Tuesday, August 09, 2011

ACCIN: MCCBCHST Tutup Mulut,, Hentikan Murtad.


KL 9 Ogos 11: Sebanyak 17 gabungan NGO Islam hari ini menggesa Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) 'tutup mulut' daripada mengeluarkan kenyataan berhubung urusan antara agama.

Menurut Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin), sejak penubuhan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) bawah Kabinet, Accin dan anggotanya sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu.

NONEPengerusinya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, tindakan itu sebagai menghormati konsensus jawatankuasa tersebut.

"Accin ingin mengingatkan Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia kembali menghormati jawatankuasa tersebut pada masa akan datang," katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan, MCCBCHST menyifatkan serbuan terhadap majlis di geraja sebahagian daripada "usaha sengajar dan sistematik oleh pihak yang berada di koridor kuasa negara ini" untuk mewujudkan konflik antara bangsa dan agama berbeza di Malaysia. Juga mendesak kerajaan persekutuan menyiasat insiden itu yang dilaporkan dua akhbar berbahasa Melayu bahawa terhadap orang Islam diajak menukar agama pada malam itu.

'Hentikan usaha murtad'

Merujuk kepada kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya, Accin dalam kenyataannya berkata, isu itu sepatutnya dibincangkan di JKMPKAPA, yang dipertanggungjawabkan kepada dua menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Justeru, ACCIN turut meminta pihak kerajaan segera mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Hasil siasatan juga perlu dikemukakan segera agar tidak berlaku salah faham dalam masyarakat," katanya.

mccbchst religious freedom prayer pc 020407Sambil memperakui pendirian Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia - bahawa ketengangan agama hanya boleh datang daripada agama - Sheikh Abdul Halim meminta semua pihak, khususnya media bertanggungjawan melaporkan isu antara agama.

Beliau juga menolak penggunaan beberapa istilah seperti "storm", "raid" dan "barge" yang didakwa tidak wajar bagi menggambarkan pemeriksaan JAIS.

Sedangkan, menurutnya lagi, ia hanya dijalankan selepas hampir sejam berunding dengan penganjur atas aduan berlakunya usaha pemurtadan oleh pihak gereja.

"Accin meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat beragama. Rumah ibadah merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan.

"Agar ianya berjaya, ACCIN meminta usaha memurtadkan penganut Islam khasnya, di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh negara dihentikan segera," katanya.

Cadangan itu, menurut Sheikh Abdul Halim bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama persekutuan dan sensitiviti umatnya. Accin antaranya dianggotai Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 indvidu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan.mJelas beliau, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Syariah.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails