliknya pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk menyiasat penglibatannya dengan kumpulan pemisah Tamil Sri Lanka LTTE.
Bukan hanya PAS, tapi sebanyak 700 pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak hal yang sama dan mereka telah membuat laporan kepada pihak polis di Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
nasrudin
Ini membuktikan ia satu dakwaan yang serius dan rakyat tidak ada kompromi dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas.
PAS tidak menuduh sebaliknya mahukan satu siasatan polis dijalankan. Semalam, tiga perkara yang dikaitkan dengan beliau telah dikemukakan.
Pertama, mengenai gambarnya dalam satu mesyuarat berkaitan LTTE.
Kedua, gambarnya dengan En Vaiko di Pulau Pinang walaupun En Vaiko telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.
Ketiga, gambarnya dengan Adun Bagan Dalam yang memberi penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47).
Justeru itu, PAS menyerahkan isu ini kepada pihak polis untuk melakukan satu siasatan yang menyeluruh.
Isu ini sangat berat kerana beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, memegang portfolio penting di sebuah negeri (penjawat awam) dan juga ahli kepada parti politik DAP.
Kebimbangan itu berasas dan serahkan sahaja isu ini kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut. PAS juga mengucapkan terima kasih kepada individu dan kira-kira 700 wakil NGO yang bersolidariti dan telah membuat laporan polis semalam atas isu ini.
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
4 Zulkaedah 1439 | 17 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 17/7/2018


Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Bawah, Ibnu Hasyim di Masjid Melayu, Colombo, Sri Lanka.



Sila lihat Ibnu Hasyim:




6 comments:

Anonymous said...

Kalo Pas sendiri siasat lagi bagus...bagi bukti kpd polis...Pas tahu Ramasamy ade kaitan dgn pengganas Tamil tentu Pas ade bukti...Pas tak pernah tipu buat tuduhan ikut cakap orang...

Cerita Ramasamy dikaitkan dgn pengganas telah dibangkitkan beberapa tahun dulu...bukan isu baru....tentu polis sudah siasat kerana malaysia negara yg anti pengganas...masa tu Pas tak pernah suruh polis siasat..umno pon tak pernah bangkit isu ini...Dap musuh ketat Umno...biasanye bila ade isu berkait dgn Dap umno dulu yg bangkit desak polis siasat...

Kejora Bapuk Bodo said...

Kalo yg berkaian dgn pengganas polis dulu siasat..polis tak tunggu desakan ato laporan mana2 pihak

Anonymous said...

Ini semua cerita lama sekitar tahun 2005 hingga 2006 ketika saya masih menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika itu saya aktif menjadi konsultan pendamai di banyak negara termasuk Acheh dan Geneva.

Sama juga di Sri Lanka, saya terlibat dalam proses pendamaian melalui pihak Noway. Mengapa tidak membangkitkan penglibatan saya di negara lain? Mengapa Sri Lanka juga digembar-gemburkan? Ini semua kerja mereka yang tak suka Pakatan Harapan.

Anonymous said...

Pas hanya sandiwara je nak siasat.

Anonymous said...

tahniah ibnu dh tutup artikel IRC murtad.

sebelum ibnu ditangkap kerana semarakkan
main isu agama dan perkauman, elok tutup
cita lama tu.

lbh baik focus isu ramasamy kerana ia
berkaitan keganasan. tp jgn hanya highlight
kunun pas sajalah prihatin isu ni.

jgn dlm buat baik, kutuk org lain kunun
tk perihatin. nnti tk dpt pahala sebb perasan
sgt bagus.

tkde sapa yg sokong keganasan termasuk ltte

Anonymous said...

pembetulan....

tkde sapa yg sokong keganasan ltte termasuk
org india sendiri yg baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails