Wednesday, June 26, 2013

Wanita Penan Tak Berbaju Ini, Nak Jumpa Menteri?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Rohani Abdul Karim 

WANITA Penan tak berbaju ini nak jumpa menteri mengenai isu rogol? Ya, mereka perlu ditangani segera. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Rohani Abdul Karim bersedia bertemu sekumpulan NGO hak-hak sivil bagi membincangkan cadangan dalam laporan tentang serangan seksual terhadap wanita Penan di Sarawak pada 2009.

Dalam surat kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) pada 21 Jun, ketua pengarah kementerian berkata, pertemuan itu akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau tidak menetapkan tarikh tepat.

Jawapan itu sebagai respon terhadap permintaan WAO bagi pihak 36 lagi NGO yang mahukan maklumat terkini berhubung cadangan pasukan petugas kementerian yang menyiasat dakwaan salah laku seksual terhadap wanita Penan oleh pembalak di Baram, Sarawak.

Pasukan petugas itu ditubuhkan pada 8 Oktober 2008 ekroan dakwaan oleh kumpulan NGO daripada dalam dan luar negeri. Dalam laporan yang diterbitkan pada September 2009, terdapat lapan kes didokumenkan. Mangsa terlibat termasuklah pelajar sekolah dengan umur paling muda 10 tahun. (IH/Mk)

1 comment:

ZIRAHNAMIA said...

sbb tu la kena amik tau gi turun padang...

Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails