Wednesday, July 18, 2018

CHANT Persoal Kerajaan P.Pinang Projek Lebuh Raya

CHANT Persoal Kerajaan P.Pinang Projek Lebuh Raya


GEORGE TOWN – Penang Citizens Awareness Chant group hari ini mempersoalkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang mengapa tidak ada perundingan awam bagi projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) yang dicadangkan.

Penasihatnya Yan Lee berkata Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) (Jadual Kedua) bagi projek tersebut yang dipamerkan kepada orang awam tidak mudah difahami kerana rakyat perlu menyemak kira-kira 800 muka surat.
Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri mengadakan rundingan awam mengenai projek Penambakan Laut Pulau Pinang yang membolehkan rakyat mendapat penjelasan langsung daripada perunding mengenai projek itu dan ini harus terpakai bagi projek lebuh raya PIL 1 memandangkan banyak kawasan yang terlibat.
“Terangkan kepada rakyat, berkongsi dengan rakyat dan biarkan rakyat tahu apa yang sedang anda lakukan.Tidak ada apa yang disembunyikan. Kita adalah Malaysia baharu sekarang,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang media Jumaat lepas berkata laporan EIA bagi projek lebuh raya PIL 1 kini dipamerkan kepada orang awam selama 30 hari dari 11 Julai hingga 10 Ogos.
Projek lebuh raya PIL 1 akan dilaksanakan di bawah fasa satu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
PTMP ialah projek yang diusahakan oleh kerajaan negeri yang menelan kos dianggarkan RM46 bilion. Ia melibatkan pembinaan terowong bawah laut menghubungkan sebelah pulau dengan tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta perkhidmatan b s di sebelah pulau dan tanah besar.
Sementara itu, seorang penduduk di Jalan Utama (kawasan yang terlibat dengan projek itu), Dalbinder Singh yang turut hadir pada sidang media itu berharap kerajaan negeri dapat membuat satu rundingan yang lebih menyeluruh kepada rakyat terutamanya penduduk di kawasan terlibat.
Beliau berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf sistem trafik di negeri itu sebaliknya mahukan penyelesaian yang lebih komprehensif dan menyeluruh seperti meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.
“Trafik memang masalah di Pulau Pinang. Kerajaan negeri boleh melabur lebih banyak dalam pengangkutan awam. Pengangkutan awam ada potensi yang besar di Pulau Pinang terutamanya sistem bas. Jadi, saya rasa highway boleh tunggu (pembinaannya),” katanya. – BERNAMA

14 comments:

Anonymous said...

Ape yg nak bising2....saper yg ade masalah boleh jumpa pihak yg sediakan laporan EIA..boleh mintak buat sessi penerangan...

Anonymous said...

Laporan EIA diluluskan oleh Jabatan Alam sekitar...kerajaan negeri lantik perunding sediakan kajian kesan alam sekitar dan pamerkan kpd orang awam ..pihak awam boleh kemukakan cadangan balas dan pertanyaan...

Anonymous said...

Ape isunye yg cuba nak ditonjolkan oleh Ibnu Hasyim terhadap DAP penang?...

Penang ade jugak projek untukmkemudahan rakyat...Kelantan ade projek nalak hingga bertersbur orang asli....ade jugak balak hilang...zaman najib balak hilang boleh tutup...boleh difar rasuah..zaman sekarang kalo ade laporan balak hilang masuk mahkamah laa...

OrangAsli said...

Kahkahkah... para Barua work heard pertahankan Tokong.

"Penasihatnya Yan Lee berkata Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) (Jadual Kedua) bagi projek tersebut yang dipamerkan kepada orang awam tidak mudah difahami kerana rakyat perlu menyemak kira-kira 800 muka surat."

Faham ker ni... bukan menghalang cuma minta memudahkan untuk difahami... 800 ms tu.
Wa rasa Tokong pun relax jer pasal isu ni... dan bersedia untuk berkerjasama.

Tapi para Barua lebih lebih dlm pertahankan Tokong. Memang dasar Barua asyik menyalak... lebih sudu daripada kuah... kahkahkah.

Kalau terkeluar jer nama Tokong DAP... para Barua terkinja kinja nak tunjuk Hero pertahan Tokong.

Kipidap... Bukan sekadar Dedak... Babi panggang golek Tokong akan jamu para Barua untuk menghargai sumbangan mereka terhadap Tokong.

Anonymous said...

Seronok le org kelantan & terngganu..projek keta kedua dgr kata nk buat kt sana..tuan tanah dh sediakan tanah..untung pengundi2 sana undi pas...ceh!!! mimpi rupanya..BABi

Anonymous said...

Alhamdulillah..islam di penang membangun bersama tokong

Anonymous said...

Tokong bagi peruntukan lebih besar untuk islam tiap tahun....serambi mekah bagi banyak mana?...

Anonymous said...

Hanya 5 orang sahaja yg tak puas hati projek ini termasuk pemimpin Parti Cinta Malaysia. 99.99% rakyat penang termasuk mamu, mami, kadir kacang rebus, nasi kandag Dawood semua setuju.

Mereka tak puas hati sebab tak dapat projek....

Anonymous said...

Kalo payah nak paham pegi jumpa pegawai jer..tak payah buat sidang media ...heboh2..

Ingat kerajaan pensng tak mahu bagi pihak awam tengok laooran EIA...benda kivik maaa

Anonymous said...

Jahat2 DAP depa bagi juga peruntukkan kat sekolah agama swasta/pondok dsb...Kelantan bagi apa? Sekolah persendirian kutip derma sana sini.... pi mampuih la...

Anonymous said...

Masa pru janji boleh bangunkan ekonomi negeri...bila menang nak bodek PzH mintak tolong...tak reti nak perintah nak kuasa jugak..

Anonymous said...

Parti tin milo..

Anonymous said...

Pas dah berpuluh tahun perintah kelantan...kelantan masih mundur...rakyat terpaksa berhijrah ke negeri lain nak cari makan...tapi balik kelantan pon pangkah Pas jugak tak yg reti kembangkan ekonomi..

OrangAsli said...

Kahkahkah... BN pun bagus gak per... berpuluh juta bagi kat SJKC/T... apa ada hal..kahkahkah...

1 untuk Lu... 20 untuk Wa... bijak bijak..Pak Pandir sedang berkira kira... kahkahkah... Bendul... kahkahkah... megelupor para Barua nak pertahankan Tokong..

Sembang mcm budak tak sunat....
Para barua ni bercakap cer tunjuk bukti segala kebaikan Tokong... mahu tau Wa terkasima plak.

Wa nak tunggu Tokong jadi imam para barua... jgn lupa erkkk.. bersed1a dgn kamera untuk dijaja.... kahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails