RTB Kelantan tangani banjir, LRT Pulau Pinang cetus banjir
ORANG sakit hati akan sentiasa buat tuduhan menyeluruh yang segalanya huduh untuk Kelantan. Biasanya puak-puak sakit hati ini mengkritik kerana fikiran totok politik hitam-putih kebencian mereka.
Lagu yang selalu dimainkan adalah projek batu asas. Puak-puak berpemikiran toksik ini selalunya bermata juling. Mereka hanya nampak projek batu asas bila dikaitkan dengan Kelantan.
Walhal, projek batu asas di negeri-negeri lain juga wujud, di negeri yang menjadi modal teladan propaganda politik mereka, terus mata yang juling itu jadi buta. Seribu satu alasan muncul bila Hospital Syariah telah jadi modal 2 penggal pilihan raya di Pulau Pinang tapi tak siap-siap.
Ini belum sebut soal projek Terowong yang tak pernah wujud sebarang batu asas tapi Konsultan Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) yang membuat kajian menerima 300 juta dan pemaju telah diberi bayaran ganti tanah, serta kondo dah siap di tanah tersebut.
Itulah perangai khadam yang juling dan akhirnya buta mata sampai ke perut dan mulut pula terus bisu bagaikan menelan dedak.
Perkembangan kejayaan projek Ladang Solar Terapung terbesar di Asia Tenggara di Danau To’ Uban akhirnya sedikit membantu memulihkan kejulingan mata mereka.
Selain kecemerlangan perkembangan projek kelestarian teknologi hijau di Danau To’ Uban tersebut, dengan tahap kemajuan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) fasa satu telah mencapai 60 peratus, maka tak boleh lagi dikata projek ini sebagai projek batu asas. Status semasa sehingga 15 Julai 2022, kemajuan keseluruhan fizikal kerja-kerja di tapak telah nampak hasil sedemikian.
Sememangnya rakyat Kelantan yang tinggal di persisiran sungai Golok dah lama nantikan PLSB atau projek rancangan tebatan banjir (RTB) Sungai Golok ini. Saban tahun, dilanda banjir limpahan air Sungai Golok akibat tebing tinggi daripada negara jiran. Rakyat Negeri Kelantan bukan nak bermewah minta LRT pun. Sekadar minta RTB agar rumah tempat berteduh tidak lagi masuk air bah.
Bayangkan jika PH DAP terus memerintah, apalah nasib projek penting ini. Pada tahun 2019, situasi berlaku sehingga terpaksa Perdana Menteri pada waktu itu beri peruntukan khas RM400 juta, tiada harapan untuk mengharap apa-apa daripada Menteri Kewayangan untuk mempermudahkan.
Menteri Kewayangan DAP hanya sibuk dengan nak mencari dana projek LRT demi kemewahan pengundi mereka sahaja. Begitulah nasib, penduduk luar bandar seperti di Kelantan begitu tersisih selama ini, apatah lagi nampak semakin parah di era PH-DAP.
Lawatan tapak PLSB bagi tebatan banjir Sungai Golok oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali disambut Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua-ketua jabatan kerajaan pusat dan negeri turut hadir pada 27 Julai 2022, Sabtu lalu.
Kehadiran ini amat bermakna untuk rakyat Kelantan yang telah lama bersabar. Berkat kesabaran, insya-Allah projek PLSB Sungai (KESBAN) sekurang-kurangnya fasa 1 dijangkakan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2024.
Projek Kerajaan Pusat ini membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM2.156 bilion adalah penyelesaian jangka panjang kepada keseluruhan masalah banjir yang selama ini berlaku di sepanjang Sungai Golok dan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang dan Jeli. Pelaksanaan projek ini dibuat secara berfasa bermula dari Rancangan Malaysia ke 11 hingga ke Rancangan Malaysia ke 13.
PLSB Fasa Satu adalah melibatkan pembinaan ban selebar 13 meter melibatkan hilir Lembangan Sungai Golok di Jajahan Tumpat dan sebahagian Jajahan Pasir Mas. Pembinaan fasa satu meliputi skop utama berikut;
i. Pembinaan struktur pintu air Kuala Jambu.
ii. Pembinaan ban banjir Sungai Lanchang Lemal, 19.84 km.
iii. Pembinaan ban banjir Sungai Golok , 26 km.
iv. Pembinaan ban banjir Sungai Mentua , 8.1 km.
Manakala bagi fasa kedua pula melibatkan baki kerja untuk menyelesaikan masalah banjir secara keseluruhan akibat limpahan Sungai Golok yang melibatkan kawasan tengah dan hulu sungai di sebahagian Jajahan Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.
PLSB Sungai Golok Fasa 2 dengan kos sebanyak RM1.5 bilion telah dimohon di bawah Rolling Plan Ke-2 RMK-12 (RP2 RMK-12) namun kelulusan yang diberikan sebanyak RM456 juta melibatkan skop pembinaan Tembok Banjir Rantau Panjang.
Besar harapan rakyat Kelantan agar projek ini dapat berjalan dengan baik sehingga siap sepenuhnya demi manfaat, kemudahan dan keselamatan rakyat kawasan sepanjang lembangan sungai terjejas. Bukan untuk bermewah, tapi untuk memastikan rumah tempat berlindung lebih 20,000 penduduk tidak dimasuki air lagi.
ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre
29 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 29/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP, mana hospital syariah seperti dijanjikan? Terowong, RM300 juta baru kaji.. Bayaran ganti tanah. Semua tak siap.
Sila jawab DAP?! Muka tak malu, habiskan harta kerajaan! Patut dihukum...
No comments:
Post a Comment