Tuesday, August 02, 2022

Bantu 130,000 remaja, rider kental, infaq, 5 skim



1. Kit SERI bantu 130,000 remaja perempuan B40

KUALA LUMPUR: Seramai 130,000 remaja perempuan di kawasan luar bandar dan bandar dalam kalangan B40 menerima manfaat Program Pemberian Kit Kebersihan Asas Wanita Kepada Remaja Perempuan atau Kit SERI.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata Kit SERI adalah hasil inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Melalui Belanjawan 2022, katanya penerima bantuan termasuk Orang Asli menerusi 1,124 sekolah menengah terpilih dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan RM10 juta melibatkan dua agensi pelaksana, iaitu KPWKM sebanyak RM3 juta dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebanyak RM7 juta.

“RM3 juta yang diperuntukkan kepada KPWKM melalui LPPKN meliputi perolehan untuk tuala wanita pakai buang dan tuala wanita guna semula serta program pendidikan SERI, iaitu aspek pengurusan haid yang betul dan kesihatan reproduktif kepada remaja.

“Bekalan bantuan tuala wanita pakai buang adalah untuk selama 12 bulan bagi setiap penerima secara berkala melalui Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagi Fasa satu, Siti Zailah berkata, bekalan bantuan tuala wanita pakai buang telah selesai disalurkan kepada 130,000 remaja terpilih untuk bekalan empat bulan pada 30 Jun lalu.

Katanya, fasa bekalan kedua bagi tempoh lapan bulan berikut akan diedarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) kepada penerima remaja perempuan yang sama.

Selain itu, katanya LPPKN mengambil inisiatif melaksanakan Program Pemberian Kit SERI Tuala Wanita Guna Semula bagi penggunaan jangka masa panjang kepada remaja di komuniti mulai Julai lalu.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan 3,000 orang remaja perempuan, termasuk di kawasan luar bandar, pedalaman dan komuniti Orang Asli di seluruh negara. Seramai 800 remaja Orang Asli menerima manfaat ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/22


2. ‘Jadilah rider kental yang beriman’ 

KUALA NERUS: “Apabila pulang ke tempat masing-masing selepas ini, jadilah ‘rider’ yang kental, yang beriman serta jadilah anak-anak yang soleh dan solehah,” itu pesanan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada semua peserta Geng Y Mega Gathering 1.0 di Dataran Drawbrigde, semalam.

Ketika merasmikan penutupan program berkenaan petang ini, beliau turut menasihatkan para peminat hobi permotoran supaya menjaga beberapa perkara dalam melakukan hobi terse

“Jaga solat lima waktu. Hendak konvoi ke mana sekalipun, apabila tiba waktu solat, berhenti untuk solat.

“Laksanakan kebaikan dan jauhi perbuatan yang mendekatkan diri kita dengan kemusnahan.

“Naik motor jaga keselamatan dan hormati pengguna jalanraya yang lain serta jaga keselamatan dan kesejahteraan diri sepanjang masa,” katanya.

Dr Samsuri menyifatkan, sekiranya perkara-perkara itu dapat dipelihara, ia akan menjadikan hidup lebih tenteram dengan izin Allah SWT.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kerajaan negeri sentiasa komited menyokong program-program yang positif dalam membentuk peribadi anak-anak muda supaya sentiasa dalam akhlak terbaik dan terhindar daripada gejala tidak sihat.

“Yang penting, kita dapat berkumpul dengan suasana terbaik dan diberkati Allah SWT.

“Kerajaan negeri menyokong program sebegini dan kami komited untuk membantu, menyelaras serta menaja mana-mana yang sesuai,” katanya.

Geng Y Mega Gathering 1.0 mengumpulkan lebih 5,000 peminat hobi permotoran motosikal Y15 dan Y16 menerusi sekitar 100 kelab permotoran dari seluruh pelosok negara.

Program selama tiga hari itu dipenuhi aktiviti keagamaan, permotoran, kemasyarakatan yang menampilkan antaranya Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin Baharin, Dr. Izhar Ariff dan Ustaz Abdullah Khairi. – TRDI.my

3. Pertandingan penambahan peserta Infaq Istiqamah PAS 2022 


SUKACITA dimaklumkan untuk melonjakkan pendaftaran Infaq Istiqamah PAS, satu pertandingan sedang dianjurkan sempena Muktamar PAS Ke-68.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada PAS Kawasan-kawasan.

Anugerah akan diberikan untuk pendaftaran tertinggi dari 1 hingga 31 Ogos 2022 berdasarkan kategori-kategori berikut:

1. Penambahan bilangan peserta.
2. Peningkatan jumlah sumbangan RM.

Pemenang-pemenang anugerah bagi setiap kategori akan menerima sebuah komputer riba (notebook).

Sementara pemenang-pemenang kedua akan menerima sebuah telefon bimbit.

PAS Kawasan-kawasan tidak perlu mendaftar untuk menyertai pertandingan kerana Jabatan Bendahari PAS Pusat akan menilai prestasi mereka.

Keputusan-keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada Muktamar PAS Ke-68 di Kedah.

Link pendaftaran Infaq Istiqamah PAS adalah di pautan, https://infaqpay.my/go/pas

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Hotline Infaq Istiqamah PAS di 011 500 500 91.

Untuk menghubungi Jabatan Bendahari PAS Pusat, sila hubungi nombor-nombor berikut:

1. Haji Abdul Rahman – 012 260 3002
2. Ustaz Rasydan – 017 333 3881

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Bendahari PAS Pusat – HARAKAHDAILY 1/8/2022

4. Kadar bantuan kewangan 5 skim JKM dinaikkan 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan kenaikan kadar bantuan kewangan lima skim utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun lalu.

Skim berkenaan ialah Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja OKU (EPOKU) dan Bantuan Warga Emas (BWE).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata secara keseluruhan, kenaikan kadar berkenaan memberi manfaat kepada seramai 416,236 penerima bantuan skim berkenaan.

Menurutnya, kadar BKK dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan satu keluarga.

Katanya, kenaikan itu memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin dan sebanyak RM165.53 juta peruntukan telah disalurkan setakat Jun lalu.

“BPT dinaikkan daripada RM350 kepada maksimum RM500 mengikut keperluan kes yang memberi manfaat kepada 26,163 penjaga OKU dan pesakit terlantar. Peruntukan sebanyak RM79.4 juta telah disalurkan sehingga Jun lalu.

“BTB pula dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 yang memberi manfaat kepada 89,075 OKU yang tidak bekerja dan sebanyak RM160.2 juta peruntukan disalurkan sehingga Jun lalu,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyatakan sama ada kementerian berhasrat untuk mengkaji semula kadar bantuan kewangan JKM kepada penerima sedia ada supaya selari dengan kos sara hidup semasa.

Siti Zailah berkata, EPOKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 yang memberi manfaat kepada 95,820 OKU yang bekerja dengan sebanyak RM 257.9 juta peruntukan disalurkan sehingga Jun lalu.

Katanya, BWE pula dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 dan memberi manfaat kepada 138,949 warga emas dan sebanyak RM421.2 juta peruntukan disalurkan setakat Jun lalu.

“Bantuan kewangan itu bertujuan meringankan beban kumpulan sasar yang bersifat sementara, sehingga kumpulan sasar ini mampu untuk keluar dari putaran kemiskinan ke arah hidup berdikari.

“Bantuan kebajikan bukan untuk menampung kos sara hidup sepenuhnya, sebaliknya untuk membantu kelangsungan hidup kumpulan sasar yang layak dan memerlukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/22

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bantu 130,000 remaja perempuan,  rider kental beriman, infaq, dan 5 skim JKM. Ke arah bangunkan prihatin rakyat, insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails