Sunday, August 03, 2014

Konsert Penyanyi Bogel Sini..Negara Islam M'sia (?) Bangga. Cais!

Mariah memilih Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mengadakan konsert di negara Asia Tenggara bersempena konsert jelajahnya pada 22 Oktober depan di Stadium Negara. Banggakah rakyat Malaysia?

HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey memilih Malaysia sebagai lokasi sulung bersempena siri konsert jelajahnya di Asia Tenggara yang bakal diadakan di Stadium Merdeka dekat sini pada 22 Oktober depan.

Pihak penganjur konsert di negara ini dilaporkan berjaya mendapat bidaan bagi mendapatkan diva terkenal itu lebih awal berbanding negara lain seperti Singapura dan Filipina. Lapor mStar hari ini.


"Kuala Lumpur akan menjadi negara yang pertama biarpun Singapura tidak gembira dengan keputusan pengurusan penyanyi itu yang hanya akan mengadakan persembahan di Singapura dua hari selepas konsert di sini," kata sumber industri yang enggan namanya dikenali.

Difahamkan bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Mariah tidak kurang daripada USD1 juta (RM3.2 juta) iaitu harga sama semasa penyanyi itu mengadakan konsert di negara ini pada tahun 2004. Mariah adalah artis wanita paling berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat dengan penjualan album sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia dan 18 lagu yang diciptanya sendiri menduduki tangga pertama carta Billboard.

Mariah pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

Konsert pertama Mariah di negara ini pernah menimbulkan kekecohan ekoran imej seksi penyanyi berkenaan sehingga ahli Parti PAS berarak di luar stadium Merdeka membantah penganjuran persembahan itu.

Malangnya, kerajaan Malaysia sendiri merasa bangga dengan kehadiran  penyanyi telanjang itu,  kerana begitulah corak generasi muda Malaysia yang akan dibentuk, walaupun Perdana Menteri Najib sendiri pernah mengakui Malaysia adalah negara Islam. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia bukan negara Islam...tapi Negara i-selam...atau....1selam....kahkahkag

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails