Sunday, June 23, 2013

Bebaskan Segera Datuk Husam, Walau Jadi Imam Solat Maghrib Kpd Polis Di Raub


KL: Jam 7:30 malam sebentar tadi dilaorkan rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub. 

Dalam keadaan kurang sihat (demam) Dato' Haji Husam Musa dibenarkan mengimami solat Maghrib manakala para Pegawai Polis yang mengiringi beliau menjadi makmum kepadanya. 

Sementara itu, Abdl Latiff Abd Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan kekesalan yang teramat sangat di atas penahanan Naib Presiden Pas, Dato Husam Musa petang tadi di Kuala Lumpur.  

DPPNK menyifatkan tindakan menahannya di Kuala Lumpur dan membawanya ke Kota Bharu hanya dengan menaiki kereta merupakan satu tindakan tidak wajar memandangkan statusnya sebagai seorang pemimpin. 

Apatah lagi kesalahan yang didakwa dilakukan bukanlah jenayah yang serius yang memerlukan tangkapan segera. Adalah lebih waras sekiranya beliau dipanggil memberikan keterangan di Kota Bharu dan semua pihak yakin beliau tidak ada sebarang masalah untuk berbuat demikian.

DPPNK mendesak agar kenyataannya diambil pada malam ini iuga dan dibebaskan dengan kadar seberapa segera. Ini kerana DPPNK mendapat maklum daripada ahli keluarganya bahawa kesihatan beliau kurang stabil dan memerlukan rehat. 

Selagi beliau belum dibebaskan, DPPNK tidak teragak-agak mengerahkan seluruh kekuatan pemuda di negeri ini berkumpul di hadapan IPD Kota Bharu bagi menunut pembebasan beliau.

Weblog Ibnu Hasyim menyokong penuh tuntutan Dewan Pemuda PAS Kelantan tersebut. 

"Walaupun dibenarkan solat Maghrib, tidak bererti kerajaan Malaysia tidak zalim, kerana merampas hak kebebasan bersuara rakyat Islam yang tertindas.." Kata editornya Dr Hj Mhd Hasyim di sini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails