Tuesday, June 25, 2013

Syria: PAS Bersama Gerakan Islam Antarabangsa. Iran??


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, langkah terbaru pada bulan Julai ini yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang lebih hampir.

Sebelum ini beliau telah menulis satu artikel bertajuk “Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam” pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.
Presiden PAS itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.
Konflik berdarah dan kezaliman terhadap rakyat Syria yang telah bermula awal 2011 telah meragut puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa. Sepanjang tempoh ini, berbagai inisiatif telah digerakkan oleh komuniti antarabangsa berbagai negara dan badan bukan kerajaan, malah oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga telah menyatakan sebelum ini bahawa semua kuasa asing yang mempunyai kepentingan strategik masing-masing itu untuk keluar dari negara yang sedang bergolak itu dan menyerahkan penyelesaiannya kepada rakyat Syria sendiri untuk menentukannya.
Sepanjang tempoh ini juga kepimpinan PAS selain dari mengadakan protes, telah juga mengambil tindakan tertentu bertemu dengan berbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mencadangkan penyelesaian terhadap konflik yang semakin hari semakin buruk itu, selain dari membantu rakyat Syria yang berdepan dengan kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.
"Saya juga telah menulis satu artikel bertajuk “Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam” pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.
"Langkah terbaru pada bulan Julai ini yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang lebih hampir.
"PAS mengharapkan iringan sokongan doa dan harapan dari semua rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya dalam mengambil langkah ini. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bagaimana sikap PAS dengan Iran mengenai Syria? Bagaimana dengan penyokong-penyokongnya dalam PAS?

Gambar Syria, Bumi berdarah. (http://mountdweller.blogspot.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails