Monday, June 24, 2013

Penunjuk Perasaan Berkumpul Di Hadapan Parlimen?

Bukan, bukan! Lihat keterangan di bawah...

KL: mStar Online sebentar tadi melaporkan sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di depan Parlimen menjelang upacara angkat sumpah anggota Parlimen pada Isnin. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada disepanjang laluan masuk ke Parlimen bagi mengawal keadaan.

Kumpulan tersebut membawa sepanduk yang menuntut panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya meletak jawatan dan mengenai isu kematian tahanan dalam lokap. Anggota Parlimen dari kedua-dua parti dilihat mula memasuki Parlimen. Sementara itu, beberapa aktivis yang berkhemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu mula berarak menuju ke Parlimen.

Menurut Blog Addin..
[ Upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.
Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.
Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen. Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan.
Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang. ~the malaysian insider ]


Keterangan gambar di atas.. Gambar ini diangkat dari Blog Kerabu Bersuara yang mengucapkan 'Selamat mengangkat sumpah dan bersidang buat semua' Gambar mereka di atas merupakan sebahagian dari pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

"Kamu ada banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu diselesaikan. Tunaikan lah dengan baik dan jangan kecewakan rakyat di bawah. Kepada Allah kami semua berserah." Kata Blog itu.

Weblog Ibnu Hasyim sokong Kerabu Bersuara! 

KEMASKINI

25 aktivis ditahan sehingga jam 12.00 tengah hari ini sewaktu mengadakan protes di hadapan pintu masuk Parlimen termasuk Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar. Mereka kini dibawa ke IPD Dang Wangi.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails