Friday, August 08, 2014

PKR Pilih Saya Jadi MB S'gor, Bukan Azmin. -Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Majlis Makan Malam Bersama Kak Wan – Fakta Di Sebalik Penukaran MB Selangor' di Ampang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Ogos, 2014. 
 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Majlis Makan Malam Bersama Kak Wan – Fakta Di Sebalik Penukaran MB Selangor' di Ampang, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Ogos, 2014.

Calon PKR untuk jawatan menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengenepikan cadangan Mohamed Azmin Ali juga perlu dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi negeri itu.

"Parti memilih saya, terima kasih," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada program makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor.

Beliau mengulas laporan beberapa pemimpin PKR Selangor yang mengatakan Azmin, timbalan presiden PKR dan ketua PKR Selangor, juga mempunyai keupayaan memerintah negeri terkaya di negara ini. Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari dan Ketua Penerangan Selangor Shuhaimi Shafei menegaskan, Azmin patut dinamakan sebagai calon bersama Dr Wan Azizah, memandangkan pengalaman luas beliau dalam parti.

PKR nampaknya berpecah kepada dua puak, mereka yang ingin presiden parti menggantikan Khalid sebagai menteri besar, dan penyokong Azmin. Satu sidang media bagi mengumumkan sokongan terhadap Dr Wan Azizah oleh cawangan Selangor berakhir dalam keadaan huru-hara semalam apabila kenyataan akhbar kedua diedarkan kepada media sebaliknya menyokong Azmin.

Namun, kenyataan Dr Wan Azizah hari ini disahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang memberitahu pemberita kepimpinan tertinggi PKR memilih beliau seorang sahaja secara rasmi. Terdahulu pada petang tadi, Dr Wan Azizah memberitahu kira-kira 1,000 penduduk di padang Kelab Belia Kampung Baru Ampang sebagai menteri besar, beliau akan memberi tumpuan kepada keadilan, kebersihan Selangor dan membawa negeri ke hadapan.

"Kami mahu mempercepatkan peningkatan. Apabila saya memasuki Kajang, saya berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, sampah, saya dapati kadar jenayah yang tinggi. Saya pergi ke hospital dan ia penuh dengan kes-kes denggi.
"Ia bukan kerana mahu menjadi menteri  besar tetapi jika kita ingin menyelamatkan keadaan, jika kita ingin membawa Selangor ke hadapan dan Malaysia amnya, kita perlu perubahan ini," kata presiden PKR yang mendapat sorakan dan tepukan daripada orang ramai. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails