Monday, August 08, 2011

Tanah Runtuh Di Kg Orang Asli Brinchang

Anggota penyelamat membawa keluar mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh untuk di hantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Tanah Rata di Cameron Highlands malam Ahad. Kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Pahang berlaku kira-kira pukul 5.45 petang Ahad. - fotoBERNAM

ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.
ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.

CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos 11: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam.

Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui. Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki.

Sebelum itu, Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.

Seorang wanita maut, dua parah manakala enam lagi dipercayai masih tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang, petang semalam.

Kejadian ribut dan hujan lebat sejak jam 3 petang hingga 7 malam itu menyebabkan tiga daripada lima rumah itu tertimbus sama sekali.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, setakat jam 10 malam semalam, mayat seorang wanita Orang Asli di perkampungan berkenaan berjaya dikeluarkan manakala enam lagi dipercayai masih tertimbus.

“Dua lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom,” katanya.

Mangsa parah ialah Bah Anjang Alang, 39, dan Serry Priary Saari, 15. Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Jaafar, 49; Ali Hassan, 50; Mohd Ikbal Jaafar 15; Sara Gunung, 25; Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22.

Wan Mohd Zahari berkata, runtuhan itu membabitkan tebing di Bukit Sungai Ruil setinggi 100 meter dan menimbus kesemua rumah itu dengan kedalaman 50 meter.

“Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil menempatkan lebih kurang 200 rumah dan akibat kejadian itu, 60 rumah berisiko tinggi.

“Kesemua penghuni di kawasan berisiko itu dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Brinchang,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, anggota penyelamat menghadapi sedikit kesukaran kerana hujan lebat berterusan sehingga jam 9 malam namun operasi mencari dan menyelamat membabitkan 120 anggota pelbagai agensi diteruskan bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang masih tertimbus.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail meminta penduduk bersabar dengan kejadian itu dan menasihatkan mereka berhati-hati ketika musim hujan sejak kebelakangan ini.

“Saya berharap mangsa dan keluarga bersabar dengan dugaan menimpa pada bulan Ramadan ini dan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi dinasihatkan mematuhi arahan berpindah dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya yang turut meninjau lokasi kejadian, malam tadi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails