Tuesday, August 02, 2022

Najib ikrar aset RM4.49 juta. & B/pengarah Kemas rasuah.

 

Najib mengikrarkan kepada mahkamah bahawa beliau mempunyai aset bernilai RM4.49 juta merangkumi deposit Amanah Saham Nasional Berhad, beberapa lot tanah dan rumah serta kereta mewah jenama Mercedez-Benz dan Bentley Continental Flying Spur. - Foto fail NSTP

1. Kes SRC: Najib ikrar aset RM4.49 juta kepada mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengikrarkan di mahkamah bahawa beliau mempunyai aset bernilai RM4.49 juta merangkumi deposit Amanah Saham Nasional Berhad, beberapa lot tanah dan rumah serta kereta mewah jenama Mercedez-Benz dan Bentley Continental Flying Spur.

Bekas perdana menteri itu membuat pendedahan berkenaan selepas SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd selaku plaintif memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang beliau daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai hingga RM42 juta.

Injunksi mareva adalah perintah sementara yang mengekang Najib selaku defendan daripada melupuskan aset hingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Berdasarkan dokumen diperoleh pihak media hari ini, Najib, 69, mendedahkan aset miliknya di dalam afidavit tambahan yang difailkannya menerusi Tetuan Shafee & Co pada 20 Julai lalu.

Antara aset yang dimiliki Najib adalah lot tanah dan rumah di Pekan, Kuantan dan Genting Highlands, Pahang serta di Semenyih, Selangor, keseluruhannya bernilai RM460,987.

Najib turut memiliki lima buah kereta jenis Mercedez-Benz yang mana empat daripadanya dan sebuah kereta Bentley Continental Flying Spur diperoleh sebagai hadiah, sebuah motosikal Honda EX-5 dan motosikal Kawasaki (diperoleh sebagai hadiah), bernilai RM252,000.

Beliau turut memiliki wang tunai berjumlah RM1.2 juta dalam akaun Affin Bank dan wang pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Berhad berjumlah RM2.5 juta.

Perkara itu kemudian disahkan oleh peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi media.

Muhammad Farhan turut memaklumkan prosiding hari ini di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh ditetapkan untuk perbicaraan permohonan penangguhan prosiding kes saman SRC terhadap Najib, bagaimanapun pihaknya menarik balik permohonan itu.

"Kami menarik balik permohonan itu dengan syarat untuk memfailkan pembelaan kami dalam tempoh dua bulan. Mahkamah kemudian menetapkan 13 Oktober ini untuk pengurusan kes saman itu," katanya.

Pada 24 Mac lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Arief Emran Arifin yang membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari dalam saman SRC ke atas Najib turut mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu, mendedahkan kepada peguam SRC secara bertulis aset beliau di dalam atau di luar Malaysia bernilai hingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah itu diserahkan kepadanya.

Mohd Arief Emran turut mengarahkan Najib supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan di luar Malaysia bernilai hingga RM42 juta, sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.

Najib juga dibenar mengeluar dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman yang mahkamah ini menyatakan ia adalah termasuk perintah injunksi mareva sementara diperoleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sementara itu, Najib menerusi afidavit yang difailkan pada 25 April lalu mengesahkan beliau tidak mempunyai sebarang aset berjumlah RM42 juta.

SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), anak syarikat milik penuh SRC, memfailkan writ saman pada 7 Mei tahun lalu, mendakwa Najib melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan. (BH)


2. Bekas pengarah Kemas dijatuhi penjara setahun, denda RM10.8 juta kerana rasuah 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails