Wednesday, August 03, 2022

Ganti Pepsi kepada Coca-Cola. 17,599 muflis majoriti Melayu

 

Produk keluaran Coca-Cola Malaysia

1. Restoran KFC, Pizza Hut ganti minuman Pepsi kepada Coca-Cola

KUALA LUMPUR: Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik francais serta pengendali restoran KFC dan Pizza Hut mengumumkan kerjasama beberapa tahun yang menyaksikan Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu di Malaysia.

"Bermula Ogos (2022), Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman KFC dan Pizza Hut, menghidangkan pelbagai minuman Coca-Cola menyegarkan di restoran KFC dan Pizza Hut.

"Semua 1,180 restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan produk Coca-Cola menjelang awal September," kata Coca-Cola Malaysia dan QSR dalam satu kenyataan.

Sebelum kerjasama Coca-Cola Malaysia-QSR, restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia menghidangkan jenama Pepsi kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR, Nehchal Khanna, berkata kumpulan komited untuk meningkatkan tahap perkhidmatan, inovasi dan kepuasan pelanggan.

"Sejak dua tahun lalu, kami mampu berkembang di sebalik cabaran sedia ada dengan menginovasi semua bidang perniagaan dan akan terus berbuat demikian. 

QSR Brands adalah pemilik francais serta pengendali restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia - Foto hiasan

"Kami percaya kerjasama ini akan terus memperluaskan capaian kami dan berharap untuk terus menggembirakan pelanggan," katanya.

Pengarah Francais Coca-Cola Malaysia, Amruta Vaidya, berkata Coca-Cola, KFC dan Pizza Hut percaya dengan falsafah serupa iaitu menjadikan hidangan lebih enak dinikmati untuk rakyat Malaysia.

"Di Coca-Cola, falsafah kami sebagai sebuah jenama dan syarikat adalah sentiasa untuk menjadi sebahagian dan meraikan saat-saat apabila rakan serta keluarga menikmati hidangan bersama minuman Coca-Cola atau mana-mana minuman kami yang enak dan menyegarkan," katanya.

Produk popular, Coca-Cola Zero Sugar, yang akan disediakan di cawangan KFC dan Pizza Hut, adalah sebahagian daripada portfolio 'Simbol Pilihan Lebih Sihat' Coca-Cola Malaysia.

Coca-Cola Malaysia kekal komited untuk menyokong usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia sambil memberikan minuman rasa hebat yang digemari ramai.


2. 17,599 individu muflis dalam tempoh dua tahun, majoriti orang Melayu 

Gambar hiasan. Selangor catat kes bankrap tertinggi sejak 2020 hingga Mei lalu, diikuti Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Perak. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 17,599 individu diisytiharkan bankrap sejak 2020 hingga Mei lalu, dengan majoriti kes membabitkan kaum Melayu iaitu 10,266 kes.

Ia diikuti Cina dengan 4,447 kes, India (1,321 kes) dan 48 kes membabitkan bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, golongan lelaki merekodkan kes tertinggi iaitu 12,970, manakala 4,607 kes membabitkan wanita dan dua kes lagi tidak dapat dipastikan jantina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata mengikut pecahan negeri pula, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 4,164 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (2,203 kes), Johor (1,987 kes), Sabah (1,642 kes) dan Perak (1,728 kes).

Mengikut pecahan umur pula, beliau berkata, golongan berusia 34 tahun hingga 44 tahun merekodkan jumlah teramai iaitu 6,681 kes, diikuti usia 45 tahun hingga 54 dengan 4,819 kes.

"Golongan berusia 25 tahun hingga 34 tahun seramai 3,171 kes, 55 tahun dan ke atas (2,823 kes), di bawah usia 25 tahun (46 kes) dan 59 kes dikategorikan tiada maklumat," katanya kepada soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) di Dewan Rakyat, hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ganti Pepsi kepada Coca-Cola, ertinya sayarikat begini tambah berkembang bisnesnya. Tetapi malangnya 17,599 telah jatuh muflis, yang majoritinya bangsa Melayu.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails