Tuesday, June 25, 2013

Husam Bebas. 15 Penceramah Sambut & Solat Hajat Lepas Isyak Ini..

   

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini. Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.

Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi. Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu. Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini. Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.

Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat. Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.

“Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan,” ujarnya.

Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu. (Hrkh)

Datuk Husam dibebeaskan. Ditangkap pun pakai baju itu, dibebaskan pun baju itu juga..
Sebaik dibebaskan beliau terus berkunjun kerumah Mursyidul Am PAS merangkap mantan Menteri Besar Kelantan, TGNA di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Lihat kisah-kisah Datuk Husam sebelum ini..
E-Buku IH-74: Detik-Detik Datuk Husam Diseret Ke Mahkamah
E-Buku IH-74: Detik-Detik Datuk Husam Diseret Ke Mahkamah 

1 comment:

ZIRAHNAMIA said...

keluar pun~
Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails