Sunday, July 31, 2022

Indonesia sekat Yahoo, Paypal, sesawang permainan.

 

Logo aplikasi PayPal yang dilihat pada telefon bimbit. - Foto REUTERS

1. Indonesia sekat Yahoo, Paypal dan laman sesawang permainan

JAKARTA: Indonesia menyekat platform Yahoo, Paypal dan beberapa laman sesawang permainan kerana gagal mematuhi peraturan pelesenan, kata seorang pegawai hari ini, mencetuskan tindak balas dalam media sosial.

Pendaftaran diperlukan di bawah peraturan dikeluarkan pada akhir November 2020, memberi kuasa pihak berkuasa untuk memaksa platform mendedahkan data pengguna tertentu serta mengeluarkan kandungan dianggap menyalahi undang-undang atau 'mengganggu ketenteraman awam' dalam tempoh empat jam, jika mendesak, dan 24 jam, jika tidak.

Beberapa syarikat teknologi bergegas untuk mendaftar, beberapa hari sebelum tarikh akhir yang dilanjutkan sehingga semalam, termasuk Alphabet, Facebook, Instagram, WhatsApp dan Amazon.com.

Pegawai kanan di Kementerian Komunikasi Indonesia, Semuel Abrijani Pangerapan, berkata Yahoo, Paypal dan laman sesawang permainan seperti Steam, Dota2, Counter-Strike dan EpicGames sudah disekat.

Tanda pagar atau Hashtag seperti 'BlokirKominfo' (sekat Kementerian Komunikasi), Epic Games dan Paypal menjadi trend di Twitter Indonesia dengan banyak mesej bertulis, mengkritik langkah kerajaan sebagai menjejaskan industri permainan dalam talian dan pekerja bebas yang menggunakan Paypal.

Indonesia ialah pasaran penting untuk pelbagai platform teknologi dengan anggaran 191 juta pengguna Internet dan golongan muda mahir media sosial. - REUTERS


2.Indonesia sekat Facebook, Google, Whatsapp jika tidak berdaftar Julai 20, 2022 @ 9:01am  

Aplikasi media sosial yang biasa digunakan orang ramai. - Foto AFP

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia bersedia untuk menyekat aplikasi media sosial dan perkhidmatan dalam talian termasuk Google, Facebook, dan WhatsApp dalam beberapa hari akan datang jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Informasi negara itu, lapor Xinhua.

Syarikat gergasi digital diberi tempoh sehingga hari ini untuk melengkapkan pendaftaran pelesenan.

Pihak kementerian akan melabel aplikasi-aplikasi berkenaan sebagai haram dan menyalahi undang-undang negara jika gagal berbuat demikian.

"Kami telah memberi amaran kepada semua syarikat teknologi tempatan dan asing termasuk perkhidmatan dalam talian, laman sesawang dan pengendali aplikasi bahawa mereka perlu mendaftar jika tidak mahu dikenakan sekatan. Kami telah memberi tempoh sejak enam bulan lalu," Ketua Pengarah kementerian bahagian Aplikasi Maklumat Semuel Abrijani memberitahu pemberita semalam.

Pendaftaran itu adalah sebahagian daripada peraturan baharu yang mula dikuatkuasa pada Januari 2022, dengan mensyaratkan semua platform teknologi perlu memperoleh lesen sebelum dibenarkan beroperasi.

Peraturan itu juga membolehkan pihak berkuasa mengarahkan platform yang mengeluarkan sebarang kandungan dianggap menyalahi undang-undang, tidak sesuai dan 'mengganggu ketenteraman awam' untuk memadam hantaran dalam tempoh empat hingga 24 jam bergantung kepada kandungan berkenaan.

Kerajaan Indonesia cuba mengurangkan penyebaran maklumat palsu dan penipuan, terutamanya menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024. - BERNAMA 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails