Saturday, June 29, 2013

Tak Mungkin Berlaku DUN Tergantung Di Terengganu Selepas PRK?


KL: Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?

Menurut BERNAMA hari ini, beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.

"Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

"Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16. Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian." Kata BERNAMA.

Lapornya, ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco, Datuk Toh Chin Yaw berkata, undipemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.

"Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.

Ertinya, sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.

Sementara itu, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai, jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak, lapor Malaysiakini.

Tambah Abdul Aziz, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri. Mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.(IH)

1 comment:

sesejuk mata memandang said...

Untuk pencacai albari, sultan mana yang tidak tahu memberi kata putus?
Lihat pada 2008, apabila perebutan keruysi panas MB terengganu diantara Idris dan Md Said , siapa yang mengesahkan perlantikan md said sebagai mb walaupun PM pakLah mencalunkan Idris pada masa itu sebagai MB , jadi untuk pencacai pkr labari, kita ingin katakan sulatan terengganu tidak bodoh dan tahu siapa yang beliau mahu .

Jadi jika sekiranya keputusana prk kuala besut ditakdirkan seri , maka mb nya masih md said , dan yang jelas ia akan menyelamatkan satu pembaziran wang rakyat jika dibuat semual prk bagi seluruh terengganu.

Daulat tuanku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails