Wednesday, August 03, 2022

X Jual rokok bankrap? Minyak masak RM34.70 Sabah, Sarawak, Labuan..

 


1. Bankrapkah jika rokok tidak dijual?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman, mempersoalkan pihak yang bimbang dengan nasib mereka yang terbabit atau berkaitan industri rokok.

Berbahas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, di Dewan Rakyat, hari ini, beliau bertanyakan pihak yang menzahirkan kebimbangan mengenai nasib peniaga runcit jika rokok dilarang penjualan kepada generasi yang lahir selepas 2007.

Menurutnya, mereka perlu bertanya sendiri kepada peniaga runcit mengenai kerugian yang ditanggung jika RUU itu diluluskan.

“Berapa besar keuntungan yang peniaga runcit dapat dari menjual rokok? Bankrapkah mereka kalau tidak dapat menjual rokok pada remaja?

“Kedai kopi mana yang terpaksa tutup kedai dan hotel mana yang hilang pelanggan kerana orang tidak boleh merokok atau mengamalkan ‘smoke-free’ hotel?” soalnya.

Menurut Abdul Latiff, jika RUU tersebut berjaya dilaksanakan, hanya industri rokok yang akan mengalami kerugian, bukan peniaga runcit, kedai kopi dan hotel.

Katanya lagi, masyarakat tidak perlu bimbang jika industri rokok muflis memandangkan di Malaysia hanya sekitar 1,000 pekerja yang mempunyai kaitan dengan industri itu, berbanding berjuta kanak-kanak dan remaja yang perlu dilindungi.

Sementara itu, beliau mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan RUU itu atas alasan menyekat kebebasan merokok.

“Adakah hak golongan yang tidak merokok tidak diambil kira? Ini juga adalah hak asasi yang perlu diperjuangkan demi kanak-kanak, wanita, malah ibu mengandung.

“Mereka yang terdedah secara pasif dan kajian menyatakan ia lebih bahaya berbanding mereka yang merokok,” katanya.

Jelas Abdul Latiff, walaupun pelbagai undang-undang menetapkan supaya tidak boleh merokok atau vape di kawasan tertentu, beliau melihat kebanyakan mereka tidak mengendahkannya.

Katanya, masyarakat perlu menghentikan generasi yang menjadi penyumbang asap berbahaya itu dan melindungi generasi akan datang.

“Mereka adalah generasi harapan kita. Anak-anak kita dan cucu-cucu yang bakal mewarisi negara tercinta ini. Inilah masa dan ketikanya.

“Adakah bapa yang merokok suka anaknya merokok? Saya pasti mana-mana bapa atau ibu yang waras tidak akan membenarkan anak-anaknya merokok,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/2022


2. Harga siling minyak masak botol 5 kg RM34.70 di Sabah, Sarawak, Labuan 

KOTA KINABALU: Harga siling minyak sawit botol lima kilogram untuk Sabah, Sarawak dan Labuan ditetapkan pada paras RM34.70 sama seperti di Semenanjung, berkuat kuasa pada 8 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata turut ditetapkan ialah harga siling minyak masak botol bagi satu kilogram pada harga RM7.70, botol dua kilogram (RM14.70) dan botol tiga kilogram (RM21.70).

Beliau berkata mekanisme penetapan harga siling itu dibuat bersandarkan simulasi harga jualan minyak masak tulen di peringkat peruncit, dengan mengambil kira perkembangan semasa minyak sawit mentah (CPO) di pasaran global.

“Bagaimanapun, penetapan harga siling juga mengambil kira beberapa aspek kos luar jangka seperti logistik, termasuk situasi dialami segelintir peruncit untuk menghabiskan bekalan minyak masak tulen yang dibeli dengan harga lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta berkata penetapan harga siling secara bulanan bagi minyak masak botol tidak bersubsidi mengikut harga purata CPO bagi satu tan metrik di pasaran dunia pada bulan sebelumnya diputuskan pada mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, semalam.

“Harga purata bulanan CPO ditentukan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi pada 1 hari bulan setiap bulan diikuti pengumuman harga siling minyak masak tulen kemasan botol bagi bulan tersebut berkuat kuasa pada setiap 8 hingga 7 hari bulan pada bulan berikutnya,” katanya.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata minyak masak sawit botol itu akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula 8 Ogos dan harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Nanta berkata perintah larangan mengeksport minyak masak tulen tidak bersubsidi dalam semua bentuk polibeg diwartakan semalam untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna dan pengeksport di samping meningkatkan keberkesanan pemantauan bagi mengurangkan ketirisan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak jual rokok bankrap? Minyak masak RM34.70 Sabah, Sarawak, Labuan.. Kerajaan wajib tangani!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails