Thursday, June 27, 2013

Beri Perlindungan Ulama Syria Ke K'tan -Datuk Husam


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bercadang membawa ulama-ulama dari Syria, yang kini berdepan konflik berdarah bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sementara di Malaysia.

“Sesuai Kelantan sebagai Serambi Mekah, maka elok ulama-ulama besar dari Syria dibawa ke sini bagi membolehkan kita berkongsi ilmu agama dengan mereka.
“Kita tahu Syria mempunyai ulama-ulama besar. Malah di bumi Syrialah terletak kubur Nabi Ayub, didiami juga ulama tersohor termasuk Imam Nawawi,” katanya di sini.

Syria kini menyaksikan pertumpahan darah sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi korban. Presiden Bashar al-Assad dibantu Hizbullah dan Iran dilapor menggempurkan kebangkitan rakyat. Revolusi kebangkitan rakyat bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lepas ekoran penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Media melaporkan pengawal Bashar menahan pelajar-pelajar terbabit sehingga menimbulkan bantahan keluarga mereka.  Ekoran itu mencetus tunjuk perasaan sehingga merebak ke beberapa bahagian di Syria, selepas pasukan keselamatan rejim Assad bertindak ganas.

Husam berkata, umat Islam di negara ini perlu turut membantu ulama-ulama besar dari Syria bagi mengelakkan lebih ramai alim ulama terkorban dalam konflik yang berlaku sekarang.

“Lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi, kehadiran ulama besar dari Syria membolehkan kita menimba ilmu agama daripada mereka,” katanya.

Husam yang baru kembali dari sempadan Syria di sebelah Jordan minggu lepas turut memberitahu keadaan kem-kem pelarian di sempadan Jordan begitu dhaif sekali. Katanya, puluhan ribu pelarian sedang berdepan dengan ribut pasir yang sedang melanda.

“Ketika saya dan rakan-rakan membuat tinjauan di kem tersebut berlaku ribut pasir yang begitu kuat. Namun pelarian terus bertahan di situ dalam keadaan serba kekurangan.
“Oleh itu wajar rakyat di Malaysia turut menghulur bantuan kepada mereka, lebih-lebih lagi mereka juga akan menghadapi Ramadan dalam serba kekurangan,” katanya. (Hrkh)


Lihat kisah-kisah Datuk Husam sebelum ini..

Lihat kisah-kisah Datuk Husam sebelum ini..
E-Buku IH-74: Detik-Detik Datuk Husam Diseret Ke Mahkamah
E-Buku IH-74: Detik-Detik Datuk Husam Diseret Ke Mahkamah

1 comment:

nshinah said...

FOREIGN AGENDA.......
http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/greetings-to-all-i-hope-to-share-with.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails