Sunday, July 31, 2022

Mogok Britain, TH beli aset, Parti bodoh pilih perogol..

 

Orang ramai membaca papan elektronik di stesen Waterloo, semasa mogok kereta api di London, pada 27 Julai 2022. - Foto REUTERS

1. Kereta api Britain alami gangguan susulan mogok

LONDON: Kira-kira 5,000 pemandu yang juga hampir satu perempat rangkaian kereta api Britain melancarkan mogok hari ini, sebagai sebahagian daripada kempen mendapatkan gaji lebih tinggi selepas kadar inflasi negara itu mencecah paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

Mogok 24 jam anjuran kesatuan pemandu kereta api ASLEF adalah tindakan industri kedua penting minggu ini ke atas rangkaian kereta api Britain, selepas 40,000 anggota kesatuan RMT dan TSSA, mewakili kakitangan rel lain mengadakan mogok besar, Rabu lalu.

Lonjakan inflasi pada kadar harga pengguna ketika ini ialah 9.4 peratus dan kenaikan gaji tidak menentu, memburukkan lagi ketegangan buruh merentasi sektor termasuk perkhidmatan pos, kesihatan, sekolah, lapangan terbang dan badan kehakiman.

Network Rail, yang mengendalikan infrastruktur kereta api Britain menjangkakan mogok itu menyebabkan 'gangguan ketara' sepanjang hari ini dan pagi esok.ampir semua perkhidmatan di tujuh daripada 34 pengendali kereta api negara itu dibatalkan, termasuk rangkaian serantau untuk tenggara dan timur England serta laluan jarak jauh menghubungkan London dengan barat daya dan timur laut England serta Edinburgh.

Perkhidmatan kereta api Britain kebanyakannya dibuat atas dasar keuntungan syarikat kereta api milik negara asing yang menerima kontrak jangka pendek dan subsidi operasi daripada kerajaan.

Subsidi itu melonjak semasa pandemik COVID-19.

Bercakap kepada radio BBC, Setiausaha Agung ASLEF, Mick Whelan, berkata perjanjian francais biasanya hanya menyediakan dua peratus kenaikan gaji bagi pemandu, selain percaya situasi Catch-22 itu tidak boleh diteruskan ketika krisis kos sara hidup.

Pengarah Urusan Pengendali First Rail dan Pengerusi Kumpulan Penghantaran Rel seluruh industri, Steve Montgomery, berkata pengendali akan memberi kenaikan gaji lebih besar jika pemandu kereta api bersetuju dengan perubahan dalam amalan kerja yang akan menjimatkan wang.

"Kami tidak meminta orang ramai 'bekerja lebih lama', tetapi untuk menjadi lebih produktif dalam masa yang mereka ada sekarang," katanya.

ASLEF bercadang mengadakan satu lagi mogok, pada 13 Ogos ini. - REUTERS


2. TH beli aset di London strategi perniagaan bukan pembaziran 

KOTA BHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Ahmad Marzuk Shaary menolak dakwaan segelintir pihak mendakwa pembelian bangunan di London oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai satu pembaziran.

Namun katanya, pembelian bangunan di London oleh Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan salah satu strategi perniagaan yang boleh menguntungkan bukan sahaja kepada TH sebaliknya pendeposit.

“TH ada badan pelaburan yang sentiasa mengawal dan mengintai peluang untuk tambah aset. Dan dengan pembelian aset baru di London merupakan salah satu strategi perniagaan yang boleh menguntungkan bukan sahaja kepada TH, tapi kepada pendeposit.

“Bila aset itu bertambah, maka pendeposit juga akan mendapat untung kerana agihan keuntungan itu berdasarkan liabilit dan aset. Jika aset makin tinggi maka keuntungan juga akan mengalir kepada pendeposit sekaligus tidak menyebabkan berlaku isu pembaziran dan sebagainya,” katanya.

“Malah pembelian bangunan itu juga melalui SOP yang ketat dan badan pelaburan yang sangat berwibawa. Sekiranya, TH tidak membuat perniagaan ini macam mana ia nak jana pendapatan, cuma perniagaan yang tidak dibenarkan iaitu menjual aset-aset TH di bawah harga pasaran,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Klate Gold Fest 2022 dan Pelancaran Aplikasi dan Portal E-DND Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd, di Mydin Mall, Bandar Baru Tunjong di sini, hari ini. 

Turut hadiri Pengurus Kelantan Gold Trade (KGT) Sdn Bhd, Wan Najahuddin Wan Fuad.

Media sebelum ini melaporkan pembelian bangunan pejabat enam tingkat oleh Lembaga Tabung Haji di London yang dimuktamadkan pada 12 Julai lalu dijangka memberi pulangan yang baik, sekaligus melindungi kepentingan serta memberi nilai tambah kepada pendepositnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato’ Seri Amrin Awaluddin, berkata pembelian itu yang juga pelaburan keenam TH di United Kingdom (UK) dijangka memberi pulangan yang stabil membabitkan purata pulangan atas tunai dianggarkan sebanyak lima peratus setiap tahun. – HARAKAHDAILY 30/7/2022

3. Bekas ADUN DAP bersalah merogol 


IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Abdul Wahab berkata hukuman berat perlu dikenakan bagi memberi teladan kepada Yong dan masyarakat.

Beliau berkata ia supaya benar-benar memberi pengajaran dan amaran kepada mereka yang bertindak untuk melakukan kesalahan itu.

“Sebagai majikan sepatutnya bagi perlindungan kepada warga asing tetapi bertindak semata-mata nafsu serakah,” katanya.

Pada 31 Mac 2022, pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Yong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara kepada pembantu rumah itu.

Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8:15 hingga 9:15 malam pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin.

Sementara itu, Setiausaha di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Junjungan Sigalingging ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menunjukkan sistem perundangan negara ini yang adil. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu hebatnya kepimpinan Islam pimpinan PAS Malaysia. 

(i) Berlaku musibah mogok di London, tapi TH (Tabung Haji) sudah siap, kepimpinannya sedia mampu beli aset. 

(ii) Bukan seperti sebuah parti politik anti Islam, begitu bodoh dan tidak sistemetik partinya, sehingga  tertipu memilih perogol jadi pemimpinnya.

(iii) Begitu juga, terpilih kepimpinannya, mereka yang tertuduh perasuah terowong, pendadah, pembunuh anggota bomba, penyalah guna kuasa dan segala macam seleweng lagi.

(iv) Lihatlah kehebatan kepimpinan Islam, sehingga kerajaan negeri Kelantan mampu mewujudkan kerajaan sifar rasuah yang pertama di negara ini. 

(v) Kita cabar PH (Pakatan Harapan), tunjukkan bukti kerajaan Persekutuan kamu yang merudum 22 bulan itu, atau negeri yang kamu pegang sekarang ini seperti Pulau Pinang, Selangor itu 'sifar rasuah'?

Al-hamdulillah begitu hebatnya Islam sebagai 'way of live' yang akan menguasai dunia lagi di masa mendatang. Insya Allah!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails