Sunday, July 31, 2022

Pornografi dalam talian & ladang digital pintar..

 


1. Peraturan pornografi kanak-kanak dalam talian dikritik

BRUSSELS: Pemerhati kerahsiaan peribadi Kesatuan Eropah (EU), semalam mengkritik peraturan yang dicadangkan bagi memerangi penderaan seksual kanak-kanak dalam talian.

Mereka menegur potensi kesan peraturan itu terhadap kerahsiaan dan data peribadi individu yang mendatangkan risiko terhadap hak asasi, malah boleh membahayakan kanak-kanak yang mahu dilindungi.

Di bawah peraturan yang dicadangkan eksekutif EU pada Mei lalu, Google, Meta dan penyedia perkhidmatan dalam talian lain akan diminta untuk mencari, mengalih keluar dan melaporkan pornografi kanak-kanak dalam talian.

Syarikat yang gagal mematuhi peraturan itu akan dikenakan denda sehingga enam peratus daripada pendapatan tahunan atau perolehan global mereka.

Lembaga Perlindungan Data Eropah (EDPB) dan Penyelia Perlindungan Data Eropah (EDPS), berkata cadangan Suruhanjaya Eropah itu boleh menimbulkan lebih banyak risiko kepada individu dan masyarakat secara keseluruhannya, berbanding penjenayah yang dicari.

Timbalan Pengerusi EDPB, Ventsislav Karadjov, berkata pendedahan bahan penderaan seksual kanak-kanak terbabit boleh mendedahkan identiti pelaku dan juga mangsa, sekali gus memudaratkan mereka.

"Tidak dapat dinafikan penderaan seksual kanak-kanak adalah jenayah yang paling menjijikkan, yang menuntut tindakan pantas lagi berkesan, namun cadangan itu yang sedia ada mengandungi beberapa kelemahan yang serius," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua badan EU bebas itu berkata cadangan berkenaan tidak mempunyai kepastian undang-undang dan membahayakan enkripsi hujung ke hujung.

Akibatnya, ia boleh membawa kepada arahan pengesanan membahayakan mereka yang mahu dilindungi, dengan mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada pemantauan atau intipan curi dengar.

Peraturan itu akan digunakan untuk perkhidmatan hos dan komunikasi peribadi seperti perkhidmatan pesanan, stor aplikasi dan penyedia akses internet.

Suruhanjaya Eropah berkata, cadangannya itu bertujuan menggantikan sistem pengesanan dan laporan sukarela oleh syarikat, yang terbukti tidak mencukupi untuk melindungi kanak-kanak.

Ia memetik lebih satu juta laporan penderaan seksual kanak-kanak di blok 27 negara itu pada 2020, dengan pandemik COVID-19 menjadi faktor peningkatan 64 peratus dalam laporan seumpamanya pada 2021, berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, 60 peratus bahan penderaan seksual kanak-kanak di seluruh dunia dihoskan pada pelayan EU. - REUTERS 

2. Nectar bangun sistem ladang digital pintar pertama Malaysia    

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendengar penerangan mengenai aplikasi DEMA yang dibangunkan oleh Nectar Consortium Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Nectar Consortium Sdn Bhd (Nectar) memperkenalkan sistem perladangan digital pintar universal yang boleh digunakan untuk semua jenis perladangan di Malaysia.

Langkah terbaharu itu juga dapat melonjakkan keupayaan dalam memastikan industri perladangan, pertanian dan pembuatan terus konsisten dan berdaya maju.

Aplikasi Pengurusan Estet Digital (DEMA) daripada Nectar dapat mengoptimumkan penggunaan internet kebendaan (IoT) dan kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Urusan Nectar, Ahmad Tarmizi Mukhtar, berkata dengan menggunakan teknologi canggih AI dan IoT, DEMA berupaya menyelesaikan banyak cabaran utama operasi syarikat perladangan.  

"Ia sekali gus mempercepatkan proses penyampaian kepada pengguna akhir dengan lebih efektif dan efisien," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran DEMA oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Sementara itu, Amzad berkata, sejak Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) nasional tercetus pada pertengahan 2016 dengan membabitkan teknologi automasi, cabaran baharu meresap ke dalam semua sektor perkhidmatan dan perindustrian negara.

Beliau berkata, kini sektor pertanian dan perladangan turut rancak mengalami perubahan positif itu.

"Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited memimpin dan meneruskan momentum positif ini agar pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai," katanya.

Ahmad Amzad berkata, visi dan cita-cita kerajaan mengenai IR4.0 ini kekal konsisten di dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan baru menggunakan teknologi efektif yang ditadbir oleh prinsip dan amalan 'eco-vironmental' yang inklusif dan adil.  

Beliau berkata, MOSTI yakin ciptaan inovasi seperti DEMA dapat meningkatkan produktiviti, kualiti dan pendapatan petani kecil dan sederhana, dan juga pengusaha serta syarikat ladang negara.

Katanya, ketika ini juga sebilangan besar petani dan syarikat perladangan sudah mula menikmati hasil penggunaan teknologi baru dalam operasi ladang mereka.

DEMA mampu menjimatkan kos operasi sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus dan turut menyediakan modul semakan prestasi ladang secara masa nyata berdasarkan data yang telah di analisa secara automatik.(BH)


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 25 -Nasyid Orang Asli Malaysia.

[BTP] NAIB JOHAN Nasyid Murid Orang Asli KDSS 2017 | Pahang


BTP] KETIGA Nasyid Murid Orang Asli KDSS 2017 | Selangor


Mah Meri Celebrating Ari Muyang


Hari Moyang Kaum Mah Meri penuh tradisi dan 'mistik'

Perlukah  dibuat pencerahan dan pembersihan dari sudut Islam?

Sudah terbit!!

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Bab I

Bab II
Bab III
Bab IV
Bab V 
    Bab VI

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails