Friday, July 20, 2018

Misteri Kasut Berwarna Hitam, Disiplin &Gudang Kasut. Dedah Rais Yatim

Antara Disiplin Dan Kasut Mana Lebih Mustahak?
Antara Disiplin Dan Kasut Mana Lebih Mustahak?

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kanan, Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai pemakaian kasut sekolah berwarna hitam bagi pelajar sekolah mulai tahun depan.

Katanya, soal disiplin pelajar di sekolah merupakan lebih penting berbanding dengan pemakaian kasut hitam
“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam. Tak ada hal ehwal yg lebih pentingkah?
“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak. Bukan kasut hitam,” katanya dalam catatan di Twitter miliknya.
Dakwaan Hasil Jualan Kasut Hitam Ke THM Adalah Fitnah
"Malaysia Baharu & Pendidikan Negara"
Semalam dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian Maszlee mengumumkan pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut sekolah berwarna putih mulai tahun depan, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.
Menurutnya, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa.
Mengulas lanjut, Rais berkata, pengumuman berkaitan pemakaian kasut hitam merupakan satu berita baik bagi gudang kasut.
“Dengan 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350 hingga RM400 juta,” katanya. – Sinar Online

9 comments:

Anonymous said...

nak tukar kasut putih ke hitam tak perlu fikir macam nak tukar bini.

perkara kecil bukannya nak ketepikan perkara yang penting.

sepatutnya menteri dulu yang buat tetapi kerana menganggap perkara ini remeh tidak di putuskan.

Jangan sekolah rendah yang menegah pun kasut jadi kepam pada hari Isnin. Sesiapa yang jaga kasutnya bersih putih pun tak selamat kerana di pijak oleh kawan.

Yang buat kasut gudang/kilang, samada putih atau hitam. Jika selepas ini gudang untung sebab kasut hitam.. kasut putih di celup hitam ke? kalau tak rugi gedung kasut.

dalam hidup ini semuanya penting baik yang kecik atau besar saling kait mengait.

Anonymous said...

Boleh tahan jugak bodoh Rais Yatim ni .Abis selama guna kasut putih gedung kasut putih x untung ke apa ? Atau sebab kamu salah satu dari tokey kasut putih yg akan terjejas ? Ini berbalik kepada permintaan dan penawaran la badigol . Bukan ke peniaga boleh tukar produk ?

cik siti said...

July 21, 2018 at 12:13 AM
July 21, 2018 at 12:36 AM

Kalau baca pun tak faham, lain kali jangan komen la. Dua komen di atas tu bodoh, kata Rais Yatim bodoh.

Maaf ya agak kasar, kerana komen pun kasar.

Anonymous said...

Kasut putih cepat kotor bagi kanak2 sekolah rendah dan kena taruh kaput kasut pula. Kasut hitam memang TERBAIK. Apa kecoh-kecoh, IBNU pun satu tak de rencana tentang ibadat ke nak siar...petikan si Rais Gila pun nak siar?
Tak perlu TUNJUK MABUK NAK KRITIK, kaler kasut pun nak kritik?

Anonymous said...

Setiap wal tahun orang beli kasut baru, menteri minta tukar kasut tahun depan bUKAN sekarang....la...awal tahun depan jangan beli kasut putih, belilah kasut hitam....takde hal lah...

Anonymous said...

Siapa kata kasut tak memainkan peranan dalam disiplin pelajar. Bayangkan pelajar memakai beraneka jenis kasut.Sebagai guru disiplin, saya membantah kenyataan Rais Yatim. Pemakaian kasut seragam yang nampak bersih adalah salah satu unsur disiplin. Kalau diteruskan pemakaian kasut putih tahun depan, kita nampak ada dua warna , jadi tak seragam.Kita nampak sama ada kasut putih yang bersih dan satu lagi kasut putih yang kotor bercampur debu kemerah-merahan. Rata-rata penduduk luar bandar seperti Kg Limau Kasturi pasti memakai kasut putih yang telah hilang putihnya.

Saya BANTAH kenyataan si tua Rais Yatim.

Anonymous said...

Apa punya bengong. {"Beraneka jenis kasut"}. Yang ni mana ada. Putih ke hitam je. Mana ada beraneka ke hitam. Tak payah masuk komen lah. Bengong.

Anonymous said...

La setakat nak cakap tukar warna kasut je, dah masuk tv. Apa punya waste masa je. Banyak isu lain yg lebih utama. Malaysia baru. Putih ke hitam.

Anonymous said...

Kesimpulan berdasarkan rencana:

1- Rais Yatim buat kenyataan BODOH
2- Orang yg siar @ Ibnu Hasyim lebih bangang kerana siar beita bodon
3- Anonymous 4:06 LEBIH BAHLUL kerana tak faham 3:55. Aku faham maksud 3:55

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails