Sunday, August 07, 2011

Islam & Sisingamangaraja Penyatu Kaum Batak

Raja Sisingamangaraja XII, gambar imiginasi. Begitu juga gambar di bawah.
CATATAN PERJALANAN: Menyusuri 150 Tahun Kristian Masuk Tanah Batak (siri 4)

sisingamangaraja-xii

TELAH diberitakan teman bicaraku sebelum ini, bahawa Nommensen, hero Kritian di tanah Batak bersama Johansen, telah mendirikan sekolah guru zending di Pansurnapitu, dan kini berdiri gereja HKBP di situ. Kerana pengaruh para misonar semakin luas di Tanah Batak, dikatakan Raja Sisingamangaraja amat marah sehingga mengancam akan memusnahkan kegiatan misioner. Tetapi, sebenarnya, ancaman itu tidak menjadi kenyataan.

Hal ini menyebabkan aku amat tertarik untuk mengenal siapa Sisingamangaraja itu. Kucari lagi maklumat-maklumat melalui tanyaselidik dengan orang-orang kutemui dan internet di situ. Rupanya, Sisingamangaraja merupakan nama besar dalam sejarah Batak. Dia adalah tokoh penyatuan (pemersatu).

Dinasti Sisingamangaraja dimulai sejak pertengahan tahun 1500-an, saat Raja Sisingamangaraja I yang lahir tahun 1515 mulai memerintah. Sedangkan kerajaan Melayu-Islam Melaka jatuh ke tangan Portugis penjajah pada tahun 1511. Dia memang bukan raja pertama di sana. Pemerintahan sebelum itu dikenal dengan nama 'bius'. Satu bius merupakan kumpulan sekitar tujuh 'horja'. Sedangkan satu horja terdiri dari 20 'huta' atau desa yang punya pimpinan sendiri. Ada Bius Toba, Patane Bolon, Silindung dan sebagainya.

Dari 12 orang yang melanjutkan dinasti Sisingamangaraja, Singamangaraja XII merupakan raja paling populer dan diangkat sebagai Pahlawan Nasional Indonesia sejak 9 November 1961. Lukisan dirinya yang dibuat Augustin Sibarani yang kemudian tercetak di wang Rp 1,000 yang lama, merupakan satu-satunya “foto” diri Sisingamangaraja. (lihat gambar)

Dia naik tahta pada tahun 1876 menggantikan ayahnya Singamangaraja XI yang bernama Ompu Sohahuaon. Penobatan Si Singamangaraja XII sebagai Maharaja di negeri Toba bersamaan dengan dimulainya open door policy (politik pintu terbuka). Belanda merasa perlu mengamankan modal asing yang beroperasi di Indonesia. Tidak mahu menandatangani Korte Verkaring ( perjanjian pendek) di Sumatra terutama Aceh dan Tapanuli.

Kedua konsultan ini membuka hubungan dagang dengan negara-negara Eropah lainya. Belanda sendiri berusaha menanamkan monopilinya di kedua kesultanan tersebut. Politik yang berbeda ini mendorong situasi selanjutnya untuk melahirkan peperangan yang berkepanjangan hingga puluhan tahun.

Apa agama anutan Penyatu Kaum Batak Ini?

Satu yang masih terus jadi bahan diskusi hingga hari ini, adalah agama yang menjadi anutan Sisingamangaraja XII.

Pertama: Sebahagian yakin, dia penganut kepercayaan lama yang dianut sebahagian besar orang Batak. Iaitu agama yang dikatakan mirip dengan dua agama besar dunia, iaitu Islam dan Kristian. Dikatakan juga, agama Batak hanya mengenal satu Yang Maha Kuasa, Debata Mulajadi Na Bolon atau Ompu Mulajadi Nabolon. Ada juga yang bila mahu membicarakan tentang agama yang di anut oleh Si Singamangaraja XII, mereka lebih cenderung untuk mengakui Si Singamangaraja XII beragama Pelbagu.

Pelbagu juga semacam agama animisme yang mengenal pula pemujaan dewa. Debata Mulajadi sebagai mahadewa. Juga mengenal ajaran Trimurti: Batara Guru (dewa kejayaan), Debata Ser... Sekarang agama Batak lama sudah ditinggalkan, walaupun tentu saja masih menjadi kepercayaan tradisional yang dipertahankan.

Raja Batak? Tidak, ini Ibnu Hasyim menggayakan pakaian tradisional kaum Batak.

Kedua: Sisingamangaraja adaah beragama Islam.

(i) Ada juga yang melihat daya tempur yang sangat lama ada pada perjuangan Sisingamangaraja XII ini, adalah kerana di tunjang oleh ajaran agama Islam. Hal ini jarang jarang di kemukakan oleh para sejarawan, kerana merasa kurang relevan dengan predikat Pahlawan Nasional. Atau kerana alasan-alasan lain yang mereka rasa kurang perlu didebatkan.

(ii) Satu hal yang sukar diterima adalah bila Si Singamangaraja XII dikatakan beragama animisme. Kerana kalau kita perhatikan Cap rasmi Si Singamangaraja XII bertuliskan huruf Arab. Berbunyi; 'Inilah Cap Maharaja di negeri Toba Kampung Bakara Kotanya. Hijrah Nabi 1304.'

Pada cap tersebut terlihat jelas penggunaan tahun hijriah Nabi. Hal ini memberikan gambaran tentang besarnya pengaruh ajaran Islam yang menjiwai diri Si Singamangaraja XII. mengenai huruf batak yang masih pula di abadikan, adalah sama dengan tindakan Pangeran Diponegoro yang masih mengguakan huruf Jawa dalam menulis surat.

(iii) Begitu pula kalau kita perhatikan bendera perangnya. Terlihat pengaruh Islam dalam gambar kelewang, matahari dan bulan. Akan lebih jelas bila kita ikuti keterangan beberapa majalah atau koran Belanda yang memberitakan tentang agama yang di anut oleh Si Singamangaraja XII, antara lain; Volgens berichten van de bevolking moet de togen, woordige titularis een 5 tak jaren geleden tot den Islam jizn bekeerd, doch hij werd geen fanatiek Islamiet en oefende geen druk op jizn ongeving uit om zich te bekeeren. ( Sukatulis, 1907, hlm, 1)

(iv) Menurut khabar-khabar dari penduduk, raja yang sekarang (maksud Titularis adalah Si Singamangaraja XII) semenjak lima tahun yang lalu memeluk agama Islam yang fanatik, demikian pula dia meneka supaya orang-orang sekelilingnya menukar agamanya. Berita di atas ini memberikan data kepada kita bahawa Si Singamangaraja XII beragama Islam.

(v) Selain itu, di tambahkan pula tentang rakyat yang tidak beragama Islam, dan Si Singamangaraja XII tidak mengadakan paksaan atau penekanan lainnya. Hal ini sekaligus memberikan gambaran pula tentang penguasaan Sisingamangaraja XII terhadap ajaran agama itu sendiri.

(vi) Mohammad Said, dalam bukunya Sisingamangaraja XII menyatakan kemungkinan benar bahawa Sisingamangaraja seorang Muslim. Pedomannya berasal dari informasi dalam tulisan Zendeling berkebangsaan Belanda, J.H Meerwaldt, yang pernah menjadi guru di Narumonda dekat Porsea. Meerwaldt mendengar Sisingamangaja sudah memeluk Islam.

(vii) Di majalah Rheinische Missionsgessellschaft tahun 1907 diterbitkan di Jerman. Antaranya menyatakan, Sisingamangaraja, kendati kekuatan adi-alamiah yang dikatakan ada padanya, dapat jatuh.. Demikian juga halnya dengan beralihnya dia menjadi orang Islam dan hubungannya kepada orang Aceh.. Hubungan dengan Aceh ini terjadi apabila Belanda menyerang Tanah Batak pada tahun 1877.

Aceh

Kerana kelemahan taktik, Sisingamangaraja XII menjalin hubungan dengan pasukan Aceh dan tokoh-tokoh pejuang Aceh beragama Islam, untuk meningkatkan kemampuan tempur pasukannya. Dia berangkat ke wilayah Gayo, Alas, Singkel, dan Pidie di Aceh dan turut serta pula dalam latihan perang Keumala. Pertukaran perwira dilakukan. Perwira terlatih Aceh ikut dalam pasukan Sisingamangaraja XII untuk membantu strategi kemenangan perang, sementara perwira Batak terus dilatih di Aceh.

Salah satunya ialah Guru Mengambat, salah seorang panglima perang Sisingamangaraja XII. Guru Mengambat mendapat gelar Teungku Aceh. Informasi itu berdasarkan Kort Verslag Residen L.C Welsink pada 16 Ogos 1906. Dalam catatan itu disebutkan, seorang panglima Sisingamangaraja XII bernama Guru Mengambat dari Salak (Kab. Pakpak Hasundutan sekarang) telah masuk Islam. Informasi ini diperoleh oleh Welsink dari Ompu Onggung dan Pertahan Batu.

(ix) Dalam sebuah surat rahsia kepada Departement van Oorlog, Belanda, Letnan L. van Vuuren dan Berenshot pada 19 Julai 1907 menyatakan,

"Dat bet vaststaatdat de oude S .S. M. Met zijn zonns tot den Islam waren over gegaan, al zullen zij wel niet Mohamedan in merg en been geworden zijn". (Bahwa sudah pasti S. S. M. yang tua dengan putera-puteranya telah beralih memeluk agama Islam, walaupun keIslaman mereka tidak seberapa meresap dalam sanubarinya).

(x) Surat Khabar Belanda Algemcene Handeslsblad pada edisi 3 Julai 1907, sebagaimana dinyatakan Mohammad Said dalam bukunya, menuliskan, “Menurut kabar dari pendudukan, sudahlah benar raja yang sekarang (maksudnya Sisingamangaraja) semenjak lima tahun yang lalu telah memeluk Islam. Tetapi dia bukanlah seorang Islam yang fanatik, demikian pula dia tidak menekan orang-orang di sekelilingnya menukar agamanya”.

Informasi ini semakin menguatkan dugaan Sisingamangaraja XII telah memeluk Islam. Apalagi terlihat pola-pola Islam dalam pola administrasi pemerintahannya. Misalnya bendera dan stempel (cop).

(xi) Bendera Sisingamangaraja XII yang berwarna merah dan putih., berlambang pedang kembar, bulan dan bintang, mirip dengan bendera Arab Saudi sekarang. Bedanya bulan dalam bendera Sisingamangaraja XII yang terletak di sebelah kanan pedang, merupakan bulan penuh atau bulan purnama, bukan bulan sabit. Sedangkan bintang yang terletak di sebelah kiri memiliki lapan gerigi, bukan lima seperti yang biasa terlihat di mesjid dalam lambang tradisi Islam lainnya. Namun benda bergerigi lapan itu boleh juga diartikan sebagai matahari.

Bahagian luar stempel Sisingamangaraja yang mempunyai 12 gerigi pinggiran juga menggunakan tarikh Hijriah dan huruf Arab. Namun huruf Arab itu untuk menuliskan bahasa Batak, “Inilah cap Maharaja di Negeri Toba Kampung Bakara Nama Kotanya, Hijrat Nabi 1304”. Sedangkan aksara bataknya menuliskan Ahu Sahap ni Tuwan Singa Mangaraja mian Bakara, artinya "Aku Cap Tuan Singa Mangaraja Bertakhta di Bakara".

“Sebenarnya bendera dan stempel itu sudah mencirikan corak Islam dalam pemerintahan Sisingamangaraja. Dengan demikian kuat kemungkinan dia sudah memeluk Islam, tetapi tidak ada data otentik jadi tidak dapat dipastikan kebenarannya,” kata Ketua Majelis Ulama Sumut H Mahmud Azis Siregar.

(xii) Keterangan lebih mendalam disampaikan, Dada Meuraxa dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Suku-suku di Sumatera Utara. “Sisingamangaraja XII sudah masuk Islam dan disunatkan di Aceh waktu beliau datang ke Banda Aceh meminta bantuan senjata,” kata Meuraxa.

Dalam buku itu Meuraxa menyebutkan, keterangan itu berdasarkan pernyataan seorang sumber, Tuanku Hasyim, yang mengutip pernyataan bibi-nya yang juga isteri Panglima Polem yang menyaksikan sendiri upacara tersebut di Aceh.

“Walaupun belum cukup fakta-fakta Sisingamangaraja seorang Islam, tetapi gerak hidupnya sangat terpengaruh cerita Islam. Sampai kepada cap kerajaannya sendiri tulisan Arab. Benderanya yang memakai bulan bintang dan dua pedang Arab ini pun memberikan fakta terang,” tulis Dada Meuraxa.

Singamangaraja XII sendiri bernama Ompu Pulobatu, lahir pada 18 Februari 1845 dan meninggal 7 Jun 1907 dalam sebuah pertempuran dengan Belanda di Dairi. Sebuah peluru menembus dadanya. Menjelang nafas terakhir, akibat tembakan pasukan Belanda yang dipimpin Kapten Hans Christoffel itu, dia tetap berucap, “Ahuu Sisingamangaraja”.

Ucapan itu identik dengan kegigihannya berjuang. Turut tertembak juga waktu itu dua putranya Patuan Nagari dan Patuan Anggi, serta puterinya Lopian. Sedangkan sisa keluarganya ditawan di Tarutung. Itulah akhir pertempuran melawan penjajahan Belanda di tanah Batak sejak tahun 1877. Sisingamangaraja sendiri kemudian dikebumikan Belanda secara militer pada 22 Jun 1907 di Silindung. Makamnya baru dipindahkan ke Soposurung, Balige seperti sekarang ini sejak 17 Jun 1953.

Jadi, Raja Sisingamangaraja dan Islam adalah penyatu kaum Bata dengan tidak menafikan unsur-unsur penyatu yang lain.

sumber :
-Temuramah Ibnu Hasyim dengan ketua-ketua kaum di Parapat, Tomok, Ambteeta dll.
- http://mjinstitute.com/sejarah/21-si-singamangaraja-xii-gugur-sebagai-pahlawan-islam
- http://khairulid.blogspot.com/2005/03/mempertentangkan-agama-sisingamangaraja.html

Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

7 Ogos 11
Tomok, Toba.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

1 comment:

Unknown said...

dongtam
mu private
tim phong tro
http://nhatroso.com/
nhac san cuc manh
tổng đài tư vấn luật
http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
văn phòng luật
tổng đài tư vấn pháp luật
thành lập công ty
http://we-cooking.com/
chém gió
trung tâm ngoại ngữ

Nghe được Nhạc Thành nói, Nhạc Thiên lão tổ nét mặt vô cùng ngưng trọng, thực lực Đoan Mộc Cuồng nếu như theo lời Nhạc Thành là Đại Thừa Kỳ hậu kỳ, thì bên mình cũng không có cách nào chống lại.

- Nhạc Thành, vậy ngươi có phương pháp ứng đối không.

Nhạc Thiên lão tổ nhìn Nhạc Thành hỏiều chúng ta cần là thời gian, chỉ sợ là Đoan Mộc Cuồng sẽ không cho ta thời gian quá dài.

Nhạc Thành có chút cười khổ nhìn Nhạc Thiên lão tổ nói, Nhạc Thành cần nhất chính là thời gian, có Hạo Thiên Tháp, chỉ cần cho hắn mười năm thời gian, nhiều nhất là mười năm thời gian là có thể đột phá đến Đại Thừa Kỳ hậu kỳ, đến lúc đó hắn có thể khắc chế Đoan Mộc Cuồng, chẳng qua là Đoan Mộc Cuồng tuyệt đối sẽ không cho hắn nhiều thời giờ như vậy, còn có Hỗn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails